Jakel Barulah Raya 2019 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jakel Barulah Raya 2019

Trending

Jakel Barulah Raya 2019

Jakel membuka tirai kempen Jakel Barulah Raya yang pertama untuk tahun 2019 di Jakel Mall Kuala Lumpur pada 4 Mei yang lepas. Selain menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini, Jakel juga telah melancarkan platform E-Dagang mereka iaitu Jakelstore.my.


Pusat gedung tekstil tanah air Jakel berperanan menjadi “one stop centre” bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti popular di bawah satu bumbung. Ini merupakan salah satu konsep berbelanja di Jakel bagi pelanggan merasai "sense of belonging" ketika berbelanja bersama Jakel. Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi bagi menyerlahkan lagi personaliti pemakai agar kelihatan lebih bergaya dan fashionable.


Jakel Barulah Raya
Majlis berkonsepkan sembang santai ini menampilkan kemunculan Duta Raya Jakel diantaranya ialah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara), Ayda Jebat dan Abam Bocey. Turut memeriahkan kempen raya tersebut adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar.

Majlis yang berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Kempen ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel setiap tahun untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.

Sumbangan kepada golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang

Sumbangan kepada golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan

Pada tahun ini, Jakel juga turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Atas nama kemanusiaan dan keperihatinan Jakel, majlis sosial korporat (CSR) juga dianjurkan untuk membantu golongan ini mendapatkan baju baru untuk sambutan hari raya nanti. Malah Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada penerima. Usaha ini adalah salah satu cara pihak Jakel mendekati dan membantu mereka yang memerlukan disamping meraikan mereka.



Majlis juga dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel.

JAKELSTORE.MY
Atas permintaan ramai daripada pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaiaan Jakel. Buat pelanggan yang tidak dapat berkunjung ke gedung fizikal Jakel, kini boleh dibeli menerusi laman jualan online di www.jakelstore.my. Laman sesawang ini akan mula beroperasi pada 10 Mei 2019.


Koleksi Baju Melayu, Baju Kurung dan Kurta Jakel
Tahun ini banyak koleksi terbaru yang diperkenalkan di Jakel. Antara Koleksi Baju Melayu pada tahun ini seperti Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahmad, Baju Melayu Awal Ashaari, Baju Kurta Hairul Azreen, & juga Baju Melayu "Plus Size" Abam Bocey. Tidak ketinggalan juga untuk Koleksi Baju Kurung iaitu Baju Kurung Scha Al Yahya, Baju Kurung Ayda Jebat dan juga Baju Kurung Haniz Zalikha

Menariknya keluaran terkini Baju Melayu dan Baju Kurung, Jakel telah merevolusikan rekaan mereka dengan perincian zip di bahagian lengan baju bagi memudahkan pelanggan untuk mengambil wudhu dengan mudah.


Manakala Jakel juga mengeluarkan produk baju Melayu "plus size" bagi mereka yang mempunyai badan bersaiz besar. Dengan ini dapatlah membantu mereka yang berbadan besar untuk dapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya pada pagi raya seperti biasa.

Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu.



Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna.

Koleksi Baju Melayu Nabil
Lebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.


Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari
Selain daripada itu, untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari.


Koleksi Baju Melayu Hairul Azreen
Menjadi kelaianan pada tahun ini juga, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi baju melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat.

Koleksi Baju Melayu Abam
Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu “plus size” untuk mereka bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa. Baju Plus Size ini tersedia sehinggan saiz 5XL.

Kak Bell sedang pilih baju kurung di Jakel Mall, KL

Koleksi Kurta
Jakel juga masih mengekalkan pengeluaran koleksi kurta. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai.



Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket. Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta.

Koleksi Baju Kurung
Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya.




Koleksi Baju Kurung Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha
Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, moden dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran. Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan.

Koleksi Kanak-Kanak
Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dibwah Koleksi Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah kepada rekaan baharu bersesuain dengan masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu. Jakel turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri. Oleh itu, Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak dibawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar.


Para pelanggan Jakel juga boleh memeriahkan lagi kempen Jakel Barulah Raya di media sosial melalui hastag #JakelBarulahRaya #IngatRayaIngatJakel & #SeronoknyaRayaJakel. Bagi pelanggan yang tidak sempat berkunjung ke kedai fizikal Jakel, anda sekarang sudah boleh membeli secara atas talian di Jakelstore.my mulai 10 Mei 2019 nanti. Yang penting, sesi  'Happy Hour' pun turut akan diadakan di laman sesawang ini. Jakel Barulah Raya!

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman berikut:
Website : www.jakel.my
Facebook: www.facebook.com/GedungTekstilJakel
Instagram: www.instagram.com/jakeltextile
Website Jakel Store : www.jakelstore.my


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post