Terdapat pelbagai jenis nasi yang kita boleh jumpa di negara kita ini samaada nasi berwarna dan berperisa mahupun pelbagai jenis aneka nasi goreng. Berikut Kak Bell senaraikan beberapa koleksi resepi aneka nasi yang simple dan mudah dibuat untuk anda semua cuba.
1) Resepi Nasi Minyak Tanpa Minyak Sapi & Susu Cair
    Resepi nasi minyak yang paling simple hanya menggunakan beras biasa dan
    tanpa letak minyak sapi. Nasi minyak resepi mudah ini memang
    menjimatkan bajet anda tanpa perlu berbelanja lebih. Tak perlu guna beras
    basmathi, stok ayam, minyak sapi dan tanpa susu cair. Semua hanya
    menggunakan bahan paling asas. Anda boleh sahaja memasak menggunakan dapur
    gas biasa atau guna rice cooker. Boleh juga tambahkan sedikit pewarna bila
    nasi dah hampir masak.
  
  Bahan A
  2 ulas bawang besar (di mayang)
  5 ulas bawang putih (di ketuk)
  2 inci halia (potong memanjang)
  1 inci kulit kayu manis
  2 kuntum bunga lawang
  5 biji buah pelaga
  3 sudu makan marjerin planta
  Minyak masak untuk menumis
  Bahan B
  2 cawan beras yang telah di bersihkan
  Air secukupnya
  1 sudu garam
  Cara memasak:
1) Panaskan minyak masak berserta marjerin planta di dalam periuk. Masukkan semua bahan A dan tumis sehingga bawang layu dan naik bau.
2) Kemudian masukkan beras yang telah di bersihkan, kacaus sebati dengan semua bahan tumis tadi.
3) Masukkan air secukupnya, ikut sukatan biasa memasak nasi. Air atas beras dalam 1 ruas jari telunjuk.
4) Masukkan sedikit garam dan kacau dan biarkan nasi masak.
5) Sekali-sekali aduk nasi biar masak sekata.
Kredit Siti Awadah
2) Resepi Nasi Hujan Panas Tanpa Susu Cair (Rice Cooker)
    Selain nasi minyak, Nasi Hujan Panas juga menjadi menu kegemaran semasa
    kenduri perkahwinan. Resipi Nasi Hujan Panas ini di masak
    menggunakan rice cooker dan sesuai untuk 4 orang makan. Semasa proses
    menggaul cukup sekadar bagi sebati dan jangan gaul kasar kerana ia akan
    menghancurkan bentuk beras basmathi. Jika gunakan susu cair, kurangkan
    sedikit nisbah air agar nasi tidak lembik. Untuk resepi ini
    tidak menggunakan susu cair kerana nasi hujan panas tanpa susu lebih
    tahan lama dan tidak cepat basi.
  
  Bahan-bahan
  2 pot beras basmathi
  3 pot air*
  1 biji bawang holland
  5 ulas bawang putih
  1 inci halia
  1 batang kulit kayu manis
  3 biji bunga lawang
  3-4 biji buah pelaga
  2 sudu besar marjerin
  2 sudu besar minyak sapi
  Garam secukup rasa
  Sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
  Cara memasak:
1) Bawang holland, bawang putih dan halia dikisar halus dan ketepikan.
2) Panaskan marjerin dan minyak sapi dalam rice cooker.
3) Masukkan bahan kisar.
4) Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang, tumis sehingga bahan naik bau.
5) Masukkan beras basmathi & garam.
6) Masukkan air mengikut sukatan dan kacau sedikit bagi semua bahan sebati.
  *(sukatan untuk 1 pot basmathi ialah 1 pot beras = 1 1/2 pot air)
7) Tutup periuk nasi dan biarkan hingga rice cooker terpadam sendiri.
8) Setelah nasi masak segera titikkan pewarna ke dalam nasi yang tengah panas (titik pewarna di tempat berlainan - guna 3 pewarna) kemudian tutup kembali periuk
9) Balik/gaulkan nasi 2 kali ketika ingin hidangkan nasi agar warnanya terbentuk cantik
10) Sedia dihidangkan.
Kredit Bebelan Cik Min
  
Cara memasak:
1) Masukkan semua bahan A ke dalam periuk besar dan tambahkan air hingga menutupi ayam. Boleh lebihkan air untuk dibuat sup.
2) Rebus ayam tadi sehingga masak dan asingkan ayam di bekas berasingan.
3) Masak nasi dengan gunakan air rebusan ayam tadi. Nisbah air 2:2.5 pot.
4) Masukkan semula ayam yang direbus tadi, daun sup/ketumbar dan masak hingga nasi masak.
Penyediaan sos kicap:
1) Tambahkan semua bahan C dalam periuk.
2) Masak seketika dengan api perlahan.
TIPS!
-Boleh gunakan halia tua untuk rebus ayam
-Boleh guna bawang putih dan guna samaada akar daun sup atau akar daun ketumbar
Kredit Bella Jamal (klik untuk TIP memasak)
  
Cara memasak:
1) Masukan butter, bawang merah, bawah putih dan 3 serangkai.
2) Tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air.
3) Masukkan daun pandan dan biarkan sampai garing juga selepas itu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda.
4) Masukan lobak merah yang telah dipotong dadu.
5) Kacau rata lobak merah dengan rempah ratus.
6) Masukkan beras basmati. 5 pot beras bersamaan 6 pot air (boleh lebihkan sedikit air).
7) Masukan garam dan maggi cukup rasa dan kacau bagi rata.
8) Padamkan mood bake dan tukar kepada mood rice, masak selama 15 minit.
9) Bolehlah gemburkan nasi daging yang telah siap dimasak. Hidangkan bersama hirisan timun dan juga salad.
    
Cara membuatnya:
1) Masukan semua bahan dalam satu mangkuk dan gaulkan semua.
2) Tambahkan sedikit garam ikut citarasa anda.
Kredit Bonde Zaidalifah
  
Cara memasak:
1) Masukkan planta dan tumis bahan bertanda * hingga naik bau.
2) Masukkan daging dan goreng seketika.
3) Masukkan sos tiram dan cili api
4) Masukkan kacang buncis
5) Letak sedikit garam
6) Masukkan nasi putih dan gaul mesra
7) Biarkan seketika dan sedia dihidang
Kredit Suria Amanda
  
Cara memasak:
1) Basuh bersih beras Basmathi dan rendam beras dengan air yang diletakkan garam selama 20-30 minit. Kemudian toskan.
2) Panaskan minyak sapi atau butter dan masukkan Bahan B dan tumis sampai naik bau.
3) Masukkan kari kambing tin Adabi, rempah beriani Faiza, daun salam dan tumis rata.
4) Kemudian masukkan beras, tomato, air, susu cair dan sedikit garam. Kacau rata bahan-bahan.
5) Tekan 'cook' dan biarkan nasi masak.
6) Bila nasi hampir kering masukkan gajus.

3) Resepi Nasi Ayam Thai Mudah
      Resepi ini sangat mudah kerana semua bahan akan dimasukkan ke dalam rice
      cooker. Memang menjimatkan masa sebab
      resepi nasi ayam tanpa digoreng. Untuk Resepi Nasi Ayam Thai ni
      sesuai dipadankan menggunakan sambal cili/sos tetapi Kak Bell cuma
      sediakan kicap yang dah letak sos cili. Bila semua dah disediakan, baki
      air rebusan ayam tadi korang panaskan dan tambahkan daun sup/daun bawang.
      Dah siap bahagian sup. Resepi Nasi Ayam Thai ni lagi ngam la kalau korang
      gunakan sos cili Thai untuk sos cili nasi ayam.
    
    Bahan A (Sup Ayam)
    4-5 ketul bahagian ayam
    3 batang akar daun sup/ketumbar
    1 inci halia (dihiris)
    1 kiub pati ayam
    Garam secukupnya
    Bahan B
    2 pot beras
    Air rebusan ayam *dari bahan A
    1 sudu marjerin
    Timun biasa/timun jepun
    Tomato
    Bahan C (Sos Kicap)
    1 sudu kicap pekat
    3 sudu kicap manis
    3 sudu sos cili Thai
    1 sudu sos tiram
    2 biji cili api potong
    1 ulas bawang putih
    Sedikit air
    Secubit kiub ayam
    Cara memasak:
1) Masukkan semua bahan A ke dalam periuk besar dan tambahkan air hingga menutupi ayam. Boleh lebihkan air untuk dibuat sup.
2) Rebus ayam tadi sehingga masak dan asingkan ayam di bekas berasingan.
3) Masak nasi dengan gunakan air rebusan ayam tadi. Nisbah air 2:2.5 pot.
4) Masukkan semula ayam yang direbus tadi, daun sup/ketumbar dan masak hingga nasi masak.
Penyediaan sos kicap:
1) Tambahkan semua bahan C dalam periuk.
2) Masak seketika dengan api perlahan.
TIPS!
-Boleh gunakan halia tua untuk rebus ayam
-Boleh guna bawang putih dan guna samaada akar daun sup atau akar daun ketumbar
Kredit Bella Jamal (klik untuk TIP memasak)
4) Resepi Nasi Daging Nasi Daging Dan Air Asam Berkerisik (Philips Pressure Cooker)
      Menu Nasi Daging ni memang popular di belah Utara. Hidangan istimewa ni
      menggunakan hirisan daging lembu dalam nasi dan dimakan bersama dengan air
      asam. Sebelum ini Kak Bell pernah kongsikan
      Resepi Nasi Daging Utara
      bersama dengan kuah dal sayur. Memang lengkap satu set lah untuk hidangan
      nasi daging bersama dengan menu pelengkap. Untuk menu ini dimasak
      menggunakan Philips Pressure Cooker.
    
    Bahan-Bahan Nasi Daging
    500 gm daging (dihiris)
    5 pot beras basmati
    
      3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
    
    5 sudu serbuk kurma
    1 biji bawang merah (dihiris)
    
      3 ulas bawang putih (dihiris)1 inci halia (dihiris)
    
    1/2 batang lobak merah potong dadu
    1 helai daun pandan
    3 sudu butter
    Sedikit garam bukit
    Sedikit serbuk maggi secukup rasa
    Cara memasak:
1) Masukan butter, bawang merah, bawah putih dan 3 serangkai.
2) Tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air.
3) Masukkan daun pandan dan biarkan sampai garing juga selepas itu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda.
4) Masukan lobak merah yang telah dipotong dadu.
5) Kacau rata lobak merah dengan rempah ratus.
6) Masukkan beras basmati. 5 pot beras bersamaan 6 pot air (boleh lebihkan sedikit air).
7) Masukan garam dan maggi cukup rasa dan kacau bagi rata.
8) Padamkan mood bake dan tukar kepada mood rice, masak selama 15 minit.
9) Bolehlah gemburkan nasi daging yang telah siap dimasak. Hidangkan bersama hirisan timun dan juga salad.
Bahan Untuk Air Asam Kerisik
    2 sudu kerisik
    2 biji tomato (potong dadu)
    7 cili akar hijau (dihiris bulat)
    3 cili merah thai (dihiris bulat)
    1 biji bawang merah (dihiris nipis)
    1 biji bawang putih (dihiris nipis)
    1 sudu air asam jawa
    Sedikit air suam
    Sedikit garam
    Cara membuatnya:
1) Masukan semua bahan dalam satu mangkuk dan gaulkan semua.
2) Tambahkan sedikit garam ikut citarasa anda.
Kredit Bonde Zaidalifah
5) Nasi Goreng Daging Mudah
      Untuk membuat nasi goreng, paling sedap mesti gunakan nasi yang sudah
      sejuk. Jika gunakan nasi yang baru dimasak, pastikan nasi yang dimasak
      tadi sudah disejukkan dahulu sebelum digoreng bagi mengelakkan nasi
      melekat-lekat semasa digoreng. Untuk bahannya pun sangat mudah.
    
    Bahan-bahan
    1 mangkuk nasi putih
    2 ulas bawang putih*
    2 ulas bawang merah*
    Kacang buncis hiris dadu
    2 sudu planta
    6 biji cili api (diracik)
    Daging batang pinang (hiris halus)
    2 sudu sos tiram
    Cara memasak:
1) Masukkan planta dan tumis bahan bertanda * hingga naik bau.
2) Masukkan daging dan goreng seketika.
3) Masukkan sos tiram dan cili api
4) Masukkan kacang buncis
5) Letak sedikit garam
6) Masukkan nasi putih dan gaul mesra
7) Biarkan seketika dan sedia dihidang
Kredit Suria Amanda
6) Resepi Nasi Beriani Kambing Rice Cooker
      Untuk resepi Nasi Beriani Kambing ini, Kak Bell terus tumis dan masak
      menggunakan periuk nasi. Nak tumis dahulu dalam kuali pun boleh, kemudian
      baru masukkan dalam rice cooker untuk mengelakkan rice cooker tak boleh
      tekan 'cook' sebab terlalu panas.
    
      Untuk nisbah air boleh gunakan nisbah 1 cawan beras : 1 1/2 cawan air atau
      campuran air dengan cecair lain seperti susu, santan. Ada juga yang
      menggunakan nisbah 1:1. Yang penting
      Teknik Memasak Nasi
      kena betul dan guna cawan yang sama untuk menyukat beras dan menyukat air.
    
    Bahan 1
    3 1/2 pot beras Basmathi
    2 tin Kari Kambing Adabi
    2 sudu rempah beriani Faiza
    1/3 tin susu cair
    1/2 air dari sukatan pot beras
    3 helai daun salam (bay leaves)
    2 biji tomato
    4 sudu minyak sapi Ghee
    Sedikit garam
    Sedikit biji gajus
    Bahan 2 (dihiris)
    4 ulas bawang kecil
    4 ulas bawang putih
    Rempah 4 sekawan
    
        *kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih
      
Cara memasak:
1) Basuh bersih beras Basmathi dan rendam beras dengan air yang diletakkan garam selama 20-30 minit. Kemudian toskan.
2) Panaskan minyak sapi atau butter dan masukkan Bahan B dan tumis sampai naik bau.
3) Masukkan kari kambing tin Adabi, rempah beriani Faiza, daun salam dan tumis rata.
4) Kemudian masukkan beras, tomato, air, susu cair dan sedikit garam. Kacau rata bahan-bahan.
5) Tekan 'cook' dan biarkan nasi masak.
6) Bila nasi hampir kering masukkan gajus.
TIPS!
    -Kalau hendak dapatkan nasi yang cantik dan panjang, beras basmathi ini
      perlu direndam terlebih dahulu. Kalau tak direndam, hasil nasi tak cukup
      lembut dan keras.
-Boleh masukkan sedikit daun ketumbar yang dicincang
-Tambahkan 1 paket kecil kismis
Kredit Bella Jamal (klik untuk TIPS lainnya)
    
Cara memasak:
1) Rendamkan beras pulut dalam 30 minit dan basuh beras bulut dan beras wangi, kemudian toskan.
2) Masukkan beras wangi dan beras pulut dalam periuk Noxxa.
3) Masukkan santan pekat, halba, bawang, halia dan garam.
4) Tambahkan air dan gaul sebati.
5) Tutup periuk Noxxa dan masak selama 7 minit.
6) Biarkan bunyi beep berhenti dan biarkan wap hilang sendiri atau biarkan selama 5 minit
7) Sedia dihidang.
Kredit MamaJue Story
    
Cara memasak:
1) Relaikan biji jagung dari tongkolnya.
2) Cincang halus bawang merah dan juga bawang putih. Boleh juga nak tumbuk dengan batu lesung.
3) Panas minyak masak dalam kuali dan tumis bawang yang dicincang sehingga naik bau.
4) Masukkan nasi putih dan paling elok gunakan nasi yang telah dimasak semalaman tak membazir.
5) Goreng sekejap dalam lebih kurang 5 minit dan masukkan biji jagung yang direlaikan tadi.
6) Gaul sebati kemudian akhir sekali masukan kunyit dan juga garam secukup rasa.
Kredit Maha Mahu Makan
    
Cara penyediaan:
1) Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yang diketuk.
2) Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3) Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4) Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
      
Cara memasak nasi:
1) Basuh beras dan toskan air.
2) Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis bertanda (*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
3) Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
4) Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
5) Masak nasi seperti biasa.
      
Cara untuk memasak sos:
1) Kisarkan semua bahan di atas.
2) Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
      
Cara penyediaan sup:
1) Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
2) Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
      
Cara penyediaan kuah kicap:
1) Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.
2) Sejukkan sebelum dihidang.
Kredit Aku Sis Lin
    
Cara memasak:
1) Tumbuk kasar semua bahan B.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan B sampai naik bau dan sedikit garing. Kemudian boleh tambahkan garam dan serbuk perasa jika suka.
3) Masukkan kacang panjang yang dah dihiris, kacau sekejap.
4) Ketepikan bahan dalam kuali dan pecahkan telur kat tengah kuali, kacau sampai telur masak.
5) Masukkan nasi dan kacau rata sebati dengan rencah. Goreng nasi lama sikit sampai supaya nasi sedikit kering.
Kredit Bella Jamal (klik untuk gambar)
      
-Boleh masukkan sedikit daun ketumbar yang dicincang
-Tambahkan 1 paket kecil kismis
Kredit Bella Jamal (klik untuk TIPS lainnya)
7) Resepi Nasi Dagang Noxxa
        Resepi Nasi Dagang ini menggunakan periuk Noxxa. Masak
        dengan Noxxa lagi senang cuma campak dan sumbat sahaja semua
        bahan-bahan. Yang penting resepinya menjadi!
      
      Bahan-bahan
      2 cawan beras wangi
      1 cawan beras pulut
      2 cawan air
      1 cawan santan pekat
      3 ulas bawang merah
      1 inci halia
      1 sudu makan halba
      Garam secukup rasa
      Cara memasak:
1) Rendamkan beras pulut dalam 30 minit dan basuh beras bulut dan beras wangi, kemudian toskan.
2) Masukkan beras wangi dan beras pulut dalam periuk Noxxa.
3) Masukkan santan pekat, halba, bawang, halia dan garam.
4) Tambahkan air dan gaul sebati.
5) Tutup periuk Noxxa dan masak selama 7 minit.
6) Biarkan bunyi beep berhenti dan biarkan wap hilang sendiri atau biarkan selama 5 minit
7) Sedia dihidang.
Kredit MamaJue Story
8) Resepi Nasi Goreng Jagung Manis
        Buat orang bujang yang malas nak keluar makan diluar, bolehlah cuba menu
        orang bujang yang mudah dan cepat dimasak ini. Korang tak perlu nak
        rebus jagung tu hanya relaikan sahaja biji jagung dari tongkolnya.
        Resepi dari blogger Maha Mahu Makan ni pasti akan menjadi punya.
      
      Bahan2
      1 biji jagung manis
      1 biji bawang merah
      2 ulas bawang putih
      1 sudu serbuk kunyit
      1 sudu minyak untuk menumis
      1 mangkuk nasi putih
      Garam secukup rasa
      Cara memasak:
1) Relaikan biji jagung dari tongkolnya.
2) Cincang halus bawang merah dan juga bawang putih. Boleh juga nak tumbuk dengan batu lesung.
3) Panas minyak masak dalam kuali dan tumis bawang yang dicincang sehingga naik bau.
4) Masukkan nasi putih dan paling elok gunakan nasi yang telah dimasak semalaman tak membazir.
5) Goreng sekejap dalam lebih kurang 5 minit dan masukkan biji jagung yang direlaikan tadi.
6) Gaul sebati kemudian akhir sekali masukan kunyit dan juga garam secukup rasa.
Kredit Maha Mahu Makan
9) Resepi Nasi Ayam Sedap
        Resepi asal yang dimasak oleh Sis Lin ini adalah resepi asal dari
        resepi nasi ayam Che Nom. Ikut sahaja langkah memasak satu
        persatu dan memang menjadi! Untuk resepi ini bahannya telah digandakan 3
        kali ganda dari resepi asal. Pastikan juga ayam tidak direbus terlalu
        lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah
        hancur ketika menggoreng.
      
          Bahan Untuk Ayam (direbus)
        
      1 ekor ayam dipotong 8
      2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
      2 cm halia, ditumbuk halus
      1 kiub ayam
      
          Bahan Untuk Ayam (diperap)
        
      1 sudu besar kicap pekat
      1 sudu besar sos tiram
      1 cm halia, ditumbuk halus
      2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
      1 sudu besar kicap cair
      Sedikit madu untuk sapuan
      Cara penyediaan:
1) Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yang diketuk.
2) Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3) Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4) Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Bahan Untuk Nasi Ayam
      3 cawan beras
      4 cawan air rebusan ayam
      2 sudu besar butter
      1 cm halia ditumbuk halus
      3 ulas bawang putih ditumbuk halus
      Sedikit garam
      2 bunga lawang*
      4 buah pelaga*
      1 kayu manis*
      1 batang serai ketuk
      2 helai daun pandan
      
        Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
      
      Cara memasak nasi:
1) Basuh beras dan toskan air.
2) Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis bertanda (*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
3) Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
4) Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
5) Masak nasi seperti biasa.
Bahan untuk sos:
      5 biji cili merah
      3 ulas bawang putih
      2 cm halia
      1 sudu besar cuka
      1 sudu teh garam
      1 sudu teh gula
      1/2 cawan air rebusan ayam
      Cara untuk memasak sos:
1) Kisarkan semua bahan di atas.
2) Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Bahan untuk sup:
      Air rebusan ayam
      1 biji bawang besar, dikisar
      Rempah sup bunjut
      Daun sup dan daun bawang yg dihiris
      Garam
      Cara penyediaan sup:
1) Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
2) Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Bahan untuk kuah kicap:
      Kuah kicap perapan ayam di atas
      Kicap manis cap kipas udang
      Sedikit garam
      Air rebusan ayam
      Cara penyediaan kuah kicap:
1) Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.
2) Sejukkan sebelum dihidang.
Kredit Aku Sis Lin
10) Resepi Nasi Goreng Cili Kering
        Kalau tiada cili padi atau cili burung hendak membuat nasi goreng, boleh
        sahaja gantikan dengan cili kering. Teringat masa di kampung bila
        menikmati Nasi Goreng Cili Kering. Air tangan orang lama memang
        sedap, tangan mak-mak mesti sedap punya. Boleh sesuaikan berapa banyak
        cili kering yang hendak digunakan. Takut melompat pula sebab kepedasan!
      
      Bahan A
      3 cawan nasi
      1 biji telur
      1 mangkuk kacang panjang
      Garam secukupnya
      Minyak untuk menumis
      Bahan B (bahan tumbuk)
      5-6 tangkai cili kering 
      *(rebus dahulu supaya lembut)
      1 biji bawang besar
      2 ulas bawang merah
      4 ulas bawang putih
      1cm belacan
      Segenggam ikan bilis
      Cara memasak:
1) Tumbuk kasar semua bahan B.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan B sampai naik bau dan sedikit garing. Kemudian boleh tambahkan garam dan serbuk perasa jika suka.
3) Masukkan kacang panjang yang dah dihiris, kacau sekejap.
4) Ketepikan bahan dalam kuali dan pecahkan telur kat tengah kuali, kacau sampai telur masak.
5) Masukkan nasi dan kacau rata sebati dengan rencah. Goreng nasi lama sikit sampai supaya nasi sedikit kering.
Kredit Bella Jamal (klik untuk gambar)
        Sebenarnya banyak lagi resepi berasaskan nasi ni. Buat masa ini
        anda semua bolehlah cuba
        10 Koleksi Resepi Aneka Nasi Yang Sedap Dan Mudah. Boleh klik
        pautan link untuk lihat gambar dan resepi asalnya. Ada gambar yang
        diambil dari Google. Mohon pemiliknya halalkan ya. Bolehlah cuba untuk
        berbuka puasa atau bersahur nanti. Selamat menjalani ibadah berpuasa
        2021!