Tourism Selangor Tarik Pelancong Berpotensi Dari Eropah ke Selangor - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tourism Selangor Tarik Pelancong Berpotensi Dari Eropah ke Selangor

Trending

Tourism Selangor Tarik Pelancong Berpotensi Dari Eropah ke Selangor

Tourism Selangor Tarik Pelancong Berpotensi Dari Eropah ke Selangor | Siri jelajah Truly Malaysia di Moscow, Tarik Pelancong Berpotensi Dari Rusia, Turki, Kazakhstan dan Uzbekistan ke Selangor.

Tourism Selangor, sebuah Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor, telah menyertai siri lawatan ke Moscow, Tashkent, Almaty dan Istanbul bagi menyokong Tourism Malaysia dalam matlamatnya untuk menarik lebih ramai pelancong dari Rusia dan Turki sambil mengekalkan hubungan dua hala. Lawatan tersebut berlangsung selama sepuluh hari, dari 11 September hingga 20 September 2022.

Tourism Selangor Tarik Pelancong Berpotensi Dari Eropah ke Selangor

Ucapan oleh Yang Berhormat En. Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor semasa misi jualan di Rusia, Turkiye, Uzbekistan dan Kazakhstan


Misi ini diketuai oleh Yang Berhormat En. Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor dan dibantu oleh En. Azrul Shah bin Mohamad Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor. Misi ini mempamerkan pelbagai segmen pasaran di Selangor sambil mempromosikan Kempen “Splendid Selangor, Take Me Anywhere!”.

Sehingga tahun 2021, terdapat peningkatan sebanyak 13.0% (231,914) pelancong dari negara Eropah yang melawat Selangor berbanding tahun sebelumnya semasa sekatan perjalanan antarabangsa. Oleh itu, ini merupakan masa yang sesuai bagi negeri Selangor untuk meneruskan pertumbuhan pra-pandemiknya, terutamanya bagi pengembara antarabangsa, setelah larangan perjalanan telah ditarik kembali.


Menurut Yang Berhormat En. Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, kempen Splendid Selangor merupakan satu usaha penting dan titik perubahan bagi meningkatkan kerjasama antara negara-negara yang berminat.

Kerjasama tersebut akan melibatkan perkongsian prospektif melalui perjalanan FAM bersama media dan agensi pelancongan, siri promosi silang termasuk pengiklanan dan kempen digital, siri jelajah serta sales mission.


Segmentasi di negeri Selangor menyediakan pelbagai tarikan pelancongan, daripada eko-pelancongan, taman tema, budaya dan warisan serta pengalaman membeli-belah dan rekreasi. Ini termasuk taman tema Sunway Lagoon, Taman Kelip-kelip di Kampung Kuantan, Perkampungan Budaya Mah Meri serta kawasan peranginan di Avani Sepang Gold Coast.

Tourism Selangor Tarik Pelancong Berpotensi Dari Eropah ke Selangor

Majlis penyampaian hadiah semasa pertandingan cabutan bertuah bersama Tourism Selangor



Melalui jelajah Truly Malaysia di Moscow, delegasi Tourism Selangor telah bertemu dengan beberapa agensi pelancongan. Pemain utama seperti Evren SATIR, Ozan Ates, dan Gokhan Ustunday turut terlibat semasa misi tersebut. Beberapa syarikat pelancongan (Russia Travel) kini sedang mengatur perjalanan mereka ke Malaysia melalui Turkish Airlines, Emirates, Qatar Airways dan Etihad Airways sebagai penerbangan sambungan.

“Sebelum ini, pelancong dari Rusia telah menggunakan khidmat penerbangan dari Singapura ke Malaysia. Hasil daripada misi pada kali ini, kami bersedia untuk mengambil penerbangan tidak berjadual dari negara Rusia ke Malaysia melalui negeri Selangor dan kami tidak sabar untuk menarik lebih ramai warga Rusia ke negeri ini,” kata Yang Berhormat En. Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor.

Tourism Selangor bersedia untuk memanfaatkan perkongsian meluas bersama pengusaha pelancongan dan pemain industri sambil meningkatkan kesedarannya bagi mencapai misi dalam menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Asia Tenggara dan di seluruh dunia.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post