Trending


Lirik Lagu Tiara Versi P. Ramlee, Lagu Cover P. Radhi Disambut Baik Peminat

Lirik Lagu Tiara Versi P. Ramlee, Lagu Cover P. Radhi Disambut Baik Peminat | Penyanyi lagu Tiara versi P ramlee, P. Radhi atau nama penuhnya Muhammad Radhi AB. Rahman, 31 tahun, merupakan Juara Bintang P. Ramlee 2016, adalah artis tandatangan baru dibawah Luncai Emas Sdn Bhd. Luncai Emas. Selepas kejayaan menyanyikan semula lagu Tiara dendangan asal kumpulan Kris, beliau bakal mengeluarkan beberapa single lagi secara ‘cover’ mahupun ‘original’ selepas Tiara dan juga beberapa lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan dendangan dan gaya tersendiri P. Radhi.

Lirik Lagu Tiara Versi P. Ramlee
tiara p ramlee

"Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada Luncai Emas Sdn Bhd yang menerima saya, serta memberi peluang untuk ‘cover’ lagu Tiara. Lagu Tiara ciptaan Dato M Nasir memang sudah terbaik, dan saya sekadar menyanyikannya dalam versi P. Ramlee. Kenapa versi P. Ramlee, sebab saya menjuarai Bintang P. Ramlee Kebangsaan pada tahun 2016. Saya juga sangat meminati Tan Sri P. Ramlee dan dari kecil saya sudah dibiasakan dengan lagu-lagu dan lakonan-lakonan arwah Tan Sri P. Ramlee. Saya tidak sangka versi P. Ramlee yang bermula daripada nyanyian bersahaja di Tik Tok menjadi viral dan mendapat sambutan baik. Ramai juga yang mengatakan rindu pada arwah Tan Sri P. Ramlee dengan dendangan itu. Saya terharu dan gembira dapat mengingatkan kembali orang ramai kepada seniman Agung kita. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan saya." jelas P. Radhi tentang rilisan terbarunya secara ‘cover’, Tiara.


Lirik Lagu Tiara Versi P Ramlee/Radhi P Ramlee
Lagu & Lirik : M.Nasir
Hakcipta : Luncai Emas Sdn Bhd

TIARA MENGGAMIT KENANGAN ZAMAN PERSEKOLAHAN
TIARA KU MIMPI KITA BERSANDING ATAS KAYANGAN
SEAKAN BISA KU SENTUH PERISTIWA SEMALAM
DI MALAM PESTA ENGKAU BISIKKAN
KATA AZIMAT DI TELINGA

KITA TERPAKSA BERPISAH UNTUK MENCARI ARAH
KITA DIPUKUL OMBAK HIDUP ALAM YANG NYATA
ENGKAU JAUH MENITI PUNCAK MENARA GADING
YANG MENJANJIKAN HIDUP SEMPURNA
TAPI AKU HANYA TUNDUK KE BUMI
HIDUP TERTEKAN

JIKA KAU BERTEMU AKU BEGINI
BERLUMPUR TUBUH DAN KERINGAT MEMBASAH BUMI
DI PENJARA TERKURUNG TERHUKUM
HANYA BERTEMANKAN SEPI

BISAKAH KAU MENGHARGAI
CINTAKU YANG SUCI INI
OH! TIARA PEDIHNYA
DAPATKAH KAU MERASAKAN

BISAKAH, MASIH BISAKAH
ENGKAU HARGAI CINTAKU LAGI
OH! TIARA PEDIHNYA DAPATKAH KAU MERASAKAN
OH! TIARA PEDIHNYA DAPATKAH KAU MERASAKANNYA
TIARA OH.!


Video muzik Tiara P. Radhi dimana penggambarannya dibuat sepenuhnya di Melaka telah pun dimuat naik di saluran youtube Luncai Emas dan setelah 3 hari sahaja telah mencapai 30 ribu tontonan. Video muzik tersebut diarahkan oleh Juril Jumali, diinpirasikan dari filem Penarek Becha.


Tiara versi P. Ramlee boleh didengari di semua pelantar strim seperti Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan Itunes Store.

radhi p ramlee tiara
penyanyi lagu tiara
lagu tiara versi p ramlee
penyanyi lagu tiara versi p ramlee

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post