Integriti Halal Produk Daging Mentah Australia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Integriti Halal Produk Daging Mentah Australia

Trending

Integriti Halal Produk Daging Mentah Australia

Australia adalah negara pengeluar daging dan produk daging yang terkemuka dan menjadi pembekal daging lembu dan kambing Halal yang dipercayai oleh 100 negara, termasuk Timur Tengah, Indonesia dan Malaysia.

Integriti Halal Produk Daging Mentah Australia

"Halal" adalah perkataan Arab yang bermaksud sah dan dibenarkan. Ini merujuk tidak hanya kepatuhan pada sekumpulan syarat bagaimana binatang itu disembelih dan daging diproses tetapi juga bagaimana haiwan diperlakukan ketika masih hidup. Menurut undang-undang Islam, haiwan sembelihan tidak boleh dianiaya dan disakiti selama hidupnya dan mesti disediakan ruang yang cukup untuk berkeliaran, serta dilengkapi air bersih, makanan dan udara yang segar.

Semua syarat ini dipenuhi untuk pengeluaran daging lembu dan kambing Halal di Australia. Lembu dan kambing perliharaan mereka merumput di padang rumput hijau yang subur dan dijaga dengan baik. Ini adalah cara hidup semulajadi bagi haiwan ternak di Australia dan kebajikan haiwan ternak juga terikat dan diatur oleh undang-undang oleh pemerintah Australia. Semua ini memberi kesan positif terhadap daging lembu dan kambing Halal Australia yang sentiasa berkualiti tinggi secara konsisten.


Sebuah kajian oleh Meat and Livestock Australia (MLA) telah mendedahkan bahawa haiwan yang dibesarkan dan diproses dalam persekitaran bebas tekanan akan menghasilkan daging berkualiti lebih baik yang konsisten, bersih, selamat dan berkhasiat.

Integriti Halal Produk Daging Mentah Australia
Aussie Beef

Daging kambing dan daging lembu Halal Australia sangat versatil dan sesuai digunakan untuk masakan Asia dan barat. Hasil masakan juga lebih sedap dan berkhasiat. Dengan daging yang berkualiti, segar dan lembut, waktu memasak lebih singkat ketika memasak rendang mahupun stew. Semua lembu, biri-biri dan kambing yang diproses di Australia untuk pasaran Malaysia disembelih di bawah Program Halal Penyeliaan Pemerintah Australia oleh orang Islam yang bertauliah. Program ini dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Persekutuan Australia (Federal Department of Agriculture in Australia).

Selain itu, semua kemudahan pemprosesan di Australia hanya menggunakan penyembelih Muslim berdaftar dan terlatih dari Badan-badan Perakuan Halal. Mereka juga mematuhi keperluan kebersihan diri, kebersihan operasi dan kebajikan haiwan. Badan-badan Perakuan Halal ini diiktiraf dan diluluskan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Sistem dan kemudahan pengeluaran Halal diaudit secara berkala oleh sistem jaminan kualiti dan keselamatan makanan dalaman, (wakil Australia dan negara pengimport dari DVS (Department of Veterinary Services of Malaysia) dan JAKIM.


Dengan populasi 16 juta umat Islam, Malaysia mempunyai permintaan yang semakin meningkat untuk produk daging dan daging halal. Dagingnya diperakui halal sebelum produk daging ini diimport ke Malaysia. Wakil yang diberi kuasa ini akan mengesahkan bahawa proses pembuatan mematuhi standard Halal. Kini terdapat 7 badan perakuan Muslim di Australia untuk eksport pensijilan Halal ke Malaysia. Pengeksport daging juga perlu memenuhi syarat lain di bawah peraturan Australia sebelum dieksport. Setiap penghantaran membawa Sijil Halal dan Kesihatan.
Integriti Halal Produk Daging Mentah Australia
Aussie Beef

Malaysia terus mendapat keuntungan dari segi permintaan daging tempatan dan peluang eksport dengan memanfaatkan peningkatan daya beli di kalangan pengguna Muslim yang lain. Ini termasuklah negara Timur Tengah dan Indonesia yang merupakan negara Muslim terbesar di dunia dengan populasi lebih dari 200 juta.

Terdapat peningkatan peluang dalam bidang ekonomi Halal di Malaysia. Sebagai anggota Organisasi Persidangan Islam (OIC), pensijilan Halal Malaysia diiktiraf secara global oleh semua negara Islam, menjadikannya pasaran pelancaran yang sempurna untuk pengeksport. Meat and Livestock Australia baru-baru ini turut mengambil bahagian dalam MIHAS (Malaysia International Halal Showcase), pameran Halal terbesar di duniapada 9 hingga 12 September melalui pameran maya dan fizikal, dengan penyertaan pemain industri halal dari seluruh dunia. Pameran maya ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2021.

Hampir 30,000 pelawat, 28 utusan perdagangan dan 2,000 perwakilan yang mewakili seluruh rantaian bekalan Halal menghadiri MIHAS dan Sidang Kemuncak Halal Global pada tahun 2019.


Sesi Webinar "Your Trusted Halal Australian Beef and Lamb From Farm to Plate"

baru-baru ini, Meat & Livestock Australia (MLA) telah mengadakan sesi Webinar bertajuk "Your Trusted Halal Australian Beef and Lamb, from Farm to Plate. Diantara penceramah di Webinar tersebut ialah Sanjay Boothalingam, Australian Agriculture Counsellor, Australian High Commission, Mr. Terry Nolan, Representative from the Australian Meat Industry Council (AMIC), Ms. Valeska Valeska, Regional Manager for Southeast Asia, Meat & Livestock Australia dan turut disertai oleh Chef Jason Manson.

Integriti Halal Produk Daging Mentah Australia
Aussie Lamb Shabu (halal lamb Australia)


Dalam sesi webinar tersebut, En. Sanjay Boothalingam bercakap mengenai hubungan perdagangan dua hala antara Australia dan Malaysia, yang sedang berjalan dan bagaimanan Kerajaan Australia mengeratkan lagi hubungan dua hala dan memastikan daging mentah Australia terus berkualiti dan mematuhi syarat halal.

Mr Terry Nolan,Representative from the Australian Meat Industry Council (AMIC) pula menerangkan bagaimana pengeksport komited untuk membekalkan daging halal dari ladang Australia kepada pengguna Malaysia, memastikan amalan berkualiti dan halal, dan patuh semua SOP yang ada. Beliau juga menjelaskan bagaimana ternakan Australia dibesarkan di persekitaran yang bersih, bebas dari penyakit, dan memperluas sistem integriti daging merah Australia.

Cik Valeska Regional Manager for Southeast Asia, Meat & Livestock Australia turut berkongsi pandangan pengguna mengenai promosi Australia Beef and Lamb dan program MLA yang boleh disertai oleh pengguna. Pengguna boleh belajar bagaimana memasak resipi yang lazat dengan daging lembu dan kambing Halal Australia.


Demo Memasak Daging Lembu Australia Halal oleh Chef Jason Manson

Chef Jason Manson turut menunjukkan demo masakan dan tips untuk 3 resipi masakan menggunakan daging lembu Halal Australia ketika sesi webinar tempohari.

Integriti Halal Produk Daging Mentah Australia

RESEPI RENDANG DAGING AUSTRALIA RINGKAS


Integriti Halal Produk Daging Mentah Australia
Klik untuk RESEPI

Untuk resepi Beef Rendang ringkas dalam format R&D, beliau menggunakan potongan daging lembu Australia (saiz kiub). Beliau berkongsi penemuannya mengenai proses memasak dan hasil hidangan berdasarkan tekstur, rasa, aroma, juiciness, kelembutan, bentuk, persembahan hidangan dan tempoh memasak. Rendang Daging secara tradisinya terkenal mengambil masa lama untuk masak. Apa yang menarik, beliau telah menghasilkan Beef Rendang yang enak dan lembut untuk disajikan dengan nasi, roti atau lemang yang dimasak panas hanya dalam masa 45 minit.


Chef Jason juga akan menunjukkan 2 LAGI resipi iaitu daging lembu hidangan Peranakan sos beancurd dengan belimbing buluh dan resepi versi Soto Beef Sabah dengan Vermicelli.

RESEPI SOTO DAGING LEMBU AUSTRALIA VERSI SABAH


Integriti Halal Produk Daging Mentah Australia
Klik untuk RESEPI

RESEPI DAGING LEMBU GORENG DENGAN BELIMBING BULUH


Integriti Halal Produk Daging Mentah Australia
Klik untuk RESEPI

Chef Jason Manson dilahirkan dan dibesarkan di Sabah dan memulakan kerjayanya sebagai perantis dapur 20 tahun dahulu ketika usia beliau 20 tahun. Beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan hotel berjenama terkenal di Beijing, Melbourne dan juga Singapura. Dengan pengalaman luas beliau dalam bidang kulinari, Chef Jason Manson juga turut diberi kepercayaan untuk memasak buat kerabar diraja, artis dan selebriti.

Kini Chef Jason menjalankan syarikat perunding makanan sepenuh masa yang mengkhususkan dalam "Penyelidikan dan Pembangunan" untuk konsep dan idea penjenamaan, mengadakan latihan profesional dan perkhidmatan demo memasak. Beliau juga bekerjasama dengan jenama makanan komersial dan korporat dengan menyediakan perkhidmatan penggayaan makanan berdasarkan tema dan konsep jenama pelanggan.

Maklumat lanjut, sila layari laman berikut:
www.mla.com.au
www.trueaussiebeef.com
www.trueaussiebeefandlamb.my
www.lambassador.asia

halal lamb australia, daging australia halal, daging halal malaysia, true aussie beef halal, isu daging import tidak halal, is australian lamb halal, australian lamb chops halal, pc australian lamb halal, australian, government authorised halal program, halal meat export, halal meat suppliers australia, australia halal logo,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post