Trending


Resepi Sambal Pede, Sambal Budu Masakan Pahang

Resepi Sambal Pede, Sambal Budu Masakan Pahang | Hi semua pembaca blog Kak Bell. Sekarang ni memang jarang sungguh Kak Bell memasak dan berkongsi resepi. Untuk hari ni Kak Bell nak kongsikan salah satu resepi masakan Pahang yang popular di Jerantut, Temerloh dan sekitar Kuala Lipis iaitu sambal pede atau sambal budu.

Resepi Sambal Pede, Sambal Budu Masakan Pahang

Selain masakan ikan patin tempoyak, menu sambal pede ni memang menu tradisi popular di sini. Walaupun bukan lahir di Pahang atau anak jati Pahang, sebelum ni Kak Bell membesar dan bersekolah di Jerantut, jadi memang tak asing lah dengan sambal pede ni. Kalau di pasar Ramadhan Jerantut tu, sambal Pede adalah antara sajian yang wajib ada selain murtabak ketika bulan puasa.


Sambal budu di kenali juga dengan sambal pede ialah hidangan resipi orang Jerantut. Orang Jerantut sebut budu tu pede. Ada sesetengah tempat memanggil menu ini sebagai ‘masak budu’. Masakan ni ala-ala iras gulai daun kayu țapi tidak menggunakan tempoyak sebagai bahan utama, sebaliknya digantikan dengan budu.

Resepi Sambal Pede, Sambal Budu Masakan Pahang

Sebenarnya ada banyak versi resepi bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Kalau tak ada semua pun ok. Ikutlah bahan apa ada di dapur. Ni kira resepi sambal pede simple dan mudah. Jom tengok bahan-bahan untuk resepi sambal pede.


Bahan-bahan:
2 biji bawang holland
Sebekas terung rembang (terung pipit)
6 biji terung bulat/terung telunjuk
1 ikat pucuk ubi
2 ikat daun kesum
1 ikat daun silom
2 bunga kantan
3 batang serai
6 helai daun kunyit
Segenggam cili padi
3 kotak kecil santan
2 botol budu
Air secukupnya

Cara buat sambal pede:
1. Cili padi blend, hiris halus serai daun kunyit bunga kantan.
2. Hiris sedang-sedang daun silom dan daun kesum/daun kesom.

Resepi Sambal Pede, Sambal Budu Masakan Pahang

3. Pucuk ubi celur dulu bagi lembut sikit pastu kerat 2 atau 3 pucuk ubi tu
4. Masukkan semua bahan dalam periuk, masukkan air secukupnya, masukkan budu.
5. Nyalakan api dan biarkan bahan mendidih dan semua bahan empuk.
6. Masukkan santan dan kecikkan api dan biarkan seketika.
7. Bila rasa dah ngam, bolehlah tulip api dan dihidangkan.


TIPS!
  • Resipi ini tidak menggunakan garam hanya budu (budu dah masin).
  • Santan dan budu tu tgk la pada bahan yang masak banyak mana.
  • Untuk cili api ikut suka nak kepedasan memasing.
  • Cuci bersih pucuk ubi kayu kemudian di ramas dan di cuci berkali-kali supaya air pahitnya berkurangan/perah keluar air yang hijau.

Antara bahan lain yang boleh dibuat sambal pede/sambal budu:
Daun Kadok
Terong mango
Belimbing buluh
ikan bilis
Kunyit hidup
Asam keping
Petai


Asalnya nak pakai 1.5 bottel budu, tapi dah alang kepalang habiskan jela 2 botol kecik tu. Ada juga tip kalau nak lagi sedap, jemur dulu daun baru masak. Bagi yang belum pernah rasa sambal pede, memang patut cuba resepi masak budu Pahang ni. Kombinasi rasa masam, manis dan pedas memang istimewa sangat!

gulai pede, pucuk ubi masak budu, masak budu pahang, gulai budu

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post