Resepi Nasi Beriani Kambing Mudah Pasti Menjadi

Hi semua! Selama ini memang Kak Bell tak pernah cuba sendiri memasak nasi beriani atau nasi tomato. Bukannya apa sebab takut tak menjadi! Kalau ada pun cuma pernah buat Nasi Minyak dan Nasi Lobak  (Klik untuk lihat resepi). Minggu lalu, kebetulan ada kawan menyinggah di rumah dan Kak Bell bergabung tenaga menyiapkan menu Nasi Beriani Kambing. Disebabkan menunya mudah, tentunyalah Kak Bell cuba. Kalau susah, renyah memang tidaklah Kak Bell buat.


Untuk resepi Nasi Beriani Kambing ini, Kak Bell terus tumis dan masak menggunakan periuk nasi. Lebih elok kalau ditumis dahulu dalam kuali, kemudian baru masukkan dalam rice cooker untuk mengelakkan rice cooker terlalu panas dan tak boleh nak tekan 'cook'. Tapi Kak Bell lanyakkan aje, letak tisu supaya rice cooker terus memasak!

Bila menggunakan beras basmathi, cara memasaknya semestinya tidak sama dengan memasak beras biasa. Inilah perkara yang Kak Bell takut kalau hasilnya kurang menjadi bila menggunakan beras basmathi. Maklumlah percubaan kali pertama dan jarang-jarang memasak menggunakan beras jenis ini. Jadi, macammana nak mendapatkan tekstur nasi yang lembut, berderai cantik, dan tidak berketul apabila menggunakan beras basmathi?


Kalau hendak dapatkan nasi yang cantik dan panjang, beras basmathi ini perlu direndam terlebih dahulu. Kalau tak direndam, hasil nasi tak cukup lembut dan keras. Untuk nisbah air boleh gunakan nisbah 1 cawan beras : 1 1/2 cawan air atau campuran air dengan cecair lain seperti susu, santan. Ada juga yang menggunakan nisbah 1:1. Yang penting Teknik Memasak Nasi kena betul dan pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras, adalah cawan yang sama untuk menyukat air.

Bahan A
3 1/2 pot beras Basmathi
2 tin Kari Kambing Adabi
2 sudu rempah beriani Faiza
1/3 tin susu cair
1/2 air dari sukatan pot beras
3 helai daun salam (bay leaves)
2 biji tomato
4 sudu minyak sapi Ghee
Sedikit garam
Sedikit biji gajus

Bahan B (dihiris)
4 ulas bawang kecil 
4 ulas bawang putih
Rempah 4 sekawan 
*kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih

Cara memasak:
1) Basuh bersih beras Basmathi dan rendam beras dengan air yang diletakkan garam selama 20-30 minit. Kemudian toskan.



2) Panaskan minyak sapi atau butter dan masukkan Bahan B dan tumis sampai naik bau.


3) Masukkan kari kambing tin Adabi, rempah beriani Faiza, daun salam dan tumis rata.


4) Kemudian masukkan beras, tomato, air, susu cair dan sedikit garam. Kacau rata bahan-bahan.


5) Tekan 'cook' dan biarkan nasi masak.


6) Bila nasi hampir kering masukkan gajus.



TIPS!
  • Boleh gunakan minyak sapi atau butter untuk menumis
  • Boleh masukkan sedikit daun ketumbar yang dicincang
  • Tambahkan 1 paket kecil kismis


So far so good hasil kejadian Nasi Beriani Kambing Kak Bell. Cuma guna daging kambing tin dan masak gunakan rice cooker sahaja. Resepi ini pun Kak Bell jumpa di Facebook. Yang penting menjadi. Selamat mencuba.

CONVERSATION

2 comments:

  1. Nampak menarik la Bell...esok akak nak cuba cari la kari kambing dalam tin tu..sodap..lagi satu akak suka sambal kerang Adabi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nak try jugalah. So far Adabi punya sedap kan.

      Delete

Back
to top