Resepi Nasi Daging Utara

Pernah makan nasi daging? Menu Nasi Daging ni memang popular di belah Utara. Hidangan istimewa ni menggunakan hirisan daging lembu dalam nasi dan dimakan bersama dengan air asam dan juga kuah kacang dal sayur. Untuk hidangan yang Kak Bell buat sebelum ni, memang lengkap satu set lah untuk hidangan nasi daging bersama dengan menu pelengkap. Sekarang ni dah tak payah nak tunggu hari Raya ke hari kebesaran apa nak buat nasi daging ni. Teringin je nak makan, buatlah sendiri. Biar puas makan kata orang.


Cara memasak nasi daging ni pun mudah. Perlu tumiskan semua bahan rempah terlebih dahulu sebelum nasi di masak, sama sahaja konsepnya bila memasak menu-menu lain yang menggunakan bahan rempah seperti nasi minyak, Beriani, nasi lobak dan lain-lain. Jika nak lebih sedap, duit berkepok, bolehlah gunakan beras Basmathi. Nak gunakan beras wangi atau beras biasa pun boleh tetapi sukatan air kenalah betul.


Untuk resepi ni Kak Bell tumis terus semua bahan dalam rice cooker supaya senang terus boleh masukkan beras. Jika nak tumis dalam kuali pun boleh, but nanti nak kena satukan juga semua barang di dalam rice cooker. Resepi ni juga tidak menggunakan susu cair seperti sesetengah resepi. Kak Bell cuma gunakan air rebusan daging untuk nasi dan rempah sup dan rempah kurma. Bagi menampakkan resepi ni over sikit, Kak Bell masukkan daun bay kering semasa menumis. Biasanya, bay leaf ni digunakan dalam hidangan sup, sos atau stew. Nak rasa yang sedikit berbeza, bolehlah letak daun bay ni. Lets tengok resepi Nasi Daging Utara ni.

Bahan A
500 gram daging - dipotong nipis
3 cawan beras Basmathi
Rempah 3 sekawan:
*bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
6 helai daun bay (herba kering)
3 sudu besar marjerin
3 helai daun pandan
2 biji lada hijau
Kismis hitam
Air (untuk nasi)
1 kiub pati lembu Maggi
2 biji buah tomato
3 sudu besar rempah kurma Ayam Daging
2 sudu rempah sup Baba's
Secukup rasa Maggi
Garam

Bahan B (blend)
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia

Bahan C (hiris)
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia


Cara Memasak:
1) Basuh beras Basmathi/beras biasa dan toskan *Rujuk nisbah sukatan air di bahagian TIPS!
2) Rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk digunakan masa memasak nasi.


3) Masukkan butter, tumis bahan rempah 3 sekawan bersama daun bay kering.


4) Kemudian masukkan Bahan hiris C + Bahan blend B + daun pandan dan tumis sampai wangi.


5) Masukkan rempah sup Babas tumis sekejap diikuti rempah kurma.


6) Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa.
7) Masukkan beras ke dalam rice cooker, kacau sekejap dengan bahan ditumis tadi.


8) Masukkan daging telah direbus, lada hijau, kismis dan tambahkan air rebusan daging mengikut keperluan beras.
9) Biarkan nasi masak diatas rice cooker.

TIPS!
  • Guna saiz cawan yang sama untuk beras dan bahan cecair anda.
  • Untuk sukatan air beras Basmathi, 1 cawan beras: 1 1/2 cawan air.
  • Jika sukatan air rebusan daging 2 cawan, jumlah air biasa adalah baki jumlah cawan dengan nisbah beras *kalau 4 air: 2 cawan air rebus daging, baki 2 cawan air biasa.
  • Untuk beras biasa, pakai sukatan biasa.

Meriah tak nasi daging Kak Bell? So padanan menu ni semestinyalah sambal air asam. Cara buat sambal air asam lebih kurang macam buat sambal belacan aje, cuma guna air asam jawa dan istimewanya menggunakan sedikit kerisik. Untuk resepinya bolehlah lihat di sini > Air Asam Kerisik.

Buat yang mengidam tempohari, dah bolehlah cuba memasak nasi daging ni. Nanti bagi feedback meletop ke tidak kejadian nasi daging korang. Selamat mencuba!

CONVERSATION

2 comments:

  1. perghhhh
    nampak sedap
    nasib tengok lepas dah makan

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa..!! ni antara menu wajib rumah tok. cicah ayaaaaq asam pergh..!!

    ReplyDelete

Back
to top