Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa

Trending

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa

Setiap tahun rakyat Malaysia pasti menanti-nantikan ketibaan Syawal kerana ia memberi peluang kepada kita untuk saling merapatkan hubungan persaudaraan sambil menikmati beraneka juadah enak yang dihidangkan sempena lebaran. Bersempena dengan ketibaan Hari Raya akan datang, Philips Malaysia baru-baru ini telah bekerjasama dengan Chef Marina Mustafa untuk sesi memasak ‘Raya Bersama Chef Marina Mustafa’, yang telah diadakan di Yellow Apron, Petaling Jaya.

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa

Semasa sesi berkenaan, Chef Marina telah menyediakan beberapa hidangan dengan menggunakan pelbagai rangkaian peralatan dapur Philips serta mengajar penonton tentang cara dan kemudahan peralatan tersebut. Dalam masa kurang sejam, Chef Marina telah menyiapkan pelbagai menu wajib Hari Raya seperti Rendang Tok, Lodeh, Ayam Percik, Lontong Daun Pisang dan Seri Kaya Bakar, membuktikan masa memasak dapat dijimatkan dengan bantuan Philips.

Acara berkenaan turut disertai oleh Naib Presiden dan Pengurus Besar Philips Asia Pasifik, Nicholas John Lee, Pengurus Negara Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel dan Ketua Pemasaran Philips Malaysia, Wendy Ho serta ahli kumpulan Facebook tempatan, Masak Apa Hari Ni (MAHN), selain rakan media dan juga blogger.

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa
Dari Kiri: Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Besar Philips Malaysia; Nicholas John Lee, Naib Presiden dan Pengurus Besar untuk Philips ASEAN Pacific, Chef Marina Mustafa dan Wendy Ho, Pengarah Pemasaran Philips Malaysia Sdn. Bhd.

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa
Para tetamu dari Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Philips telah bekerjasama dengan Chef Marina dalam beberapa projek sebelum ini dan beliau sentiasa mengekalkan ketulenan masakannya tanpa menjejaskan rasa, sementara memanfaatkan kemudahan peralatan dapur moden. Sesetengah resepi tradisional, kadangkala mengambil masa yang lama untuk dimasak dan rendang daging kesukaan rakyat tempatan contohnya mengambil masa antara empat hingga lima jam untuk dimasak secara konvensional bagi mendapatkan rasa dan teksturnya yang optimum. Dengan Philips, juadah Raya  dapat disediakan dengan lebih mudah dan pada masa sama mengekalkan keenakan rasanya dan paling penting menjimatkan masa.


“Kami amat gembira melihat kehadiran begitu ramai ahli MAHN. Kami gembira kerana dapat memberi peluang kepada mereka untuk belajar kerana kami tahu mereka menggemari makanan yang dimasak di rumah dan mereka ialah tukang masak yang kreatif. Kami gembira kerana Chef Marina Mustafa yang terkenal dengan resepi Malaysianya, sudi berkongsi resepi Raya kegemarannya bersama-sama kami," kata Pengurus Besar Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel.

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa
Masakan Raya yang disediakan oleh Chef Marina Mustafa menggunakan Multicooker Philips All-In-One dan Philips XXL Airfryer

Bagi Chef Marina Mustafa pula, beliau gembira kerana berpeluang berkongsi ilmu pengetahuan dalam masakan. “Saya suka memasak dan ia adalah perkara yang paling saya minati dalam hidup saya. Saya berasa terharu kerana diberi peluang untuk berkongsi juadah Hari Raya kegemaran saya dengan semua orang dalam acara ini. Kita tahu bahawa menyedia juadah Hari Raya boleh memakan masa yang lama dan saya gembira kerana berpeluang untuk berkongsi pengalaman, bagaimana saya membahagikan masa antara memasak dan meluangkan masa bersama-sama keluarga serta tetamu. Memandangkan saya menyediakan banyak juadah di Hari Raya, Philips Premium All-In-One Multi Cooker dan Airfryer XXL sememangnya banyak membantu memudahkan saya menyediakan semua juadah berkenaan dalam masa yang sama,” jelas beliau.

Hidangan yang telah disiapkan menggunakan peralatan Philips ternyata sempurna tanpa menjejaskan rasa asal hidangan. Penuhi selera mereka yang tersayang di Hari Raya ini dengan menyediakan lima juadah enak berikut iaitu Rendang Tok, Lodeh, Ayam Percik, Lontong Daun Pisang dan Seri Kaya Bakar! Untuk resepi masakan, boleh klik pada pautan link di bawah. 

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa
Sambal Tempe Tauhu

Berikut merupakan peralatn Philips yang digunakan semasa acara tersebut. Model terbaru barangan Philips ini mempunyai pelbagai kemudahan dengan ciri memasak yang terbaru bagi memudahkan para suri rumah ketika memasak. Pada Hari Raya ini, rendang daging kegemaran boleh disediakan dalam tempoh kurang sejam, membolehkan anda meluangkan lebih banyak masa bersama-sama yang tersayang.

Philips Premium All-In-One Multicooker (HD2145/62)
Masak secara perlahan, masak menggunakan tekanan dan masak pelbagai hidangan di dalam satu alat dengan Philips Premium All-In-One Multicooker. Dengan keajaiban teknik memasak menggunakan tekanan, anda boleh menyediakan hidangan yang sempurna dalam hanya beberapa minit, malah potongan daging yang liat juga boleh menjadi empuk dalam hanya beberapa minit. Dilengkapi dengan 9 mod masakan menggunakan tekanan, Philips Premium All-In-One Multicooker dapat membantu anda menyediakan juadah enak dengan cepat, memberi kelegaan apabila anda kesuntukan masa.

Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99)
Sebuah alat yang wajib dimiliki untuk menyediakan hidangan enak lagi berkhasiat di rumah semasa musim perayaan ini. Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) yang merupakan Airfryer terbaru keluaran Philips, sememangnya memudahkan anda memasak untuk ahli keluarga anda. Saiznya yang lebih besar sesuai untuk menyediakan hidangan yang cukup untuk semua orang apabila anda menganjurkan rumah terbuka dan menjamu sanak saudara di Hari Raya ini. Dengan kapasiti Airfryer terbesar setakat ini, ia berupaya memasak empat ketul paha ayam penuh untuk resepi Ayam Percik sekali gus! 

Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa

Philips Premium All-In-One Multicooker (HD2145/62) boleh didapati pada harga runcit RM999 dan Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) pula pada harga RM1,499. Kedua-dua produk berkenaan boleh dapat di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk di Kuala Lumpur serta kedai rakan jualan dan pengedar di seluruh negara. Anda juga boleh mendapatkannya secara dalam talian melalui Lazada.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk Philips di Malaysia, sila layari www.philips.com.my

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post