Drama One Cent Thief Astro Ria Tampilkan Kisah Rompakan 1 Sen Malaysia |
    Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent
    Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah
    menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian
    diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai
    komersial untuk tontonan.
    One Cent Thief membawakan subjek ‘heist’ dan kelainan berbanding naskhah
    lain adalah ia pertama kali dalam Malaysia mahupun karya luar negara yang
    membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan
    rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.
  
  
    One Cent Thief mempunyai 8 episod, bakal temui penonton bermula 8 Oktober,
    setiap hari Sabtu, jam 9 malam. Menariknya buat julung kali drama premium di
    bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran
    berbeza bahasa seperti Astro Ria HD saluran 104, Astro Vinmeen HD saluran
    202, Astro Shuang Xing HD saluran 307 (episod 1 tayangan serentak 8 Oktober,
    9.00 malam, manakala episod berikutnya setiap Sabtu, jam 11 malam), dan
    PRIMEtime saluran 704. Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baru
    seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam
    12.00 tengah malam menerusi strim di platform Astro GO atau On Demand.
  
  
    Meskipun subjek utama adalah ‘heist’, namun One Cent Thief membawakan
    mesej-mesej positif serta memaparkan cabaran kehidupan setiap lapisan
    masyarakat yang amat dekat dengan penonton seperti kehidupan golongan atasan
    dengan kemewahannya, golongan medium yang bersungguh-sungguh mencari rezeki
    dan mencapai cita-cita, serta golongan yang terdesak dan sanggup melakukan
    apa sahaja sehingga ada yang terpaksa berdepan dengan pinjaman haram dan
    kongsi gelap.
  
  
    Sementara itu, dari sudut produksi pula ia menonjolkan babak menggodam yang
    diinspirasikan daripada cara sebenar yang dipraktikkan oleh jenayah siber
    geng Carbanak yang jarang ditampilkan dalam karya tempatan.
  
  Genre : Crime/Thriller
Creator/Showrunner : Alfie Palermo
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis : Alfie Palermo
Penerbit : Zurina Ramli, Alfie Palermo, Natasha Azlan
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan : Independent Pictures Sdn Bhd
Bahasa : Bahasa Malaysia-Inggeris
Durasi Filem : 48 – 55 minit x 8 Episod
Jumlah Hari Penggambaran : 48 hari
Lokasi Penggambaran : Kuala Lumpur & Selangor
Tarikh Tayangan : 8 Oktober 2022
Sinopsis One Cent Thief
    One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang
    terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya
    kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam
    sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank
    dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar tetapi perbuatan mereka ini
    hanya membawa mereka ke situasi yang semakin membahayakan.
  
  
    ‘One Cent Thief’ tells the story of Iman Shah, a bank officer who is
    desperate to finance his father’s medical costs as well as pay off his
    father’s mounting debts. Using his intelligence, skills, and wits, he hacks
    the Bintang Bank system to steal one cent from each bank account.
  
    Selain itu penonton turut dihidangkan dengan babak-babak aksi yang
    mendebarkan hasil lakonan hebat para pelakon terkemuka tanah air dari
    pelbagai latar seperti Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia
    Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo,
    Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid,
    Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin. Selain itu, turut menampilkan
    kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
  
  Syafiq Kyle sbg / as Iman Shah
Faizal Hussein sbg/ as Abah
Azira Shafinaz sbg/ as Intan
Fabian Loo sbg / as Ash Lee
Sofia Jane sbg/ as Ibu Zara
Aghonderan Sahadevan sbg / as Devan
Amerul Affendi sbg/ as Kadak
Supporting Cast & Characters:
Carmen Soo sbg/ as Irene
Sathisvaran Magesvaaran sbg/as Dinesh
Krishna Kumar Nair sbg/as Sathish
Rubi Rubini sbg/ as Mimi
Amir Nafis sbg/as Wan Zairol
Fadhli Masoot sbg/ as Shemad
Aleza Shadan sbg/as Mak Iman
Syed Irfan sbg/as Iman Muda
Airiezara Jasmin sbg/as Intan Muda
    Drama premium mengetengahkan genre jenayah thriller merupakan idea asal oleh
    showrunner (pencipta) Alfie Palermo dan beliau turut terlibat sebagai ketua
    pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha
    Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki. Alfie Palermo terdahulu tampil dengan
    idea asalnya menerusi drama premium Dukun Diva, di samping pernah memenangi
    anugerah Skrip Terbaik di Anugerah Internasional Motivational Film Festival
    Bridge of Arts (IMFF), Rusia pada tahun 2016 dan Lakon Layar Terbaik di
    Anugerah Lawak Warna 2015. Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh
    pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak
    mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun
    Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.
  
  
    One Cent Thief, turut jalin kerjasama bersama air minuman Gong Cha dalam
    pemasaran. Penonton boleh menikmati minuman dari Gong Cha dengan harga
    promosi 1 sen bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2022.
  
  
    Terdahulu Astro Originals telah menampilkan deretan drama siri premium
    daripada pelbagai genre, nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita
    segar seperti diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang sememangnya
    berlaku dalam kalangan penonton seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’
    (francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’
    (memperkenalkan genre coming of age), ‘I-Tanggang’ (mengetengahkan isu
    realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’
    (angkat kisah female con artist dan anti-heroes), ‘Kuasa’ (kisah fiksyen
    sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan), ‘Histeria The Series’
    (kesinambungan filem box office 2008, Histeria), Murder By Moon Light
    (ketengahkan genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”).
  
    Saksikan drama siri premium, One Cent Thief yang akan ditayangkan serentak
    di saluran Astro Ria HD, Astro Vinmeen HD, Astro Shuang Xing HD (episod 1
    tayangan serentak 8 Oktober, 9.00 malam, manakala episod berikutnya setiap
    Sabtu, jam 11 malam), dan PRIMEtime pada jam 9.00 malam, setiap hari Sabtu,
    bermula 8 Oktober ini atau strim di Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan
    klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, Twitter Astro
    Gempak dan Astro Shaw.
  
  drama one cent thief Astro ria, one cent thief drama, one cent thief true
  story, one cent thief Malaysia, 1 cent thief cast, 1 cent hacker, one cent
  thief movie, one cent thief Astro, guy who stole 1 cent from every bank
  account, one cent thief true story, one cent thief Malaysia, kisah sebenar
  jutawan 1 sen, azira shafinaz,



