Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 3 (Gegar Vaganva 2022) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 3 (Gegar Vaganva 2022)

Trending

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 3 (Gegar Vaganva 2022)

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 3 (Gegar Vaganva 2022) | Selesai persembahan untuk minggu ke-3 GV9. Untuk hari ni Kak Bell cuma tonton melalui Astro Go aje sebab ada kerja sedang diselesaikan. Jadi update pun lambat sikit.

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 3 (Gegar Vaganva 2022)

Minggu ni para finalis minggu ke-3 membuat persembahan dengan membawakan lagu-lagu pilihan netizan dengan tema “Pilihanmu, Aku Lock!”. Memang pandai para netizen pilih lagu, semuanya best-best terutama buat penyanyi yang tak pernah menyanyikan lagu bergenre dangdut dan irama Malaysia.

Tiada juri jemputan untuk minggu ke-3 dan rasanya lepas ni dah tak panggil kot agaknya juri jemputan! Konsert malam tadi diadili juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat. Ibu Hetty cantik dengan busana warna merah dan macam biasa Datuk Syafinaz sentiasa tampil anggun dengan fesyen dan busananya yang sangat fashionable. Sekarang sis dah mula suka Datuk Syafinaz dan penjurian dia pun sangat membina tak macam dulu-dulu dalam sesetengah program live.


Keputusan minggu ketiga menyaksikan Shila Amzah mendahului carta, diikuti Bob Yusof dan Hazrul Nizam. Bagi Shila Amzah memang dia stabil setiap minggu dan akhirnya Bob Yusof berjaya mendapat kedudukan tempat kedua. Hazrul Nizam pun boleh tahan ya dah 2 minggu berada di Top 3. Persembahan 'cute' Haida yang menyanyikan lagu Nang (Iman Troye) tidak berjaya menyelamatkan persembahan beliau minggu ini. Hanya berjaya mengumpul markah 53.40%,  Haida Hasnan menjadi peserta kedua tersingkir selepas Roy Kapilla.

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 3 (Gegar Vaganva 2022)

Ada beberapa persembahan Kak Bell tak concentrate tonton dan nak tonton sekali lagi episod konsert tadi. Tom masih tak dapat nak mendaki carta dan minggu ni Tomok flop ke tempat ke-6. Tahniah buat Asheed Def Gab C berjaya dapat tempat ke-4 dan persembahan dia tadi memang menghiburkan dan best. Persembahan dia pun meningkat pada minggu ni.

Untuk minggu depan Jaclyn Victor mungkin boleh all out sebab lagu ni dia boleh tunjukkan vokal tinggi bagi lagu You Raised Me Up. Untuk Shila, Tomok, Bob dan Hazrul pun mesti akan beri saingan. Lagu Ku Mohon (Sheila Majid) antara lagu faverat Kak Bell kat karaoke dan mesti Hazrul boleh bawakan lagu ni dengan baik sebab sesuai dengan vokal dia.


Berikut merupakan Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu ke-3 berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional.

Tarikh konsert: 2 Oktober 2022
Tema: Pilihanmu, Aku Lock! (Lagu Pilihan Netizen)
Lagu pembukaan: Donde - Andi Barnadee (Nabil + Kak Lina PomPom)

1. Shila Amzah - Secangkir Madu Merah (Amelina & Sheeda) - 78.80%
2. Bob Yusof - Zalikha (Floor 88) - 77.30%
3. Hazrul Nizam - Fatwa Pujangga (Said Afendi) - 71.90%
4. Asheed Def Gab C - Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad) -71.60%
5. Jaclyn Victor - Perawan Atau Janda (Cita Citata) - 71.40%
6. Tomok - Hukum Karma (Wings) - 66.80%
7. Fuad Rahman - Gadis Melayu (Othman Ahmad) - 65.90%
8. VE - Dari Sinar Mata (Awang BPR) - 61.90%
9. Dina Nazir - Laksamana Raja Di Laut (Iyeth Bustami) - 61.70%
10. Pat Candy - Cinta Gila (Juliana Banos) - 56.70%
11. Tom - Goyang Inul (Inul Daratista) - 55.50%
12. Haida Hasnan- Nang (Iman Troye) - 53.40%

Juri jemputan - NA
Anugerah betul-betul Luar Biasa - Fuad Rahman
Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak - Tom
Anugerah Memukau Adabi - Jaclyn Victor
Peserta Tersingkir Minggu ke-3 - Haida Hasnan

Baca : Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 4 (Gegar Vaganva 2022)
Baca : Keputusan GV 9, Senarai Lagu Tugasan Dan Keputusan Mingguan



Tugasan lagu minggu ke-4 pun best jugak dengan tema Aman Di Mata, Damai Di Hati. Mungkin carta kedudukan akan berubah sekali lagi dan adakah Shila, Tomok atau Jac akan menjadi juara?

Jangan lupa minggu depan hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria untuk konsert Minggu ke-4 GV9 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Selain Astro Ria HD, pelanggan Astro juga oleh penonton secara online melalui aplikasi Astro GO tau platform On Demand secara percuma.


gegar vaganza 2022 final, gegar vaganza 2022 final live, gegar vaganza 2022 peserta, gegar vaganza 2022 separuh akhir, gegar vaganza 2022 live streaming, gegar vaganza 2022 final full, gegar vaganza 2022 suku akhir, lagu final gegar vaganza 2022, peserta gegar vaganza 2022, konsert akhir gegar vaganza 2022, gegar vaganza 8, gegar vaganza 2021, finalis gegar vaganza 2022, keputusan gegar vaganza 2022, juara gegar vaganza 2022, artis gegar vaganza 2022, gegar vaganza 2022 juri,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post