Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh, Filem Aksi Heist Terbaik Indonesia 2022 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh, Filem Aksi Heist Terbaik Indonesia 2022

Trending

Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh, Filem Aksi Heist Terbaik Indonesia 2022

Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh, Filem Aksi Heist Terbaik Indonesia 2022 | 6 Anak Muda, 1 Lukisan, 1 Rompakan Terbesar Abad Ini | Filem aksi heist terbaik Indonesia tahun ini, MENCURI RADEN SALEH bakal menemui penonton Malaysia di seluruh pawagam tanah air bermula 22 September. Filem terbitan Visinema Pictures, Jagartha, Blibli dengan kerjasama Astro Shaw telah ditayangkan di Indonesia pada 25 Ogos lalu dan berjaya meraih kutipan lebih 1.2 juta penonton dalam tempoh kurang satu minggu tayangan.

Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh

Kekuatan filem Mencuri Raden Saleh bukan hanya pada jalan cerita yang segar dan sarat dengan babak aksi mendebarkan, tetapi turut mengetengahkan kisah golongan gen-Z yang dijayakan oleh barisan pelakon muda yang telah mengukir nama menerusi filem-filem box office Indonesia seperti Iqbaal Ramadhan (pelakon filem no 1 genre romantik drama Indonesia, filem Dilan), Angga Yunanda (Habibie & Ainun 3), Aghniny Haque (filem no 1 paling laris Indonesia, KKN di Desa Penari), Rachel Amanda (Dua Garis Biru), Umay Shahab (Danur 3) dan Ari Irham (Generasi 90an : Melankolia). Setiap watak mempunyai peranan dan tugas berbeza dalam misi pencurian ini serta diberi jolokan masing-masing seperti Piko - "The Forger", Ucup - "The Hacker", Fella - "The Negotiator", Sarah - "The Brute", Gofar - "The Handyman", dan Tuktuk - "The Driver".


Selain itu, turut membintangi filem Dwi Sasono, Atiqah Hasiholan, Ganindra Bimo, Andrea Dian, Muhammad Khan, Reza Hilman, Joshua D Pandelaki, Ratna Karya Riantiarno, Jenny Zhang, Tegar Satrya dan ramai lagi. Kos pembikinan Film Mencuri Raden Saleh dikira cukup besar sekitar 20 juta rupiah (Rp20,000,000.00/RM6,067.56 (MYR).

Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh

Tajuk : Mencuri Raden Saleh
Genre : Action
Pengarah : Angga Dwimas Sasongko
Penerbit : Cristian Imanuell
Terbitan : Visinema Pictures
Syarikat Penerbitan : Visinema Pictures
Bahasa : Bahasa Indonesia
Durasi Filem/Running Time : 2 jam 32 minit
Jumlah Hari Penggambaran : 33 Hari
Lokasi Penggambaran : Jakarta, Surabaya, Pasuruan
Tarikh Tayangan di Pawagam : 25 Ogos 2022 (Indonesia)
Mencuri Raden Saleh Tayang : 22 September 2022 (Malaysia)
Rating IMDb : 8.2/10

Barisan Pelakon Mencuri Raden Saleh/Pemain Mencuri Raden Saleh
PIKO sebagai IQBAAL RAMADHAN
UCUP sebagai ANGGA YUNANDA
SARAH sebagai AGHNINY HAQUE
FELLA sebagai RACHEL AMANDA
GOFAR sebagai UMAY SHAHAB
TUKTUK sebagai ARI IRHAM
PERMADI sebagai TYO PAKUSADEWO
BUDIMAN sebagai DWI SASONO
DINI sebagai ATIQAH HASIHOLAN
DETEKTIF ARMAN sebagai GANINDRA BIMO
DETEKTIF SITA sebagai ANDREA DIAN
RAMA sebagai MUHAMMAD KHAN
REZA sebagai REZA HILMAN
MARWAN sebagai JOSHUA D PANDELAKI
NENEK SARAH sebagai RATNA KARYA RIANTIARNO
IBU FELLA sebagai JENNY ZHANG
GITO sebagai TEGAR SATRYA
DONI sebagai FRANGKY LUCAS MANUHUTU


Soundtrack/Runut Lagu Filem Mencuri Raden Saleh
Lagu : Juragan & Tuan
Artis : Tuan TigaBelas
Komposer : M. Syaifullaj

Lagu : Misty
Komposer : Errol Garner, Johnny Burke

Lagu : Sebuah Kisah Klasik
Artis : Rendy Pandugo
Komposer : Eros Chandra


Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh/Sinopsis Film Mencuri Raden Saleh
Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan oleh pelukis maestro Indonesia, Raden Saleh yang berjudul Pangeran Diponegoro.

Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh

Mereka berenam ini diarahkan seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Dalam aksinya mereka melakukan berbagai pemalsuan, pertarungan, dan manipulasi dalam pencurian terancang mereka.

Jalan cerita dimulai apabila Piko (Iqbaal Ramadhan) yang merupakan seorang mahasiswa seni reka di sebuah perguruan tinggi yang mendapatkan sebuah tantangan besar kerana Piko juga mendapatkan wang dengan memalsukan lukisan karya tokoh-tokoh terkenal demi membebaskan ayahnya di penjara.


Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.

Trailer Mencuri Raden Saleh

Jangan lupa saksikan filem Mencuri Raden Saleh full movie di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 September ini. Anda semua boleh gunakan tanda pagar #MencuriRadenSaleh dan #FilmMencuriRadenSaleh di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini.

mencuri raden saleh netflix
mencuri raden saleh trailer
mencuri raden saleh tayang
mencuri raden saleh gsc
mencuri raden saleh release date

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post