Trending


Tempat Menarik Di KL Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga

Tempat Menarik Di KL Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga | Pemakanan yang seimbang, mendaftar dengan pelan takaful keluarga yang baik, dan senaman merupakan antara amalan gaya hidup sihat yang perlu diterapkan dalam kalangan keluarga anda. Tetapi apa lagi yang boleh anda ikhtiarkan agar keluarga anda kekal sihat dan aktif di luar sambil berseronok pada masa lapang?

Sebenarnya ada banyak tempat lepak chill di kl yang boleh kita kunjungi bersama keluarga, kanak-kanak, untuk bergambar di tempat yang instagrammable dan juga berdating! Jika anda duduk berhampiran ibu negara, anda boleh bawa sahaja keluarga bersiar-siar di tiga tempat yang menarik ini.


Taman Botani Perdana
Apa? Kota raya KL juga ada taman botani? Ya, memang ramai lagi tidak tahu bahawa bandar raya megah Kuala Lumpur kita ini ada taman rekreasi cantik yang boleh anda kunjungi bersama keluarga. Dilitupi kanopi menghijau dengan trek jogging yang mengikuti alur bukit-bukit kecil, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur ini sememangnya destinasi yang baik untuk keluarga anda beriadah.

tempat menarik di kl untuk family

Ada kawasan lapang, tasik, kandang haiwan seperti rusa dan burung, dan macam-macam lagi. Sambil beriadah dan berpeluh, si kecil pasti terhibur melihat suasana dan haiwan-haiwan yang ada di sini.

Nak lagi menarik, anda boleh sampai ke sini dengan berjalan kaki daripada stesen kereta api lama Kuala Lumpur, atau turun sahaja di LRT Pasar Seni! Perjalanan Grab dari KL Sentral juga tidak akan memakan tambang yang tinggi kerana ia dekat sahaja.


Taman Eco-Rimba Bukit Nanas
Nak lagi taman menghijau untuk anda dan keluarga berseronok sambil berpeluh? Lawat sahaja Taman Eco-Rimba Bukit Nanas ini untuk pengembaraan yang mengasyikkan bersama keluarga.

tempat menarik bersama keluarga

Sebuah kawasan Warisan Hijau Kuala Lumpur, Taman Eco-Rimba ini memang lagi syok jika anda sekeluarga memang amat menyukai suasana rimba yang aman. Beriadahlah sambil menghirup udara segar di taman ini tanpa perlu membuat perjalanan jauh ke tempat lain jika anda berada di sekitar kawasan Lembah Klang.


Petaling Street (Chinatown)
Dah puas beriadah, dan kini anda bersedia untuk bawa keluarga membeli-belah?

Daripada memilih pusat beli belah dalam bangunan yang semuanya sama sahaja di ibu kota, apa kata anda bawa anak-anak dan keluarga ke Petaling Street. Kedai-kedai dan pasar yang dibuka di kawasan lapang ini sememangnya destinasi beli-belah yang menarik untuk diterokai. Bukan itu sahaja, barangan yang dijual juga ada pelbagai variasi dengan harga yang begitu murah sekali.

tempat menarik di kl untuk family
Kwai Chai Hong is a hidden gem in China Town

Untuk membeli cenderahati atau buah tangan, anda boleh ke Central Market yang terletak berhampiran dengan kawasan itu. Kalau tak membeli sekalipun, anda dan keluarga dapat menikmati keindahan produk tradisional tempatan dengan pelbagai motif menarik, seperti batik, songket, dan sebagainya. Jangan lupa juga untuk berkunjung ke Kwai Chai Hong.


Daripada berjalan kaki dalam bangunan berpendingin hawa semata-mata, bawa anak-anak anda hirup udara segar di luar di lokasi-lokasi ini. Sambil menikmati keindahan tempat-tempat menarik yang ada, anda juga boleh memupuk mereka mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Pastikan keluarga anda dilindungi dengan pelan takaful komprehensif dan berkualiti dengan Takaful IKHLAS sekarang. Untuk maklumat lebih lanjut, layari sahaja https://www.takaful-ikhlas.com.my/category/protection

tempat menarik di kl untuk kanak kanak, tempat menarik di kl waktu malam 2022, tempat free di kl, tempat lepak chill di kl, tempat menarik untuk dating, tempat menarik di kl untuk family, tempat menarik di kl untuk bergambar, tempat menarik bersama keluarga, tempat menarik di kl untuk dating, aktiviti indoor di kl,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post