Lirik Lagu Angin Mafarikha Akhir - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Angin Mafarikha Akhir

Trending

Lirik Lagu Angin Mafarikha Akhir

Lirik Lagu Angin Mafarikha Akhir | Angin oleh Mafarikha merupakan sebuah lagu yang telah dicipta dan dinyanyikan oleh Mafarikha Akhir dan diterbitkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd sebagai syarikat rakaman. Lagu ini juga telah digubah dan dilengkapkan dengan kerjasama Pi’e Nasir, penyanyi dan pemain gitar kepada band tempatan Ramayan, sebagai produser, dan Faliq Mohd, seorang produser tempatan yang lebih dikenali dengan nama penanya FLQ. Turut memberi sumbangan kepada projek ini adalah Mohd Akmar Soffian sebagai jurubunyi, Mohamed Ilham sebagai produser eksekutif dan Rahman Saharddin sebagai pengurus projek. Lagu ini telah dirakamkan di Studio Ronggeng milik Luncai Emas pada awal tahun ini dan mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan untuk disiapkan.

Lirik Lagu Angin Mafarikha Akhir

Angin adalah single ke-7 Mafarikha sepanjang kerjayanya dalam industri muzik tanah air. Setelah beliau melancarkan single pertamanya bersama Luncai Emas ‘Kabut Serangkai Mawar’, sebuah ‘remake’ lagu dendangan Datin Zaiton Sameon, telah diputuskan bahawa langkah seterusnya adalah sebuah lagu original. Daripada arkib simpanan lagu-lagu beliau, lagu Angin yang mempunyai potensi yang paling tinggi menurut Dato’ M.Nasir. Rangka asal lagu Angin telah ditulis oleh Mafarikha pada 8 tahun yang lepas waktu beliau sedang menjalankan pengajiannya di Multimedia University, Cyberjaya.


Maksud Lirik Lagu Angin Mafarikha

Maksud Lirik Lagu Angin Mafarikha | Ketika itu beliau berumur 22 tahun; seorang mahasiswi yang sedang menjalani kehidupan sehariannya berulang-alik di antara Cheras dan Cyberjaya sambil ditemani suasana hening Lebuhraya MEX. Menurut beliau, waktu perjalanan itulah beliau akan meluangkan masanya berkhayal dan mengelamun dalam sunyi. Sunyi kerana buat beberapa tahun beliau tidak mendengar radio walau sedikitpun, dan beliau akan menulis lagu dalam kepalanya, maka terlahirlah lagu Angin daripada buah khayalannya.

Lirik Lagu Angin Mafarikha Akhir

"Lagu ini tiada kaitan dengan hidup saya pun. Saya suka berhalusinasi, memikirkan tentang pengalaman orang lain dan mencipta senario yang dialami orang selain daripada pengalaman saya sendiri. Lagu ini tidak mempunyai makna tersendiri dalam hidup saya. Saya sekadar mahu mencipta sebuah lagu yang saya suka dan untuk pendengar juga suka apa yang mereka dengari" terang Mafarikha tentang maksud di sebalik lagu ini.


Lirik Lagu Angin Mafarikha Lirik


Lagu/Senikata: Mafarikha Akhir
Hakcipta Lagu & Lirik : Luncai Emas Sdn Bhd
Produser : Pi’e Nasir
Eksekutif Produser : Mohamed Ilham
Koordinator: Rahman Saharddin
Sound Engineer: Mohd Akmar Soffian
Mixing Engineer: Faliq Mohd
Programmer: Faliq Mohd
Mastering: Sage Audio

Bila satu bintang hilang dari pandangan mata
Bila satu saat ku mencari
Kau tak bersamaku bagai di biar tergantung
Tapi ku tahu kau kan kembali
Bagai beribu batu kau di sana
Ku tetap menunggu walau bertahun lamanya

Oh angin sampaikan lah cintaku kepadanya
Moga dia tahu aku baik-baik saja
Oh angin bawa bayangku menemani tidurnya
Moga dia tak selalu rindu padaku

Bila satu bintang hilang dari pandangan mata
Bila satu saat ku mencari
Kau tak bersamaku bagai di biar tergantung
Tapi ku tahu kau kan kembali
Bagai beribu batu kau di sana
Ku tetap menunggu walau bertahun lamanya

Ohh
Di dalam setiap suram surutku
Dulu kau sentiasa ada denganku
Menemaniku mendengar semua
Keluh kesah di hatiku
Di akhir setiap kali sujudku
Ku titip namamu dalam doaku
Bersulamkan tangis merayu
Kau akan kembali

Oh angin sampaikan lah cintaku kepadanya
Moga dia tahu aku baik-baik saja
Oh angin bawa bayangku menemani tidurnya
(Menemani tidurnya)
Moga dia tak selalu rindu padaku


Berbanding daripada lagu-lagunya yang lain, lagu ini mempunyai sesuatu yang berbeza buat Mafarikha. Untuk single-single sebelum ini, beliau menggunakan perkhidmatan penulis-penulis lain dan sekadar menyanyikan apa yang telah ditulis setelah lagunya siap. Kali ini Mafarikha turut serta di dalam prosesnya dari awal sampai akhir.


7 buah single berlalu, dan kini Mafarikha berharap bahawa lagu Angin akan membawa beliau ke taraf yang lebih tinggi, dan destinasi yang lebih jauh daripada single-single beliau yang sebelum.

Kini lagu Angin boleh dilayani di Youtube dalam bentuk video lirik. Pendengar boleh menikmati lagu Angin di semua platform streaming seperti Spotify, JOOX, Deezer, iTunes dan sebagainya dalam masa yang terdekat.

lirik lagu angin mafarikha chord
lirik lagu angin mafarikha lirik
lirik lagu angin mafarikha dan artinya
lirik lagu angin mafarikha dan maksudnya

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post