Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum, dan keharmonian dan
keamanan yang dikecapi pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap tanggungjawab dan
toleransi yang telah lama dipraktikkan oleh semua kaum di Malaysia. Pada
kali ini, untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia ke-58 yang jatuh
pada 16 September ini, Tourism Selangor bawakan jenis-jenis tempat di Negeri
Selangor yang digemari seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa bagi
meraikan kemuafakatan yang kita miliki!
Berikut adalah 21 tempat menarik yang selalu dikunjungi oleh rakyat Malaysia
di sekitar Selangor.
Tempat Pemandangan Cantik
Siapa sahaja yang tidak suka akan pemandangan yang indah dan cantik, bukan?
Negeri Selangor juga mempunyai banyak tempat yang menawarkan pemandangan
indah untuk anda nikmati. Pemandangan indah ini sangat sesuai untuk
dijadikan tempat penggambaran atau tempat untuk beristirahat bersama
keluarga dan kenalan.
Sky Mirror Kuala Selangor by kennylaw7203 @IG
Ardence Lab by Zatylyaya @IG
Tempat yang mempunyai pemandangan indah di sekitar Negeri Selangor adalah
berkonsepkan semula jadi, mahupun buatan manusia. Tempat-tempat yang anda
boleh lawati adalah seperti:
1) Sky Mirror Kuala Selangor
2) i-City Shah Alam
3) Pekan Sekinchan
4) Sabak Bernam
5) Ardence Lab Eco Ardence, Setia Alam
2) i-City Shah Alam
3) Pekan Sekinchan
4) Sabak Bernam
5) Ardence Lab Eco Ardence, Setia Alam
Tempat Makan
Sudah tentu ketika waktu begini, kita tidak boleh tinggalkan kategori
aktiviti yang paling digemari ramai iaitu, makan! Selain daripada bersantai
bersama keluarga dan kenalan sambil menikmati makanan yang terhidang, anda
juga boleh menyaksikan kemakmuran masyarakat apabila pelanggan yang berbeza
kaum dan bangsa duduk bersama di satu meja makan.
Ali Muthu & Ah Hock Kopitiam by aisyafrump @IG
Durian SS2 by joshualieng @IG
Antara tempat makan yang terkenal dalam kalangan semua bangsa adalah
Kopitiam, tempat makan durian dan singgah ke SS15, Subang Jaya yang
mempunyai pelbagai pilihan tempat makan.
6) Chong Kok Kopitiam
7) Ali Ah Hock dan Muthu Kopitiam
8) Durian SS2
9) Durianity
10) Nomms
11) Jibril
12) Gold Chili
7) Ali Ah Hock dan Muthu Kopitiam
8) Durian SS2
9) Durianity
10) Nomms
11) Jibril
12) Gold Chili
Pantai dan Taman
Anda juga boleh menyambut Hari Malaysia bersama keluarga tersayang dengan
mengadakan aktiviti perkelahan atau riadah. Taman riadah di Negeri Selangor
kebanyakannya dilengkapi dengan pemandangan indah dan kemudahan yang
mencukupi.
Pantai Remis, Kuala Selangor by umar.yasir1 @IG
Taman Tasik Cyberjaya by heartshots @IG
Selain daripada taman, pantai juga merupakan lokasi yang sesuai yangboleh
dilawati oleh semua lapisan masyarakat, dan pada masa yang sama, mengukuhkan
semangat perpaduan. Pantai dan taman yang boleh dilawati di Negeri Selangor
seperti berikut:
13) Pantai Remis
14) Pantai Morib
15) Taman Botani Negara Shah Alam
16) Taman Tasik Cyberjaya
14) Pantai Morib
15) Taman Botani Negara Shah Alam
16) Taman Tasik Cyberjaya
Tempat Pendakian
Aktiviti mendaki juga merupakan aktiviti kegemaran rakyat Malaysia dari
pelbagai bangsa dan kaum. Mendaki merupakan salah satu aktiviti yang mampu
membantu anda mendapatkan fizikal dan mental yang sihat kerana aktiviti ini
memerlukan kecekalan minda dan badan.
Bukit Broga by uma.kanapathy @IG
Bukit Kutu by Faroukhatta @IG
Negeri Selangor juga mempunyai beberapa bukit yang bukan sahaja mempunyai
trek mendaki yang agak mencabar malah juga menawarkan pemandangan yang mampu
memikat hati anda. Namun, harus diingatkan, terdapat beberapa lokasi
pendakian di Negeri Selangor yang memerlukan anda memohon permit sebelum
memulakan aktiviti pendakian. Antara bukit yang anda boleh daki termasuk
adalah seperti:
17) Bukit Broga
18) Bukit Kutu
18) Bukit Kutu
Tempat Bersukan
Selain daripada aktiviti mendaki, ada juga aktiviti lain yang lebih
mencabar. Melalui aktiviti sukan, anda bukan sahaja dapat meraikan Hari
Malaysia, malah anda juga boleh meningkatkan semangat toleransi dan
kerjasama bersama peserta-peserta lain yang datang dari berbilang kaum dan
bangsa.
White Water Rafting, Hulu Selangor by ainamariah @IG
District 21 by
Timeout
Antara tempat-tempat yang menawarkan aktiviti sukan yang luar biasa adalah
seperti:
19) White Water Rafting di Sungai Selangor
20) Skytrex Adventure Sg Congkak
21) District21
20) Skytrex Adventure Sg Congkak
21) District21
Bukan sahaja menyambut Hari Malaysia, anda juga boleh menambah kenalan dari
pelbagai lapisan masyarakat dengan melakukan aktiviti-aktiviti di
tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas. Hormat-menghormati dan sikap
toleransi adalah amat penting dalam memastikan kemakmuran sebuah negara yang
terdiri dari berbilang bangsa dan kaum seperti Malaysia.
Penghasilan artikel khas sempena Hari Malaysia ini merupakan salah satu
inisiatif Kempen Hari Kebangsaan - Tourism Selangor Prihatin yang telah
bermula dari 13 Ogos lalu sehingga 16 September untuk menyemarakkan semangat
nasionalisme dalam menyambut Hari Kebangsaan ke-64, dan seterusnya, Hari
Malaysia ke-58. Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-58 kepada semua
rakyat Malaysia. Untuk info lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism
Selangor di Selangor.Travel.