Trending


Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 4 (Gegar Vaganva 2022)

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 4 (Gegar Vaganva 2022) | Selesai persembahan untuk minggu ke-4 GV9. Hari ni pun tonton melalui Astro Go aje sebab tengah keje. Hehe. Sesambil tu melayan GV apa salahnya kannnn! Minggu ni bintang GV buat persembahan dengan lagu-lagu playlist kerohanian aka mendamaikan.

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 4 (Gegar Vaganva 2022)

Keputusan minggu ni menyaksikan Shila Amzah tidak mengekalkan gelaran juara mingguan dan Bob masih mengekalkan momentum. Untuk minggu lepas Kak Bell dah jangkakan Jac akan tapau sebab lagu Raise Me Up memang sesuai dengan vokal dan boleh jadi makanan Jac. 

Bagi Shila Amzah dia perform well tapi juri lagi arif lah dan persembahan dia flop ke tangga ke-6. Jauh betul ke bawah dan VE pula naik carta. Masa menonton tadi ramai yang tak sangka VE boleh dapat markah banyak sebab persembahan mereka biasa-biasa saja. Disebabkan komen Tok Ram, rasanya kelebihannya di situ sebab VE berjaya ubah semula lagu Kaulah Segalanya bersesuaian dengan persembahan berkumpulan. Personally, untuk part solo biasa-biasa aje.


Bagi bottom 2, peserta Tom nampak terlalu try hard dan lagu Kembara Di Tanah Gersang (Al Jawaher) dendangan Pat Candy macam kurang kerohanian dan menjadi peserta dengan markah terendah 55.60%. Walaubagaimanapun nasib menyelebelahi Pat Candy sebab tiada penyingkiran pada minggu ini.

Berikut merupakan Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu ke-4 berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional.

Tarikh Konsert: 9 Oktober 2022
Tema: Aman Di Mata, Damai Di Hati
Lagu pembukaan: Syukur - Raihan (Nabil + Kak Lina PomPom)


1. Jaclyn Victor – You Raise Me Up (Secret Garden) - 85.00%
2. Bob Yusof – Sumayyah (Hijjaz) - 80.20%
3. VE – Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya) - 79.10%
4. Tomok – Kau Yang Satu (Datuk Ramli Sarip) - 77.60%
5. Hazrul Nizam – Ku Mohon (Sheila Majid) - 75.70%
6. Shila Amzah – Pudar (Indah Ruhaila) - 74.60%
7. Dina Nadzir – Mewangi (Akim & The Majistret) - 68.20%
8. Fuad Rahman – Layang-Layang Terputus Talinya (Alleycats) - 65.00%
9. Asheed – Andai Ku Tahu (Ungu) - 64.20%
10. Tom – Hanya Satu (Datuk Nora Ariffin) - 58.50%
11. Pat Candy – Kembara Di Tanah Gersang (Al Jawaher) - 55.60%

Juri jemputan - Tiada
Anugerah Next Level Digi - Hazrul Nizam
Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak - Bob Yusof
Anugerah Memukau Adabi - Jaclyn Victor
Peserta Tersingkir Minggu ke-4 - Tiada Penyingkiran


Tugasan lagu Minggu ke-5
Tarikh konsert: 16 Oktober 2022
Tema: Ku Seru, Lagu Bertemu (Duo/Duet)
Lagu pembukaan: Bola-Bola Api (Nabil + Kak Lina PomPom)

1. Jaclyn Victor - Cinta Duet Aina Abdul
2. Bob Yusof - Ombak Rindu Duet Zizi Kirana
3. VE - Hanya Memuji - Duet Nikki Palikat
4. Tomok - Mawarku - Duet Suki Low
5. Hazrul Nizam - Haram - Duet Liza Hanim
6. Shila Amzah - Tamparan Wanita - Duet Mimi Fly
7. Dina Nazir - Karma - Duet Kaka Azraff
8. Fuad Rahman - Gemuruh Duet Naqiu
9. Asheed Def Gab C - Angin Duet Tam Spider
10. Tom - Senja Nan Merah Duet Mus
11. Pat Candy - Babak Pertama Duet Aepul Roza

Baca : Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 5 (Gegar Vaganva 2022)
Baca : Keputusan GV 9, Senarai Lagu Tugasan Dan Keputusan Mingguan


Persembahan minggu ke-5 akan membawakan tema Ku Seru, Lagu Bertemu dimana peserta akan menyanyi secara duo/duet dengan penyanyi tanah air lain. Dengan kehadiran penyanyi seperti Aina Abdul, Nikki, Zizi, Liza Hanim pasti dapat bantu berikan markah baik untuk persembahan mereka minggu depan. Mungkin Jac akan kekalkan kedudukan juara dan mungkin juga Tom akan menyerlah dengan lagu Senja Nan Merah.

Jangan lupa minggu depan hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria untuk konsert Minggu ke-5 GV9 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Selain Astro Ria HD, pelanggan Astro juga oleh penonton secara online melalui aplikasi Astro GO tau platform On Demand secara percuma.

gegar vaganza 2022 final, gegar vaganza 2022 final live, gegar vaganza 2022 peserta, gegar vaganza 2022 separuh akhir, gegar vaganza 2022 live streaming, gegar vaganza 2022 final full, gegar vaganza 2022 suku akhir, lagu final gegar vaganza 2022, peserta gegar vaganza 2022, konsert akhir gegar vaganza 2022, gegar vaganza 8, gegar vaganza 2021, finalis gegar vaganza 2022, keputusan gegar vaganza 2022, juara gegar vaganza 2022, artis gegar vaganza 2022, gegar vaganza 2022 juri,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post