Trending


BoomChaz Xtive On The Go Mencari 1000 Wanita B40 & Ibu Tunggal Untuk Bantu Jana Pendapatan

BoomChaz Xtive On The Go Mencari 1000 Wanita B40 & Ibu Tunggal Untuk Bantu Jana Pendapatan | Tidak dinafikan terdapat banyak produk kecantikan di pasaran dengan pelbagai manfaat dan kebaikannya. Selain misi para wanita ingin tampil cantik dan polos, adalah satu bonus bila kita dapat jana pendapatan sampingan selain kekal menawan. Kali ni Kak Bell nak perkenalkan sebuah produk minuman kesihatan kombucha iaitu BoomChaz Xtive On The Go yang diperkenalkan oleh Citra Kesom Sdn. Bhd.

BoomChaz Xtive On The Go
Dr. Norman Norawi dan Puan Yazra Nadia

Produk BoomChaz Xtive On The Go ini datangkan dalam bentuk serbuk yang dibungkus rapi di dalam sachet. BoomChaz Xtive On The Go memiliki 20 bilion colony-forming unit (CFU) probiotik dalam setiap sachet dilengkapi dengan kebaikan lemon dan kurkumin merangkumi vitamin C dan vitamin B kompleks.


Apa Itu Kombucha?
Minuman kombucha bukanlah sebuah penemuan baru dan asing, malah ianya telah wujud sejak ribuan tahun dahulu. Minuman penuh manfaat ini dicipta sekitar tahun 200 Sebelum Masihi di Manchuria, yang mana sangat terkenal disebabkan oleh sifat penyembuhannya yang rata-rata memang berkesan. Nama kombucha dipercayai datang dari peristiwa di mana Dr. Kombu, seorang tabib dari Korea mempersembahkan minuman berupa teh tersebut yang dipanggil ‘cha’ kepada Maharaja Ingyō di Jepun sebagai salah satu ikhtiar bagi membendung pelbagai penyakit. Kebaikan minuman ini kemudian tersebar luas dan menjadi popular di Eropah sehingga kini.


BoomChaz Xtive On The Go Kini Dalam Bentuk Sachet
Sebelum ini syarikat Citra Kesom Sdn. Bhd mengeluarkan minuman kesihatan kombucha ini dalam bentuk botol yang dibru iaitu 1980 BoomCha Brew (boom cha brew). Dengan inovasi terbaru mereka, BoomChaz Xtive On The Go, kini dalam bentik minuman sedia bancuh iaitu dalam bentuk sachet. Antara bahan yang digunakan adalah seperti gula organik, safron (saffron kombucha) berkualiti terbaik dari Turkiye, bahan-bahan terpilih dan terbaik lain.

BoomChaz Xtive On The Go

Telah banyak penyelidikan yang dilakukan dengan agensi-agensi kerajaan untuk mencapai kestabilan optimum bagi penghasilan minuman kesihatan kombucha dalam bentuk serbuk ini. Semuanya untuk kemudahan anda dalam menikmati kebaikan kombucha.

Kini dengan BoomChaz Xtive On The Go anda tak perlu lagi risau nak simpan minuman kombucha dalam peti sejuk. Takut tumpah lah, meletup lah disebabkan kandungan gasnya kalau anda masukkan dalam beg tangan dan sebagainya. Ini kerana Walaupun berbeza bentuk, kebaikannya kekal sama.


BoomChaz Xtive On The Go Sebagai Sumber Probiotik Terbaik
Pengasas BoomChaz Xtive On The Go, Puan Yazra Nadia telah berkongsi 6+1 manfaat hebat kombucha dan kebaikan probiotik BoomChaz Xtive On The Go.

BoomChaz Xtive On The Go
Boom cha brew dalam bentuk sachet

6+1 manfaat kombucha dan probiotik BoomChaz Xtive On The Go:
  • Mengandungi sumber probiotik yang baik untuk kesihatan usus.
  • Minuman kombucha dapat membantu meningkatkan imuniti.
  • Membantu minda untuk lebih fokus.
  • Kebolehannya untuk membanteras ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan tubuh manusia.
  • Dapat membantu meningkatkan mood.
  • Dapat membantu mendapatkan tidur yang lebih baik.
  • Boleh dijadikan sebagai penggalak tenaga.


Bantu Wanita B40 & Ibu Tunggal Untuk Jana Pendapatan
BoomChaz Xtive menekankan jihad sihat, jihad ekonomi dan jihad rezeki di dalam setiap produknya. Jihad sihat dijadikan fokus utama bagi membantu para pengguna untuk menerapkan gaya pemakanan secara sihat. Jihad rezeki dan jihad ekonomi pula merupakan misi untuk membantu golongan ibu tunggal dan B40 khususnya, dalam menaikkan taraf hidup mereka melalui penambahan rezeki dalam perkongsian minuman kesihatan tersebut.

BoomChaz Xtive On The Go

Berbekalkan jihad ini, Puan Yazra Nadia menyeru 1,000 wanita dari golongan B40 dan ibu tunggal yang benar-benar memerlukan untuk disalurkan bantuan ilmu dan membuka peluang bagi mereka mencapai pendapatan bulanan empat angka dengan mendaftar sebagai ejen BoomChaz Xtive On The Go. Salah satu kelebihan menyertai keluarga BoomChaz Xtive adalah para ejen tidak perlu memegang stok kerana semuanya diuruskan oleh pihak BoomChaz Xtive sendiri. Jadi, ianya boleh dilakukan sebagai sebuah aktiviti sampingan tanpa mengganggu tugas hakiki. 

Apa yang menarik adalah setiap ejen akan diberikan slip gaji bulanan yang membolehkan mereka membuat pinjaman, pembelian atau apa jua transaksi yang memerlukan anda untuk mengemukakan slip gaji terlebih dahulu. Dalam jihad ekonomi juga BoomChaz Xtive menekankan agar kesemua ejen sering berusaha bagi mengecapi ekonomi yang lebih balik. Semangat kerjasama diterapkan melalui sesi-sesi perkongsian untuk berjaya dalam bisnes dan tips-tips yang boleh digunapakai jika seseorang ejen itu tidak begitu biasa dengan teknik jualan. No woman gets left behind.


Buat anda di luar sana, jangan lepaskan peluang ini untuk menjaga pendapatan di samping mendapatkan kesihatan terbaik untuk tubuh badan. Bagi mendapatkan info lanjut mengenai program ini atau berkaitan produk, boleh layari dan hubungi nombor di bawah.

Layari: 1980 BoomChaBrew
Hubungi: 019-620 7769

boom cha brew,boomcha beer,saffron kombucha,BoomChaz Xtive On The Go,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post