Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 2 (Gegar Vaganva 2022) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 2 (Gegar Vaganva 2022)

Trending

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 2 (Gegar Vaganva 2022)

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 2 (Gegar Vaganva 2022) | Selesai persembahan untuk minggu ke-2 GV9 kejap tadi. Bagi minggu kedua konsert Gegar Vaganza 2022 musim ke-9 membawakan tema 'Malar Segar Mekar Membara'. Untuk minggu ni Nabil tiada dan digantikan dengan pelawak, Daniel Zaini dan lagu pembukaan dinyanyikan oleh Che Puan Sarimah yang bakal mengendalikan Vazz Vaganza bersama Keanu Azman.

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 2 (Gegar Vaganva 2022)


Minggu ini juga tiada juri jemputan di samping juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat. Kita nantikan minggu depan ada atau tak juri jemputan.

Bila tengok twitter ramai yang tweet gandingan pelawak dan Elly Mazlein tadi tak begitu menjadi. Kesian jugak dah orang tu terpaksa ganti Nabil dan kene kecam pula ya. Nampak sangat tak boleh nak carry the vibe menggantikan Nabil. Kak Lina pom-pom malam tadi memang sangat menghiburkan dan Astro buat pilihan tepat untuk mengisi seketika kekosongan tempat Jihan Muse.


Minggu ke-2 menyaksikan Tomok, Hazrul Nizam dan Shila Amzah mengungguli carta markah dan penyanyi Roy Kapilla tersingkir. Roy yang menyanyikan lagu Izinkan Selamanya Namamu Dihati (E.Y.E) cuma berjaya mendapat 53.20% markah sahaja.


Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 2 (Gegar Vaganva 2022)


Senarai lagu untuk minggu ni memang semua best dan Kak Bell paling tak sabar nak tunggu Jac, Dina dan Pat Candy yang akan membawakan lagu faveret.

Tak sangka pulak Jacyln cuma placed di tempat ke-5 dan Hazrul berjaya naik carta ke tangga ke-2 dari tanga tercorot mingau lepas. Sedap kot Jac bawak lagu Gerimis Mengundang versi dia. Tapi juri lagi arif kan! Kak Bell rasa Tom nyanyi pun ok minggu ni tapi masih belum dapat puaskan juri. Kebanyakkan persembahan ok cuma nak tunggu bila Bob dengan Dina nak meletop naik carta.

Tomok dengan Shila ni kalau bab bertanding memang selalu maintain dan beri persaingan pada peserta lain. Bagi komen Hetty Koes Endang untuk Tom dan Dina memang sangat tepat. Kak Bell setuju sebab lagu jadi lebih sedap kalau dibawakan seperti saranan lagenda Ibu Hetty. Hope next week Dina dan Tom dapat nyanyi lebih baik untuk naik carta.


Berikut merupakan Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu ke-2 berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional.

Tarikh konsert: 25 September 2022
Tema: Malar Segar Mekar Membara
Lagu Pembukaan: Kini Kau Tiada (Che Puan Sarimah Ibrahim + Kak Lina PomPom)

1. Tomok - Janji Padamu (Exist) - 80.00%
2. Hazrul Nizam - Untukmu Ibu (Exist) - 79.80%
3. Shila Amzah - Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim) - 78.90%
4. VE - Kasih Berubah (Ferhad) - 74.50%
5 Jacyln Victor - Gerimis Mengundang (Slam) - 74.40%
6. Pat Candy - Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi (Mulan Jamela) - 69.30%
7. Bob Yusof - Kepulangan (Razis Ismail) - 64.50%
8. Dina Nazir - Ku Teruskan (Siti Sarah) - 61.40%
9. Asheed Def Gab C - Percayakan Siti (Exist) - 60.60%
10. Tom - Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah) - 59.90%
11. Fuad Rahman - Suara Cinta (Mega) - 57.80%
12. Haida - Di Sebalik Sejuta Wajah (Shima) - 57.80%
13. Roy Kapilla- Izinkan Selamanya Namamu Dihati (E.Y.E) - 53.20%

Juri jemputan: Tiada
Anugerah betul-betul Luar Biasa - Fuad Rahman
Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak - Tomok
Anugerah Memukau Adabi - Shila Amzah
Peserta Tersingkir Minggu ke-2 - Roy Kapilla

**keputusan rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah konsert mingguan

Baca : Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 3 (Gegar Vaganva 2022)
Baca : Keputusan GV 9, Senarai Lagu Tugasan Dan Keputusan Mingguan


Minggu depan lagu Pilihan Netizen mostly lagu dangdut popular ya. Rasanya sebelum ni Jac tak pernah bawakan lagu dangdut or irama Malaysia kan? Ke Kak Bell salah? Memang power2 la lagu pilihan netizen next week! Tak sabar nak tonton.

Jangan lupa minggu depan hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria untuk konsert Minggu ke-3 GV9 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Selain Astro Ria HD, pelanggan Astro juga oleh penonton secara online melalui aplikasi Astro GO tau platform On Demand secara percuma.


gegar vaganza 2022 final, gegar vaganza 2022 final live, gegar vaganza 2022 peserta, gegar vaganza 2022 separuh akhir, gegar vaganza 2022 live streaming, gegar vaganza 2022 final full, gegar vaganza 2022 suku akhir, lagu final gegar vaganza 2022, peserta gegar vaganza 2022, konsert akhir gegar vaganza 2022, gegar vaganza 8, gegar vaganza 2021, finalis gegar vaganza 2022, keputusan gegar vaganza 2022, juara gegar vaganza 2022, artis gegar vaganza 2022, gegar vaganza 2022 juri,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post