COVID-19 menjejaskan banyak pihak dan memberi implikasi besar kepada sektor
    ekonomi dan pembangunan negara. Ada yang kehilangan pekerjaan termasuklah
    juga perniagaan yang terpaksa gulung tikar. Dalam keadaan sekarang tidak
    ramai usahawan yang mampu ‘sustain’ dan mempunyai kesabaran yang tinggi
    dalam berbisnes. Walaubagaimanapun, masih terdapat juga perniagaan yang
    terus hidup. Pokok pangkalnya, perlu ada strategi untuk mengharungi cabaran
    berbisnes berikutan kekangan luar kawal seperti kehadiran pandemik
    kini.
    Kak Bell tak perlu pergi jauh kerana dalam lingkungan kawan usahawan sendiri
    pun turut terjejas dan memberi khabar mendukacitakan kerana terpaksa menutup
    operasi. Buat rakan usahawan yang terjejas mungkin boleh mengambil inspirasi
    daripada 100 Usahawan Jutawan Richworks Academy yang bakal berkongsi rahsia
    kejayaan bisnes mereka di Program Titan Summit 2021 yang bakal berlangsung
    nanti.
  
100 Usahawan Titan RichWorks Catat Jualan RM1 Juta Setahun
  Seramai 100 usahawan jutawan dihimpunkan bagi berkongsikan usaha dan tindakan
  mereka hingga berjaya membina perniagaan daripada kosong hingga capai 7 angka
  jualan meskipun ketika krisis pandemik masa ini. 100 usahawan jutawan ini
  merupakan anak murid Dr Azizan dan baru saja selesai perjumpaan virtual pada
  13-16 September lepas bersama dengan Datuk Wira. Untuk pengetahuan korang
  semua, program Inner Circle Meeting (ICM) ini adalah program yang dikhususkan
  bagi titan Richworks yang mencatatkan jualan lebih RM 1 juta setahun. Bukan
  senang nak masuk dalam titanium circle dan menjadi salah seorang dari senarai
  titan Richworks.
  Datuk Wira Dr. Azizan Osman
  ICM diadakan selama 3 kali setahun bagi ahli Titanium untuk mendapatkan
  panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa ini yang diperlukan sesebuah
  perniagaan terus berkembang serta ke hadapan berbanding pesaing lain.
  Walaupun dalam tempoh pandemik sejak tahun lepas, Datuk Wira tidak jemu untuk
  membimbing usahawan jutawan dengan ilmu dan strategi hinggakan usahawan
  jutawan yang dibimbing Richworks berjaya mencapai jualan terkumpul pada 2020
  berjumlah RM 2.2 billion berbanding RM 900 juta sebelumnya. Tidak hairanlah
  ramai usahawan jutawan tidak kisah dengan harga kelas titanium Dr Azizan
  kerana hasil kejayaan mereka bukan sekadar cakap kosong. Memang terbukti misi
  RichWorks adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan jutawan yang bermula
  dari Zero ke Million Richworks!
Program Titan Summit 2021
    RichWorks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah melatih dan bimbing
    ramai usahawan sejak 2008 malah boleh dikatakan kebanyakan jenama terkenal
    Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera. 100 usahawan jutawan ini
    merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship
    Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal
    daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk
    Australia, Singapura dan Indonesia.
  
  
    Program Titan Summit 2021 yang diadakan secara virtual ini akan membuka rahsia kejayaan bisnes
    mereka dan berkongsi dengan orang ramai apa strategi yang mereka lakukan
    dalam mempertahankan bisnes mereka hingga ke hari ini
  
  
    Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal
    usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada 24 hingga 26 September
    nanti. Ya ianya PERCUMA! Memang bagus Richworks buat program macam ni sebab
    berasa lebih dekat dengan usahawan jutawan yang sudi nak kongsi kisah
    kejayaan mereka. Nak jadi usahawan yang berjaya ni bukan senang, kena banyak
    melalui proses dan cabaran.
  
Pengasas E Hati DIYANA TAHIR & ABD RAHIM Kongsi Kejayaan Bersama Titan RichWorks
    EHati telah diasaskan sejak 2013 oleh Diyana Tahir setelah beliau berjaya
    bangkit daripada pengalaman kehidupan yang penuh liku. Beliau pernah
    mengalami sakit fizikal, mengambil ubat anti kemurungan, hilang pekerjaan,
    rumah dilelong, kereta ditarik dan hampir bercerai buat kali kedua. Sehingga
    kini, Diyana Tahir yang merupakan Life Coach (Relationship & Intimacy
    Expert) telah berjaya membantu lebih daripada 100,000 orang wanita dari
    segenap lapisan masyarakat melalui program eHati untuk kembali bahagia.
  
  
    Kepakaran eHati adalah membantu wanita yang menghadapi masalah dalam
    hubungan perkahwinan untuk kembali bahagia melalui kelas online. Sehingga
    kini, lebih daripada 50,000 orang wanita telah mendaftar ke kelas online
    percuma mereka di
    www.kembalibercinta.com
    untuk belajar bagaimana kembali bahagia dalam hubungan. Terdapat juga lebih
    daripada 6,000 wanita yang ingin bercerai diselamatkan setelah mengikuti
    program intensif lanjutan selama 2 bulan secara online. 
  
  
    Visi eHati adalah menjadi badan pilihan yang memberi solusi kepada
    kebahagiaan wanita bagi melahirkan generasi baru yang lebih harmoni dan
    sejahtera. Misi eHati ialah membantu wanita untuk kembali bahagia selepas
    menghadapi krisis dalam perkahwinan.
  
  
    Sebelum bersama dengan Richworks, beliau pernah mencuba perusahaan seperti
    menternak cacing compose, berkerja sebagai building manager dan pernah
    berniaga air di bazar ramadhan dengan hanya bermodalkan RM40! Pada tahun
    2011-2013, beliau mula menyertai seminar Richworks dan mula menubuhkan EHati
    pada 2013. Walaubagaimanapun beliau tidak menumpukan sepenuhnya pada E-Hati
    dan masih melakukan bisnes pelbagai. Untuk mengatasi cabaran perniagaannya,
    beliau merendahkan ego, bina team dan perniagaan baru dan mengurus kewangan
    dan melangsaikan segala hutang lama.
  
Membangunkan Ehati Sepenuhnya Setelah Menyertai Titan RichWorks
    Pada tahun 2017, usahawan Diyana Tahir mula menyertai Titan RichWorks dan
    secara serius membangunkan dan memberi tumpuan kepada Ehati. Team beliau
    juga telah berkembang kepada 27 orang staf dan lebih komited serta lebih
    fokus untuk membantu lebih ramai wanita wanita yang kecewa,
    terluka, stres dengan suami untuk kembali bercinta.
  
  Hasil jualan 2018- meningkat sekali ganda
Hasil jualan 2019- Meningkat berbanding tahun 2018
Beralih Ke Perniagaan Online Dan Digital Sepenuhnya
    Dengan perkembangan perniagaan yang menghasilkan pulangan jualan lebih dari 2
    juta, beliau mengambil keputusan untuk beralih ke perniagaan online dan
    digital sepenuhnya pada tahun 2020-2021. Dengan penumpuan terhadap EHati
    secara dalam talian, beliau telah berjaya membantu lebih 80,000 wanita
    melalui EHati.
  
  Jom Join Program Titan Summit 2021 Pada 24 - 26 September Ini!
    Bagi korang semua yang ingin memulakan bisnes, hendak menambah ilmu
    perniagaan dan belajar strategi dari usahan jutawan titan Richwork, bolehlah
    rebut peluang ini sebaik-baiknya. Lagipun, program ini adalah percuma ditaja
    sepenuhnya oleh Richworks selama 3 hari bermula 24 - 26 September ini. Bukan
    senang nak dapatkan ilmu percuma hasil dan belajar dari pengalaman mahal
    dari mereka. Bagi yang berminat untuk turut serta bolehlah mendaftar di
    Program Titan Summit 2021 (daftar percuma di sini).
  








