Trending


i-Kao Jepun Perkenalkan Anti-Aging Device The Elegance Premium Set Untuk Kulit Sihat Glowing

i-Kao Jepun Perkenalkan Anti-Aging Device The Elegance Premium Set Untuk Kulit Sihat Glowing | Hi semua! Semua orang mengidamkan kulit wajah yang halus, glowing dan sihat. Disebabkan ada ribuan produk kecantikan di pasaran, mesti kita tertanya-tanya beauty product yang perlu dipilih untuk rutin penjagaan kulit seharian secara menyeluruh dan terbaik. Bagi wanita Asia tentunya produk dari negara Korea dan Jepun yang menjadi pilihan.

i-Kao Jepun Perkenalkan Anti-Aging Device The Elegance Premium Set Untuk Kulit Sihat Glowing

Tahu tak sebenarnya ada beza di antara jenama dari kedua-dua buah negara ini. Jadi apa perbezaan Japanese Skincare dengan Korean Skincare? Kedua-duanya menjanjikan produk dengan teknologi tinggi dan inovatif tetapi produk penjagaan kulit Jepun menggunakan bahan yang lebih alami/semulajadi dan telah digunakan sejak sekian lama dan menjadi falsafah penjagaan kulit mereka. Hinggakan ada istilah khusus bagi wanita Jepun memiliki kulit wajah yang cantik iaitu mochi-hada (kulit mochi).

Selain produk penjagaan kulit yang bagus, penggunaan alat kecantikan atau alat perawatan wajah anti-aging juga makin popular. Kak Bell sendiri pun ada pakai device untuk kecantikan wajah iaitu Foreo Bear Mint, tapi kali ni Kak Bell nak kongsikan mengenai produk penjagaan kulit Jepun dari i-Kao, jenama kecantikan dan kosmetik nombor 1 Jepun iaitu The Elegance Premium Set. Dalam set ni ada beberapa produk penjagaan kulit dan juga device untuk perawatan wajah. Nak tahu tentang produk dari Jepun yang satu ni, jom baca lebih lanjut.


i-Kao Ketengahkan Konsep Kecantikan Melalui Teknologi

i-Kao ialah jenama yang mengkhusus dalam produk kecantikan dan kosmetik Jepun. Pada awalnya ditubuhkan untuk membangunkan peralatan perubatan berkualiti tinggi untuk hospital kosmetik dan pembedahan plastik. Melihat permintaan dalam industri kecantikan yang sangat berkembang, i-Kao memperkenalkan alat kecantikan melalui gabungan teknologi pintar melalui device kecantikan dalam The Élégance Premium Set ni. Produk i-Kao juga telah dipatenkan dan telah memenangi anugerah dan juga telah diiktiraf di seluruh dunia atas keberkesanan dan inovasinya.

i-Kao Jepun Perkenalkan Anti-Aging Device The Elegance Premium Set Untuk Kulit Sihat Glowing

The Élégance Premium Set Untuk Kulit Yang Lebih Sihat dan Bersinar

Buat anda yang mengidam-idamkan kulit wajah yang halus, bersih dan bercahaya, produk kecantikan Jepun ada jawapannya! Set kecantikan i-Kao ini terdiri daripada 4 produk iaitu 1 device/ tool kecantikan The Elegance dan juga 3 unit produk penjagaan kulit iaitu Lotion Oxygène, Sérum La Crème dan Beauté Coton.

Set ini berfungsi untuk mengembalikan kulit wajah supaya cantik dan sihat dengan penggunaan secara konsisten. Device kecantikan dan produk mereka ni telah diuji dan diluluskan secara klinikal dan terbukti berkesan dengan hasil yang ketara selepas beberapa hari penggunaan. Mudah sahaja nak cantik dari rumah, tidak perlu nak ke spa wajah dengan i-Kao Japan premium set.


The Élégance Peranti Terbaik All-In-One Untuk Rawatan Di Rumah
Peranti The Élégance All-In-One ni menggunakan teknik dermatologi dari Jepun yang diprogramkan dengan 6 teknologi sains yang terbukti secara klinikal.

i-Kao Jepun Perkenalkan Anti-Aging Device The Elegance Premium Set Untuk Kulit Sihat Glowing

1. Teknologi Pembersihan
The Élégance berkesan menyingkirkan sehingga 99.5% kotoran dalam liang roma, keratin lama, sel kulit mati, minyak, sisa kosmetik dan kotoran lain dengan teknologi skin cleansing yang membersih secara mendalam hingga ke dalam kulit.

2. Teknologi IPL
Teknologi IPL (Intense Pulsed Light) berfungsi merawat kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari (sun damage), bintik penuaan, tona warna tidak sekata, masalah pigmentasi dan kulit kemerahan akibat jerawat/acne.

3. Teknologi LIFT
Teknologi LIFT merangsang penghasilan kolagen semulajadi untuk menegangkan kulit wajah dan mengurangkan kedutan halus (wrinkles) sehingga 20%.

4. Teknologi Penjagaan Mata
Peranti The Élégance dari i-Kao ini bertindak melembapkan kulit yang halus di sekeliling mata secara intensif dengan mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam (dark circles), serta mencegah kekeringan dan kerengsaan kulit.

5. Teknologi Terapi LED
Teknologi ini memberi manfaat terapeutik kepada kulit dengan merangsang sintesis kolagen, meningkatkan aliran darah, menghapuskan bakteria jerawat dan mengawal pengeluaran minyak pada wajah.

6. Teknologi Therapeutic Warmth
Membantu meningkatkan kesihatan dan kecantikan kulit dengan membantu proses penyerapan bahan supaya lebih baik serta mengurangkan kemerahan pada wajah.

Peranti The Élégance ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan boleh digunakan oleh golongan wanita mahupun lelaki. Zaman la ni lelaki pun jaga kulit muka ya. Kadang-kadang tu lagi mulus ya dari perempuan! Untuk device ini menggunakan rangsangan otot elektrik (EMS) untuk memberi rasa sensasi tenang yang membantu melegakan ketegangan pada otot.


Lotion Oxygène
The Lotion Oxygène berfungsi memberi suntikan oksigen segera ke dalam kulit untuk memperbaharui sel dan tekstur kulit kita. Kulit akan jelas kelihatan lebih lembut dan halus dari sebelumnya. Losyen i-Kao ini mengandungi ekstrak plum Jepun yang kaya dengan antioksidan dan anti-penuaan. Hasilnya garis kedutan (wrinkles) di wajah akan semakin berkurang dan wajah nampak lebih awet muda.

i-Kao Jepun Perkenalkan Anti-Aging Device The Elegance Premium Set Untuk Kulit Sihat Glowing

Serum La Crème
Serum La Crème dari The Élégance Premium berfungsi untuk mencantikkan dan meremajakan kulit wajah.

i-Kao Jepun Perkenalkan Anti-Aging Device The Elegance Premium Set Untuk Kulit Sihat Glowing
  • Skin-lifting & Tightening: Serum anti-penuaan yang dirumus secara profesional dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal.
  • Lembut & Berkesan: Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk jenis kulit paling sensitif.
  • Powerful & Proactive: Bertindak menguatkan serat kolagen dan elastin kulit, seterusnya meningkatkan kepadatan dan isipadu kulit. Krim ini juga mampu mengecilkan pori-pori dan membentuk semula kontur kulit dengan efektif.
  • Restorative & Healthy: Memperbaiki kulit kusam dan membantu mengurangkan bintik-bintik gelap (freckles) yang disebabkan oleh sinaran UV matahari.


Beauté Coton
Beauté coton mempunyai tekstur kapas yang sangat lembut dan direka unik untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan Lotion Oxygène dan Sérum La Crème.
i-Kao Jepun Perkenalkan Anti-Aging Device The Elegance Premium Set Untuk Kulit Sihat Glowing

Beauté coton digunakan pada peranti The Élégance, bersifat tidak menyerap sebaliknya memasukkan segala kebaikan losyen dan krim ke dalam kulit wajah. Menggunakan sutera berketumpatan ultra tinggi, Beauté Coton membantu memudarkan sel kulit kusam untuk hasil kulit yang lebih halus dan bersinar.

i-Kao Testimoni/Review The Elegance Premium Set i-Kao Jepun

Kalau nak tahu, The Elegance Premium Set ini telah dijual beribu-ribu unit di serata dunia termasuklah Perancis, England dan kini di Malaysia. Kebanyakan pengguna produk kecantikan i-Kao Japan ni sangat berpuas hati dan memberikan review dan testimoni positif setelah penggunaannya.

i-Kao Jepun Perkenalkan Anti-Aging Device The Elegance Premium Set Untuk Kulit Sihat Glowing

4 item hebat dalam The Elegance Premium Set all-in-one ini menjadikan produk kecantikan Jepun ni berbaloi untuk dicuba. Tak perlu lakukan pembedahan facelift untuk buang atau kurangkan kedutan dan tegangkan kulit wajah.

  • 100% peserta menunjukkan peningkatan dalam penampilan keseluruhan (overall appearance).
  • 93% peserta menunjukkan peningkatan dalam isu kedutan (wrinkle severity).
  • 78% peserta menunjukkan peningkatan untuk deep lines.

Pada yang nak dapatkan kulit wajah yang awet muda, sihat, cantik dan berseri-seri, boleh lah cuba Elegance Premium Set dari i-Kao ni. Boleh gunakan tanpa ragu sebab Élégance Premium Set dari i-Kao ini telah dipatenkan, lulus ujian klinikal dan telah memenangi anugerah antarabangsa.


Bagaimana Nak Beli Set Premium Elegance?

Caranya mudah sahaja. Korang boleh beli Elegance lifting product ni di website i-Kao.com. Pembayaran boleh dibuat secara Cash on Delivery dan pembayaran terus secara online melalui kad kredit atau debit. Paling best penghantaran adalah PERCUMA!

i-Kao Jepun Perkenalkan Anti-Aging Device The Elegance Premium Set Untuk Kulit Sihat Glowing

Dengan Set Premium Élégance yang berharga RM389, korang boleh jimat banyak sebab harga rawatan spa wajah semestinya lebih mahal harganya dari set untuk anti-aging i-Kao Japan ni. Menarik kan? Buat korang yang nak dapatkan wajah cantik, kurangkan garis halus/ fine lines dan sihat, produk penjagaan kulit Jepun ada jawapannya!

i-kao testimoni
kosmetik jepun
produk kecantikan jepun

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post