Resepi Nasi Minyak Mudah

Selamat berpuasa buat semua yang berpuasa. Hari ini dah masuk hari ke-3 berpuasa. Harap dapatlah kita habis sebulan berpuasa dengan jayanya. 2 hari pertama berpuasa, Kak Bell berpuasa dan berbuka di office. Maklumlah bekerja malam. Untuk juadah berbuka, singgahlah juga ke bazar Ramadhan TTDI. Bazar TTDI tahun ini lebih meriah dan lebih besar dari tahun-tahun sebelumnya. Harganya pun meriah juga. Sampai terkedu Kak Bell dibuatnya bila kuih muih kecik cinonet pun mahal ye. Nama pun TTDI kan. So, memang Kak Bell tak beli lah kuih yang mahal-mahal tu. Ikutkan nafsu memang semua hendak dibeli.


Hari ini di hari ke-3 puasa Kak Bell bercuti dari bekerja, jadi lebih jimatlah memasak sendiri dari berbelanja. Untuk menu hidangan hari ni memang mewah sikitlahlah daripada biasa. Ada nasi minyak, daging kari, lamb chop bakar dan air sirap chia seed. Memang 2, 3 hari ni Kak Bell mengidam nak makan nasi minyak atau beriani. Memandangkan di bazar punyalah beratur panjang, so hari ni kita buat nasi minyak.


Kebiasaannya jika membuat menu istimewa seperti Nasi Minyak atau Nasi Arab mestilah gunakan beras jenis Basmathi kerana beras ini lebih panjang, padat, dan sedap. Bab harga, tentulah lebih mahal. Apabila menggunakan beras Basmathi, cara memasaknya tidak sama dengan memasak beras biasa. Jadi, perlu disukat airnya betul-betul mengikut nisbah beras kepada air/susu yang digunakan. Barulah nasi akan masak dengan cantik dan berderai (tidak melekat). Untuk nisbah air, Kak Bell gunakan nisbah 1 cawan beras: 1 1/2 air sebab tak gunakan susu cair. Nanti boleh tengok di bahagian tips di bawah. Kak Bell pun hanya menggunakan sebab minyak sapi Ghee tu pun mahal. Haha. Pakai barang murah-murah pun ok je. Nak lebih sedap memang kena pakai minyak sapilah.


Bahan A
3 cawan beras Basmathi 
3 sudu butter/minyak sapi
2 ulas bawang putih *dihiris
1/2 biji bawang besar *dihiris
2 helai daun pandan *diikat
2 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 1/2 cawan air 
*(1 bahagian diguna masa blend)
Garam

Bahan B (blend)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara memasak:
1) Basuh beras dan toskan.
2) Kisar bahan B dengan 1 pot air.
3) Panaskan rice cooker dan masukkan butter.
4) Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan bawang merah.
5) Masukkan bahan B dan daun pandan, tumis sekejap.
6) Masukkan beras dan sedikit garam.
7) Akhir sekali masukkan lagi 4 cawan air.
8) Tutup periuk nasi dan biarkan hingga masak.



TIPS!
  • Guna saiz cawan yang sama untuk beras dan bahan cecair anda.
  • Untuk sukatan air beras Basmathi, 1 cawan beras: 1 1/2 cawan air.
  • Gunakan nisbah 1 cawan beras: 1 1/4 cawan air jika gunakan susu cair.
  • Boleh gunakan rempah 3 serangkai (bunga lawang+kayu manis+pelaga). 
  • Nak tambah cengkih (4 serangkai) pun ok.
  • Boleh tambahkan kismis.

Wah, elok kejadian nasi minyak ni kan. Sekarang dah tak payah tunggu kenduri baru nak makan nasi minyak. Bila-bila masa sahaja boleh buat. Oklah selamat berpuasa dan memasak. Kak Bell nak tulis next resepi. Hehe.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top