Review FOREO BEAR Mint : Anti-aging Device Buat Wajah Lebih Glowing Dan Tirus - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review FOREO BEAR Mint : Anti-aging Device Buat Wajah Lebih Glowing Dan Tirus

Trending

Review FOREO BEAR Mint : Anti-aging Device Buat Wajah Lebih Glowing Dan Tirus

Hi semua! Untuk artikel kali ini Kak Bell hendak berkongsi tentang alat kecantikan wajah atau alat perawatan wajah yang semakin trending. Saban tahun ada sahaja trend baru yang diperkenalkan dalam dunia kecantikan dan penjagaan wajah. Trend highlights, dewy skin, trend kulit Korean Glass menjadi semakin viral dan semua ini mengutamakan rutin penjagaan kulit supaya sihat dan cantik seterusnya mengurangkan penggunaan alat solekan di wajah. Bagi mendapatkan kulit cantik dan glowing, penggunaan device atau alat perawatan wajah juga semakin popular.

Review FOREO BEAR Mint : Anti-aging Device Buat Wajah Lebih Glowing Dan Tirus

Menjengah usia 40-an, memang pelbagai cara Kak Bell cuba untuk kekalkan dan menambah baik tahap kesihatan kulit wajah. Semakin bertambahnya usia, kulit wajah akan semakin kehilangan kadar elastisiti dan garis penuaan dah mulai tampak jelas pada wajah. Biasanya, kaedah face lift dapat mengatasi masalah ini tapi kos rawatan di klinik kecantikan pastilah tinggi dan mahal! Jadi Kak Bell nak kongsi pengalaman menggunakan alat kecantikan wajah jenama FOREO yang berasal dari Sweeden. Jenama FOREO Sweden ini telah menginovasi pelbagai jenis device/tool canggih untuk perawatan wajah dan salah satunya adalah BEAR. Jom ikuti lebih lanjut untuk review foreo bear, Cara Guna FOREO Bear dan apa kebaikannya untuk kulit wajah.


Apa itu FOREO BEAR?

FOREO BEAR adalah sebuah sebuah anti-aging device; alat Facial Toning Microcurrent (Smart Microcurrent Facial Toning) yang menggabungkan teknologi T-Sonic Pulsation dan juga teknologi Miccrocurrent. Alat kecantikan FOREO BEAR ini dikatakan mampu memberi efek facelift tanpa pembedahan, menjadikan kulit lebih glowing bahkan mampu meniruskan wajah! Wahh memang seronok boleh dapat muka glowing dan tirus tanpa pergi klinik estetik.

BEAR with Foreo Serum

Teknologi Microcurrent ini merupakan aliran arus elektrik dalam jumlah kecil yang dialirkan pada otot wajah semasa facial workout. Produk ini mampu menegangkan dan menghapus garis halus pada kulit wajah, seterusnya menjadikan kulit lebih glowing. Selain itu juga penggunaan secara berterusan mampu membentuk kontur muka dan memberikan muka yang lebih tirus.

T-Sonic Pulsation pula adalah denyutan atau getaran halus yang akan memijat wajah secara lembut semasa proses facial workout. Fungsinya untuk buat otot wajah lebih rilek, meningkatkan aliran darah dan membantu penyerapan serum atau esen kecantikan dengan lebih optimal. Jadi untuk lebih mudah faham, Microcurrent adalah aliran elektrik dan T-Sonic Pulsation adalah denyutan T-Sonic (tidak sama seperti getaran biasa).


FOREO BEAR juga dilengkapi dengan Anti-Shock System. Anti-Shock System pada FOREO BEAR menggunakan Ultra-Smart Sensors untuk mengukur ketahanan kulit terhadap arus elektrik pada kadar kecepatan 100 kali per saat. Alat ini secara automatik akan menyesuaikan Microcurrent Intensity dengan sangat cepat iaitu sepantas 0.002 saat. Jadi kita tidak perlu risau terhadap kebarangkalian berlakunya renjatan pada kulit.

TRIVIA MENGENAI FOREO Sweden

  • FOREO adalah syarikat teknologi kecantikan mewah Sweden, yang ditubuhkan pada tahun 2013
  • Cara sebutan FOREO adalah FOR-RAY-OH, dan merupakan nama pendek bagi "For Every One"
  • Produk FOREO boleh didapati di lebih daripada 10,000 kedai di seluruh dunia termasuk Sephora, H&M, Neiman Marcus, Macy's, Barneys, Selfridges dan banyak lagi
  • Dalam 3 tahun terakhir, produk FOREO telah memenangi lebih daripada 120 anugerah reka bentuk dan kecantikan
  • FOREO adalah jenama peranti kecantikan yang paling cepat berkembang di dunia
  • Produk FOREO merangkumi: LUNA Facial Brushes, ISSA Sonic Toothbrushes, IRIS Eye Massager, UFO smart Mask Treatment Devices dengan UFO-activated face masks, ESPADA Acne Treatment Device, serum wajah SERUM SERUM SERUM dan Silicone Cleaning Spray.


FOREO BEAR MINT TERBAHARU

RM1490

Foreo Bear Mint Device

Kit Foreo Bear Mint

Sebelum ini FOREO keluarkan BEAR dalam warna Fuschia dan yang terbaharu datang dalam pilihan warna Mint. Dalam kit pembelian FOREO BEAR ini ada:

  1. BEAR ᵀᴹ device Fuschia/Mint
  2. USB Charging Cable
  3. 2ml Sample Foreo SERUM SERUM SERUM
  4. Stand
  5. Travel Pouch
  6. Quick Start Guide

Untuk device BEAR dibuat dari 100% Body-safe silicone, ABS, PC & Chrome-Plated Zinc Alloy. Ianya datang dengan 2 tahun warranti.


FOREO SERUM SERUM SERUM

30ml Hydrating Micro Capsule Hyaluronic Acid Anti Aging Rejuvenation [Sulfate and Fragrance-Free] RM 289.00

Foreo Serum Serum Serum

  • Kekuatan antioksidan squalane (dari tebu) menjadikan kulit lebih sihat dan awet muda
  • Mengandungi asid hyaluronik untuk mengunci kelembapan supaya kulit lebih lembut, licin dan terhidrat
  • Berupaya melawan radikal bebas yang merosakkan kulit
  • Kapsul mikro Squalane membantu menyeimbangkan pengeluaran minyak, melindungi kulit, dan mengurangkan tanda-tanda penuaan
  • Squalane berasal dari Squalene - bahan berminyak yang dihasilkan secara semula jadi di dalam badan. Seiring bertambahnya usia, jumlah squalene yang kita buat berkurang, itulah salah satu sebab kulit kita menjadi kering. Apabila squalene dihidrogenkan, ia menjadi squalane - bentuk squalene yang lebih mesra dan lebih mudah diserap.

MY VERDICT/Review FOREO BEAR Mint & FOREO SERUM SERUM SERUM

Secara jujurnya, FOREO BEAR MINT adalah anti-aging device pertama yang Kak Bell pernah cuba. Sebelum ini memang tak pernah memiliki alat kecantikan wajah yang boleh digunakan sendiri setiap hari di rumah.

FOREO BEAR Mint

FOREO BEAR mempunyai 2 pilihan warna iaitu Fushia dan Mint. Kak Bell punya adalah Foreo Bear Mint. Bentuk BEAR yang mempunyai 2 plat aloi di bahagian atas device seakan-akan bentuk telinga. Mungkin sebab itulah namanya FOREO BEAR sebab comel macam muka beruang!

Apa yang Kak Bell suka dengan FOREO BEAR ni sebabb bentuk dia sangat ergonomik dan boleh digunakan untuk mengurangkan garisan halus di bahagian seperti jawline, pipi, dahi dan juga leher. Semua bahagian wajah boleh di capai semasa proses facial workout. Untuk pengetahuan, device ni sesuai digunakan untuk kesemua jenis kulit termasuklah jenis kulit kombinasi, kering, normal berminyak atau kulit jenis sensitif.


Design FOREO BEAR ni kompak, ringan dan membolehkan kita buat facial workout di mana-mana sahaja. Semasa gunakan device ini memang smooth sahaja. Sebelum mula buat urutan, kena sapukan dahulu serum pada muka. Seelok-eloknya pakai Foreo Serum untuk hasil optimal dan keselamatan atau mungkin boleh pakai serum water-based yang lain.

Cara Guna Foreo Bear

Masa pertama kali pakai, terasa ada getaran dan aliran elektrik mengalir di permukaan kulit. Pada mulanya, takut juga kalau ada renjatan elektrik. Terdapat 5 intensiti mikrocurrent dan denyutan T-Sonic yang boleh korang set semasa proses facial workout. Buat permulaan, boleh gunakan kadar intensiti 3-4. Secara keseluruhan rasa sensasi pada muka ok sahaja dan tidaklah menyakitkan tetapi akan terasa sedikit pedih jika kena pada bahagian jerawat. Kak Bell tidak risau semasa gunakan BEAR ni sebab ada Anti-Shock ᵀᴹ System. Apapun korang boleh sahaja adjust sendiri kadar intensiti microcurrent tersebut ikut keselesaan masing-masing.

Untuk facial workout, buat permulaan boleh follow steps di aplikasi FOREO. Memang bukan kaleng-kaleng ya sebab sampai je device perlu register dan sync di aplikasi. Later, korang boleh sahaja on device tanpa aplikasi atau device akan beroperasi ikut facial workout mana yang dipilih. Boleh pilih nak buat TOTAL FACIAL KNOCKOUT, GENTLE V-SHAPE YOGA atau CONTOUR CARDIO. Cara nak pakai dan guna device Kak Bell ajar kat bawah nanti.

BEAR Treatments

Selepas gunakan FOREO BEAR MINT dengan FOREO SERUM SERUM SERUM ni memang ada perubahan pada kulit muka Kak Bell. Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata, sebab ada rakan sekerja yang tegur muka lebih glowing! Lepas pakai secara konsisten atau selepas 12 hari dah bleh nampak kulit muka lebih anjal, tona muka lebih cerah dan glowing dan tentunya memudarkan garisan halus pada wajah! Memang Kak Bell admit Smart Facial Toning Microcurrent Foreo Bear ni memang device yang perlu ada untuk jaga kecantikan wajah. Lepas ni. FOREO BEAR memang akan jadi device wajib untuk rutin kecantikkan Kak Bell. Korang pun dah tak payah pergi buat face-lift di klinik!


Cara Mengaktifkan dan Cara Pemakaian FOREO Bear

Sebelum pakai, boleh download aplikasi "Foreo" di App Store atau Play Store dan device perlu didaftar dan syc dahulu dengan aplikasi Foreo di smartphone. Paling penting, FOREO BEAR harus digunakan sewaktu wajah bersih tanpa mekap dan dalam kondisi wajah yang kering. Cara daftar mudah sahaja, cuma follow steps dan isi sahaja maklumat yang perlu.

Foreo Sweeden App

Foreo Device Info

1. Aktifkan App FOREO For You di smartphone, log in akaun dan kemudian pilih 'Add Device' untuk menghubungkan FOREO BEAR dengan software FOREO app.Nanti akan tersedia berbagai pilihan device Foreo, boleh pilih "Foreo Bear".
2. Setkan tahap denyutan T-sonic, serta memilih level MicrOcurrent mengikut keselesaan.
3. Tekan butang POWER pada device FOREO BEAR, pilih treatment, kemudian klik 'START TREATMENT.
4. Lakukan senaman muka dengan FOREO BEAR.

Untuk T-Sonic Pulsation korang boleh setkan samada on atau off dan setkan juga kadar intensiti Microcurrent. Buat pertama kali boleh pilih mana-mana pilihan facial workout dan aplikasi akan ajar cara apply serum seterusnya cara pemakaian Foreo Bear dalam bentuk video. Kalau sudah biasa, boleh on sahaja device dan buat urutan tanpa gunakan aplikasi. Lama-lama pasti hafal dah cara macam mana nak guna!

Foreo Bear Setting


Keseluruhannya, anti-aging FOREO BEAR ini menjanjikan pelbagai manfaat untuk kulit wajah lebih glowing dan tirus. Mudah sahaja untuk mencegah tanda penuaan, mengurangkan garisan halus atau nak membentuk kontur wajah menjadi bentuk V-Shape. Yang penting jangan malas, amalkan diet sihat dan urut wajah dengan BEAR!

WEBSITE: https://www.foreo.com/
FACEBOOK: http://www.facebook.com/FOREO
INSTAGRAM: http://www.instagram.com/FOREO

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post