Talbis Iblis Movie Sinopsis (The Devil's Deception), Filem Arahan Kabir Bhatia Di Pawagam 20 Oktober - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Talbis Iblis Movie Sinopsis (The Devil's Deception), Filem Arahan Kabir Bhatia Di Pawagam 20 Oktober

Trending

Talbis Iblis Movie Sinopsis (The Devil's Deception), Filem Arahan Kabir Bhatia Di Pawagam 20 Oktober

Talbis Iblis Movie Sinopsis (The Devil's Deception), Filem Arahan Kabir Bhatia Di Pawagam 20 Oktober | Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia kembali dengan sentuhan terbaru menerusi filem genre seram Talbis Iblis, terbitan oleh gabungan penerbit hebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia. Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu. Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21.

Filem Tablis Iblis


Apa Maksud Talbis Iblis?
‘Talbis Iblis’ yang membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia, cukup tepat menggambarkan tentang subjek utama yang diangkat dalam filem ini. Ia mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.


Talbis Iblis (bahasa Arab: تلبيس إبليس‎) adalah buku yang berisi penjelasan tentang perangkap dan tipu muslihat Iblis dalam menjerumuskan manusia ke dalam sebuah jurang kehancuran. Buku karya dari Ibnul Jauzi ini juga membahas tipu daya Iblis terhadap para sufi dari kalangan orang Zuhud.

Belitan Tipu Daya Iblis: Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibnu Jauzi
Talbis Iblis adalah kitab karangan Imam Ibnu Jauzi berkaitan dengan tipu daya Iblis dan syaitan kepada umat manusia. Buku ini adalah kitab klasik yang menjadi rujukan ramai. Ia membicarakan mengenai kaedah-kaedah iblis dan syaitan untuk memperdaya manusia untuk melakukan perkara jahat dan dilarang oleh Allah s.w.t.


Setiap adegan babak telah dijayakan oleh para pelakon hebat tempatan seperti Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Zaftfarrel Mikhael Felton dan Putri Syahadah Nurjannah. Ini juga merupakan kemunculan semula di layar perak oleh pelakon popular dan pemenang Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke 17 menerusi filem seram thriller saspens, Trauma (2004) iaitu Nasha Aziz.

Tajuk : Talbis Iblis
Genre : Horror
Pengarah : Kabir Bhatia
Produksi: Infinitus Gold Sdn Bhd, Astro Shaw Sdn Bhd, Jazzy Pictures (M) Sdn Bhd, A Next Star Production Sdn Bhd, Mm2 Entertainment Sd Bhd
Bahasa : Melayu
Durasi Filem : 97 Min
Jumlah Hari Penggambaran : 23 Hari
Tarikh Penggambaran : 28 Disember 2019
Lokasi Penggambaran : Pulau Carey Dan Apay Indah Wetlands
Tarikh Tayangan : 20 Oktober 2022

Barisan Pelakon Talbis Iblis
Azira Shafinaz sbg Hajar
Nasha Aziz sbg Junaidah
Zul Ariffin sbg Nasir
Amir Nafis sbg Arshad
Jay Iswazir sbg Zaini
Zaftfarrel Mikhael Felton sbg Hazim
Sherie Merlis sbg Bomoh
Izzy Reef sbg Nasir Muda
Daniella Sya sbg Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah sbg Hajar Muda


Sinopsis Filem Talbis Iblis
Mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.

Tells the story of a young lady Hajar who is sent far away from the city to give birth in secrecy. A midwife named Mak Ju takes care of Hajar throughout the entire ordeal, but she has her own hidden agenda.

OST bagi filem Talbis Iblis bertajuk ‘Harapan Penyambung Mimpi’ nyanyian Indah Ruhaila, hasil lirik oleh Habsah Hassan dan komposer Heidi Moru dan Lo Shi Seng.

talbis iblis trailer

Nantikan filem seram Talbis Iblis full movie di pawagam seluruh tanah air bermula 20 Oktober depan. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

talbis iblis film
talbis iblis full movie
talbis iblis movie sinopsis
talbis iblis trailer
talbis iblis movie synopsis
talbis iblis arabic
apa maksud talbis iblis

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post