Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 1 (Gegar Vaganva 2022) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 1 (Gegar Vaganva 2022)

Trending

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 1 (Gegar Vaganva 2022)

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 1 (Gegar Vaganva 2022) | Hi korang! Minggu lepas mesti semua teruja tonton konsert minggu pertama GV9. Maklumlah semua peserta yang bertanding merupakan pejuang seni nyanyian dan tidak main-main dalam berkarya. Kesemua bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) membuat persembahan yang cukup bertenaga pada minggu lepas.

Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu 1 (Gegar Vaganva 2022)

Untuk Minggu 1, 13 bintang GV9 menyampaikan lagu-lagu hit mereka yang menjadi siulan ramai. Minggu lepas macam biasalah tiada peserta yang disingkirkan. Teruja dengan persembahan minggu lalu sebab dah lama tak dengar lagu-lagu popular zaman dulu. Kebanyakkannya semua membuat persembahan dengan baik, terutama Jaclyn Victor memberikan saingan sengit buat semua bintang yang bertanding menerusi penyampaian luar biasa lagu Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang.

Rasa macam Tom nyanyi ok jugak, tapi dia hanya berjaya mara di kedudukan tempat ke-11. Untuk Hazrul Nizam memang dia nyanyi agak kurang sikit dan berada di tangga tercorot. Lagu Kaulah Segalanya sebenarnya sangat best ye. Kalau lah dapat di bawakan dengan lebih baik mesti mantap.


Penyanyi legenda Rahimah Rahim dijemput sebagai juri jemputan di samping juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat. Cuma Kak Gurl cuma bagi komen manja-manja aje di minggu lepas. Kita tengok siapa pula juri jemputan untuk esok ya.

Berikut merupakan Kedudukan dan Markah Gegar Vaganza 9 Minggu pertama berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional.

Tarikh konsert: 18 September 2022
Tema: Lagu sendiri

1. Jaclyn Victor - Di Bawah Pohon Asmara X Gemilang (88.40%)
2. Shila Amzah - Patah Seribu X Memori Tercipta (85%)
3. Tomok - Sejarah Mungkin Berulang X Meraung (84.10%)
4. Dina Nadzir - Cinta Datang Lagi (83.80%)
5. Bob Yusof - Cinta Seorang Teman (83.60%)
6. Roy Kapilla -Dikir Rambong (70.60%)
7. Pat Candy - Akan Ku Tunggu (68.40%)
8. VE - Tunggu X Kerna Sayang (67.10%)
9. Haida Hasnan - Hajat (65.70%)
10. Bila Rindu - Fuad Rahman (63.70%)
11. Tom - Lagu Untuk Kuala Lumpur (61.50%)
12. Asheed Def Gab C - Cinta Sakti (61.20%)
13. Hazrul Nizam - Kaulah Segalanya (56.20%)

Juri jemputan: Rahimah Rahim
Juara Next Level Digi - Fuad Rahman
Bintang Cuckoo Paling Gempak - Jacyln Victor



Jangan lupa esok Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria untuk konsert Minggu ke-2 GV9 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Selain Astro Ria HD, pelanggan Astro juga oleh penonton secara online melalui aplikasi Astro GO tau platform On Demand secara percuma. Agak-agak siapa artis menyengat esok?

gegar vaganza 2022 final, gegar vaganza 2022 final live, gegar vaganza 2022 peserta, gegar vaganza 2022 separuh akhir, gegar vaganza 2022 live streaming, gegar vaganza 2022 final full, gegar vaganza 2022 suku akhir, lagu final gegar vaganza 2022, peserta gegar vaganza 2022, konsert akhir gegar vaganza 2022, gegar vaganza 8, gegar vaganza 2021, finalis gegar vaganza 2022, keputusan gegar vaganza 2022, juara gegar vaganza 2022, artis gegar vaganza 2022, gegar vaganza 2022 juri,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post