Salted Egg Butter Chicken Terbaik Di Jibril SS15 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Salted Egg Butter Chicken Terbaik Di Jibril SS15

Trending

Salted Egg Butter Chicken Terbaik Di Jibril SS15

JIBRIL. Bila mendengar namanya memang agak pelik. Tambah lagi bila tahu ianya adalah sebuah restoren berkonsepkan bar. Dah namanya bar, mestilah akan menyajikan menu dan minuman beralkohol yang mungkin tak menjadi pilihan buat sesetengah orang. Walaupun Jibril ni sebuah restoren dengan konsep bar, Jibril ni menghidangkan makanan halal dan bebas daripada minuman keras. Restoren pertama di Malaysia dengan konsep bar mesra Muslim.


Kak Bell berkesempatan ke Jibril Lounge bulan lepas meraikan surprise Birthday Bash seorang rakan blogger, Khairul Anuar (Moka). Bukan sahaja nama restorennya yang pelik, bertambah pelik bila dah sampai ikut Waze tapi tak jumpa pula kedainya. Terus salahkan waze! Haha. Jika dari luar memang korang tak akan nampak signboard tertulis 'Jibril'. Rupa-rupanya, Jibril Lounge ni terletak di sebalik dinding Sangkaya SS15 Subang Jaya, ada satu pintu rahsia di Sangkaya dan di dalam tu lah Jibril Cafe ni berada.


Jibril ni memang memberikan kelainan bagi sebuah restoren dengan membawa konsep ‘hidden’ (speakeasy) bar halal yang memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai suasana bar sambil menikmati hidangan. Suasana dalam ni klasik dengan cahaya lampu malap dan minimal. Kalau pakai henpon biasa-biasa, memang kelam lah gambar nanti. Haha.


Semua gambar ni gunakan telefon pintar Huawei P20 Pro blogger Momi. Sangat teruja sebab Samsung Note sis Bell kalah jauh. Hahaha. 



Memang tak sangka juga kat Jibril ni ada menyajikan pelbagai menu makanan barat dan juga tempatan. Paling best, kesemua menunya sedap dan harganya amat berpatutan. Menu hidangan yang paling popular di sini tentulah Salted Egg Butter Chicken. Dalam banyak-banyak butter chicken yang Kak Bell dah rasa, kat sini paling best! Yes, dekat JIBRIL ni paling sedap.


Masa kunjungan haritu, Kak Bell dah cuba 6 jenis menu dari Jibril. Jom tengok apa menu menarik yang ada di Jibril.

 Premium Australian Beef Ribs (Single) RM49.90

 
Salted Egg Butter Chicken RM15.90

 Salted Egg Butter Squid RM19.90

 Butter Chicken Chop Pasta RM21.90

Pineapple Fried Rice RM12.90

Nasi Lemak Butter Chicken RM19.90

 Iced/Hot Lemon Tea RM5.90

Kesemua menu yang Kak Bell dah rasa ni memang semua terbaik! Sampai teringat-ingat pasta butter chicken tu. For sure akan repeat lagi untuk makan lagi. Thanks kepada Mel Hamid kenalkan bawa kami semua lepak-lepak di Jibril. Puas hati sangat.


 Happy Birthday Moka!

 Rakan blogger bersama dengan pemilik bersama Jibril, 
En. Akmyr Ahmad Azwan Abdul Kadir


Bagi pengunjung yang berminat untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman di restoren bar ini, bolehlah datang ke Jibril. Untuk maklumat lanjut layari www.facebook.com/jibril atau Twitter dan Instagram @jibrilss15. 

JIBRIL CAFE
25 Jalan SS15/4B, Subang Jaya, Selangor. 
DIBUKA SETIAP HARI 12 pm - 12 am
No Phone : 017-6110064 (akmyr)

Kredit foto : Rafzan Tomomi dan Dik Bee
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post