Trending


Resepi Nasi Ayam Thai Sedap - Bella Jamal

Resepi Nasi Ayam Thai Sedap | Hari ini Kak Bell dah mula bercuti 3 hari dari bekerja. Dalam tempoh RMO ni cuma bekerja 4 hari seminggu dan waktu kerja pun telah dikurangkan supaya dapat patuh perintah kerajaan untuk tidak berada di luar rumah bermula jam 10 malam. Jadi, dalam 3 hari ni mestilah Kak Bell akan memasak. So, Kak Bell masak resepi nasi ayam.

Resepi Nasi Ayam Thai Sedap

Minggu lepas, mungkin korang dah jemu dengan resepi kobis kan? Kak Bell pun dah termengidam nak makan nasi ayam. Nak masak yang susah dan leceh memang tidak la. So, Kak Bell masak Nasi Ayam ala Thai sebab jimat masa. Lebih kurang macam nasi ayam biasa atau ayam Hainan, cuma nasi ayam untuk cara ala Thai ini, ayam tu tak perlu digoreng dan diperap. Kalau nasi ayam biasa kena ada perapan ayam dengan kicap madu segala. Kemudian ayam garamkan dan kena goreng. Bagi resepi ni cuma rebus ayam sampai lembut sahaja. Cara membuatnya pun mudah sangat. Rebus semua bahan, kemudian masak nasi dengan semua bahan rebus tadi. Siap!


Untuk resepi ni, Kak Bell dah pernah kongsikan sebelum ini. Cuma kali ini Kak Bell gunakan akar daun sup disebabkan tak ada akar daun ketumbar. Rasanya ok juga boleh tahan sedap, asalkan ada dan boleh digunakan untuk masak. Berapa banyak ayam dan bahan, korang boleh sesuaikan sendiri. Untuk resepi ni, Kak Bell tak ada gunakan serbuk kunyit dan bawang merah. Kalau nak masukkan bawang putih dan halia boleh dan cukup untuk wangikan nasi. Kak Bell yang suka makan kaki ayam, masukkan je terus ke dalam periuk. Tak ada gunakan apa-apa rempah, tidak gunakan minyak dan memang menu yang sihat untuk dicuba. Klik juga SINI untuk Resipi Nasi Ayam Thai. Jom teruskan untuk cara membuatnya.

Resepi Nasi Ayam Thai Sedap

Bahan A (Sup Ayam)
4-5 ketul bahagian ayam
3 batang akar daun sup/ketumbar
1 inci halia (dihiris)
1 kiub pati ayam
Garam secukupnya

Bahan B
2 pot beras
Air rebusan ayam *dari bahan A
1 sudu marjerin
Timun biasa/timun jepun
Tomato


Bahan C (Sos Kicap)
1 sudu kicap pekat
3 sudu kicap manis
3 sudu sos cili Thai
1 sudu sos tiram
2 biji cili api potong
1 ulas bawang putih
Sedikit air
Secubit kiub ayam
Cara memasak:
1) Masukkan semua bahan A ke dalam periuk besar dan tambahkan air hingga menutupi ayam. Boleh lebihkan air untuk dibuat sup.

Resepi Nasi Ayam Thai Sedap

Resepi Nasi Ayam Thai Sedap

2) Rebus ayam tadi sehingga masak, angkat ayam dan asingkan ayam di bekas berasingan. Lemak ayam yang terapung Kak Bell buang.

Resepi Nasi Ayam Thai Sedap


3) Masukkan beras yang dah dicuci dalam rice cooker dan masukkan air rebusan ayam. Masak nasi dengan gunakan air rebusan ayam tadi. Sukatan air dengan Nisbah air 2:2.5 pot.

Resepi Nasi Ayam Thai Sedap

4) Masukkan semula ayam yang direbus tadi, daun sup/ketumbar dan masak hingga nasi masak.

Resepi Nasi Ayam Thai Sedap

Sebenarnya untuk Resepi Nasi Ayam Thai ni juga menggunakan sambal cili/sos tapi Kak Bell malas nak buat. Kak Bell cuma sediakan kuah kicap yang dah letak sos cili. Nanti korang buatlah sos cili nasi ayam ni. Masing-masing pandai kan.

Resepi Nasi Ayam Thai Sedap


Penyediaan sos kicap:
1) Tambahkan semua bahan C dalam periuk.
2) Masak seketika dengan api perlahan.


TIPS!
  • Boleh gunakan halia tua untuk rebus ayam
  • Boleh guna bawang putih dan guna samaada akar daun sup atau akar daun ketumbar
  • Basuh bersih akar daun sup/ketumbar dengan air garam (potong atas bahagian akar)
  • Lebihkan sedikit air dan air rebusan di simpan untuk masak nasi
  • Boleh guna beras basmathi
  • Sos kicap boleh ikut kesukaan dan kesesuaian
  • Boleh masukkan daun pandan dan sedikit minyak bijan jika suka

Resepi Nasi Ayam Thai Sedap

Korang juga boleh saksikan video resepi Nasi Ayam Che Nom di sini.


Bila semua dah disediakan, baki air rebusan ayam tadi korang panaskan dan tambahkan daun sup/daun bawang. Dah siap bahagian untuk sup. Resepi Nasi Ayam Thai ni lagi ngam la kalau korang gunakan sos cili Thai untuk sos cili nasi ayam. Yang mana dah cuba bolehla bagi feedback ya.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

13 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Wah tak penah tahu pasal nasi ayam ni. Huhu

    ReplyDelete
  2. senang je kan. hari tu dah pernah buat. sedap. rasa masam, manis, masin. memang terbaik

    ReplyDelete
  3. wa. ok senang follow. dah nampak step kak bell share ni. confirm menjadi lah kalau ikut masak :)

    ReplyDelete
  4. Amboi tiap hari share resepi ni. Terima kasih!!! Ada idea dahhhh. Yayyyyyy

    ReplyDelete
  5. Kita harap COVID-19 Segera lenyap sebelum masuk bulan Ramadhan tahun ini. Resipi ini boleh cuba di dalam tempoh PKP.

    ReplyDelete
  6. Hari-hari dia masak sedap, kecur kita, tapi suka resepi Bella, semua senang-senang ajeee

    ReplyDelete
  7. sedappp, resepi pun nampak mudah, time mco ni boleh la nak try masak, isi masa lapang. thanks share

    ReplyDelete
  8. Resepi baru ni. Bolehlah nanti sis cuba buat ikut resepi ni..nampak cam sedap je. Tq tau share resepi sedap2 cam ni

    ReplyDelete
  9. Terliur sis tengok ayam yang smooth smooth tu, nanti nak self invite makan kat rumah you, sis tak malu kan..

    ReplyDelete
  10. okay, nanti bolehlah cuba resepi ni. nampak sedap. musim2 kuarantin ni memang banyak masa. bolehlah try resepi ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post