Trending


5 Panduan Balik Kampung Dengan Selamat Menggunakan Motosikal

5 Panduan Balik Kampung Dengan Selamat Menggunakan Motosikal | Tiada penawar yang lebih mujarab untuk rindu pada ibu bapa kita selain daripada balik kampung. Di kala kesibukan bekerja, anda teringin nak pulang ke kampung halaman untuk menjenguk keluarga di sana.

tips balik kampung dengan motor

Tetapi anda tidak mempunyai bajet yang banyak untuk beli tiket penerbangan ataupun bas, dan anda hanya ada motosikal sahaja. Bagaimana anda nak pastikan perjalanan anda lancar dan selamat sebelum bertolak? Jom tengok tips balik kampung supaya perjalanan balik kampung jadi lebih lancar.


Rehat Yang Cukup
Kalau anda nak balik kampung dengan selamat, anda memang perlu dapatkan rehat yang secukupnya. Pastikan anda dapat waktu untuk berehat dengan secukupnya sebelum hari anda membuat perjalanan.

Siapkan semua tugasan yang ada dengan awal sebelum cuti, agar anda ada masa untuk mengemas pakaian dan membuat persiapan lain sebelum berangkat. Ingat, menunggang motosikal ini memang ada risiko tinggi, dan anda perlukan tenaga yang secukupnya untuk fokus di jalan raya.

Periksa Keadaan Cuaca
Halangan nombor satu untuk penunggang motosikal adalah cuaca. Penunggang motosikal tak boleh redah hujan seperti pemandu kereta dengan begitu sahaja. Cuaca buruk seperti hujan lebat amat berbahaya kerana jalan licin, pemandangan yang kabur, dan boleh mendatangkan kesan yang buruk pada kesihatan penunggang.

Oleh itu, pastikan anda periksa keadaan cuaca sebelum membuat perjalanan. Jika cuaca semakin gelap atau merisaukan dalam perjalanan anda, cari hentian atau R&R yang berhampiran dengan segera.


Ada Geng Peneman
Ada kawan yang nak balik kampung sehala dengan motosikal sekali? Apa kata anda ajak mereka balik kampung bersama-sama.

Dengan ada geng peneman ataupun konvoi motosikal, perjalanan anda bukan sahaja lebih meriah, malah ia juga lebih selamat. Dengan adanya rakan-rakan yang lain, anda semua boleh pastikan keselamatan antara satu sama lain semasa perjalanan.

Jangan Laju-Laju
Biar lambat, asalkan selamat. Tiada apa yang lebih berharga daripada nyawa anda; oleh itu, pastikan anda menjaga kelajuan motosikal di atas jalan raya. Jangan bawa terlalu laju sehingga membahayakan diri anda.

Ingat, tujuan anda balik ke kampung adalah untuk melawat keluarga. Walaupun lambat, ketibaan anda di destinasi dengan selamat itu lebih berharga.


Periksa Keadaan Motor
Dah check dan servis motosikal anda? Adakah cukai jalan dan takaful motor sudah diperbaharui? Pastikan semua perkara ini diuruskan dengan lengkap sebelum anda membuat perjalanan. Motosikal dengan keadaan yang baik juga adalah jaminan untuk anda membuat perjalanan yang lancar dan selamat.

Jika anda dah bersedia nak balik kampung dengan menaiki motor anda, pastikan perkongsian di atas ini dapat menjadi peringatan atau checklist terakhir persiapan balik kampung sebelum anda berangkat.


Mahu mencari pelan takaful motor yang komprehensif dan berkualiti? Takaful IKHLAS ada solusinya buat anda. Layari sahaja laman web Takaful IKHLAS di https://www.takaful-ikhlas.com.my/our-products/personal/motor

persiapan balik kampung, cara untuk balik kampung semasa pkp, tips balik kampung pkp, tips balik kampung kereta, tips sebelum balik kampung, tips perjalanan balik kampung,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post