Review Filem Carter Netflix 2022 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review Filem Carter Netflix 2022

Trending

Review Filem Carter Netflix 2022

Review Filem Carter Netflix 2022 | Hi korang! Dah tonton filem aksi thriller Carter di Netflix? Filem action Korea Selatan ni masih lagi dalam carta Top 10 Movie Trending in Malaysia di tangga ke-8 masa artikel ditulis. Filem yang diterajui Joo Woon ini juga berjaya menembusi carta Netflix Global (Netflix's global top 10 charts) dalam kategori filem dengan masa yang singkat dan mendominasi pilihan di 18 buah negara.

Review Filem Carter Netflix 2022

Carter menjadi satu lagi filem taruhan Korea Selatan dalam membawa filem aksi thriller mereka di persada antarabangsa. Nampak macam mantap sangat filem ni kan? Mungkin penonton suka dan ternanti-nanti dengan cite aksi Korea. Ok jom baca ulasan seterusnya.

Genre: Action, Adventure, Mystery & Thriller
Bahasa: Korean
Pengarah:Jeong Byeong-gil
Penulis:Jeong Byeongsik
Release Date Netflix: 5 Ogos 2022
Runtime:2h 13m / 132 minutes

IMDb rating 5.1/10
Rotten Tomato 35%


Barisan Pelakon / Carter Netflix Cast

Joo Won sebagai Carter Lee
Kim Bo-Min sebagai Ha-na Jung
Sung-Jae Lee sebagai Jong-hyuk Kim
Camilla Belle sebagai Agnes
Foster Burden sebagai CIA Agent
Mike Colter
Enrico Dennis
Christina Donnelly sebagai CIA Agent
Andreas Fronk sebagai CIA Agent
Geoffrey Gaudet
Jonathan Ehren Groff
Jason Nelson
Simon Rhee sebagai Bus Passenger
Jeong Sori
Maurice Turner Jr. sebagai CIA Agent
Gina Theresa Williamson sebagai CNN Reporter


Sinopsis Filem Carter Netflix

Sinopsis Filem Carter Netflix | Filem ini membawa kisah seorang ejen CIA berdarah Korea-Amerika bernama Carter (Joo Won) yang bangun pada suatu hari tanpa memori mengenai masa lalu dan langsung tidak ingat siapa diri dia. Carter cuma berharap pada suara misteri yang memberikan misi dari peranti yang dipasang dalam telinga dia. Waktu tu keadaan kacau bilau sebab dilanda wabak virus DMZ. Virus DMZ tersebut sangat berbahaya bagi manusia, karena dapat membunuh seseorang kurang dari 13 hari setelah dijangkiti.

Review Filem Carter Netflix 2022

Sebelumnya, wabak virus mematikan ni telah melanda Korea Selatan. Carter diberi misi untuk mencari vaksin dan menjalankan misi berbahaya untuk menyelamatkan Jung Ha Na dan menyerahkannya pada Korea Utara. Carter tak boleh tolak misi tersebut, jika sebaliknya mereka akan meledakkan sebuah bom yang ditanamkan di dalam mulutnya. Dia harus membantu Korea Utara menyiapkan vaksin untuk penyakit ini sebelum terlambat dan Jung Ha Na merupakan vaksin untuk virus DMZ ni.


Review Filem Carter Netflix 2022

Review Filem Carter Netflix 2022 | Awal filem memang sangat memuaskan dan korang akan dapat rasa filem ni adalah satu lagi filem aksi thriller Korea yang sangat berbaloi untuk ditonton. Dari awal filem sampai hujung berlawan aje ye, scene fightingnya non-stop. Sis tengok pun rasa penat.

Review Filem Carter Netflix 2022

Lepas masuk babak seterusnya, filem perlahan-lahan jadi boring sebab terlalu banyak scene berlawan dengan babak-babak yang tak masuk akal. Walaupun scene yang pakai drone tu memang cantik but penggunaan CGI yang berlebihan menyebabkan terus tak teruja nak tonton sebab over sangat. Jalan cerita pun biasa-biasa aje dan terus makin boring.

Masa tonton tu, sebab banyak sangat bertembung dengan musuh, sampai dah tak tahu sapa jahat sape baik. Katanya Carter ni dulu sebenarnya Agen CIA bernama Micheal Bane, tapi dibuang memori jadi agen North Korea. Hujung-hujung rasanya dia tak cite pun sape Micheal Bane tu or mungkin Kak Bell dah tak fokus gamaknya.


Filem ni ingatkankan bolehlah jadi macam John Wick versi Asia. Secara keseluruhannya, filem Carter tidaklah begitu menjanjikan walaupun trailer dia sangatlah menarik penonton. Level filem dan jalan cerita dia biasa-biasa aje. Kalau korang nak tgk filem carter netflix 2022 full movie ni boleh tengok kat Netflix dan nilai sendiri. Sis bagi 5/10 bintang.

review filem carter Netflix 2022 full movie
carter Netflix review
carter Netflix cast
Netflix movies

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post