Lirik Lagu Duhai Cintaku DD Chronicle - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Duhai Cintaku DD Chronicle

Trending

Lirik Lagu Duhai Cintaku DD Chronicle

Lirik Lagu Duhai Cintaku DD Chronicle | Selepas lebih 2 tahun ditubuhkan serta telah berjaya mengumpul hampir 9 juta tontonan secara keseluruhan melalui channel 4U Entertainment, syarikat butik label musik baru tersebut juga telah melamar influencer parodi media sosial, Dd Chronicle untuk bekerjasama dalam menyanyikan karya ciptaan penuh Aiman Sidek yang bertajuk Duhai Cintaku.

Lirik Lagu Duhai Cintaku DD Chronicle

Dd Chronicle merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat-peminat kandungan parodi yang sering viral di saluran-saluran media sosial seperti Youtube, Facebook, Instagram serta Tiktok. Penghibur yang berasal dari Klang, Selangor dan menetap di Sungai Buloh ini mula berjinak-jinak dengan penciptaan kandungan Youtube dan Facebook lebih dari 10 tahun yang lalu.

Rentetan kejadian tersebut, pada tahun 2019, Dd mencuba pelbagai konten baru untuk saluran Youtube dan Facebook Page beliau. Pada tahun 2020 sekali lagi beliau mencuba konten baru berbentuk parodi yang mula mendapat tempat di hati penonton seawal percubaan pertamanya. Bermula dari itulah nama Dd Chronicle mula meniti di bibir pengamal sosial media sehingga memperolehi 100,000 subscribers youtube dalam masa sebulan.


Lirik Lagu Duhai Cintaku -DD Chronicle

selalu mencuba
untuk meninggalkanmu
namun tak terluah
dengan kata kata rindu

kerana kau adalah satu
tetap pertama di hatiku
tak ada lainnya
hanyalah dirimu

dengarlah duhai cintaku
aku cinta padamu
seluruh hatiku ini
hanyalah untukmu

dengarlah duhai cintaku
takkan pernah ada yang
walaupun kau lukai aku
tetap ku setia padamu
sampai mati

dalamnya cintaku
hanya untuk dirimu
tiada taranya
untuk ku berkata-kata
kerana kau adalah satu
tetap pertama di hatiku
tak ada lainnya
hanyalah dirimu

dengarlah duhai cintaku
aku cinta padamu
seluruh hatiku ini
hanyalah untukmu

dengarlah duhai cintaku
takkan pernah ada yang
walaupun kau lukai aku
tetap ku setia padamu
sampai mati

takkan berganjak
pendirian ini
kau saja di hatiku
kau cinta selamanya
sampai mati
oh

dengarlah duhai cintaku
aku cinta padamu
seluruh hatiku ini
hanyalah untukmu

dengarlah duhai cintaku
takkan pernah ada yang
walaupun kau lukai aku
tetap ku setia padamu
sampai mati


Bercerita tentang minat dalam bidang nyanyian lagi, beliau menceritakan, “Pada tahun lepas saya telah bereksperimentasi menggabungkan nyanyian dan parodi dengan menyanyikan semula lagu Haqiem Rusli, Tergantung Sepi tetapi dengan lirik yang diubahsuai dengan isu semasa pada masa itu. Sekali lagi pengikut Facebook saya berjaya mencecah 500,000 pengikut.”

Menurut DD Chronicle, “Saya bermula dalam bidang nyanyian dengan memuat naik lagu-lagu cover untuk tontonan sendiri, keluarga serta kawan-kawan rapat. Tidak disangka-sangka, hantaran video Smule nyanyian lagu Flashlight duet bersama Jessie J beberapa tahun sudah yang telah menarik sejumlah penonton Youtube dan Facebook untuk lebih mengenali serta mengikuti perkongsian-perkongsian saya. Alhamdulillah.”


Menurut Aiman Sidek, beliau melihat bakat yang ada pada Dd Chronicle ini sebagai sesuatu yang perlu diberikan perhatian yang serius. Jatuh hati dengan nyanyian-nyanyian yang dimuat naik di laman sosial beliau, dan secara kebetulan Aiman mempunyai sebuah lagu yang baru ditulis yang dia rasakan sesuai untuk DD.


Sejak dilancarkan tidak sampai sebulan yang lalu, jumlah tontonan lagu Duhai Cintaku di channel Youtube 4U Entertainment telah mencecah lebih 10,000 tontonan serta mendapat reaksi positif dari peminat-peminat Dd yang selalu menginginkan DD untuk membawakan lagu beliau sendiri.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post