Trending


Sinopsis Kampung Latah The Mummy Astro First

Sinopsis Kampung Latah The Mummy Astro First | Filem dengan gelagat komedi latah kembali dengan sekuel terbaru, Kampung Latah...The Mummy dan akan menemui penonton di Astro First mulai Ogos ini.

Terdahulu, filem yang pertama iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin Astro First telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta semasa tayangannya pada tahun lalu. Bagi Kampung Latah...The Mummy menyaksikan jalan cerita kali ini berkonsepkan komedi seram. Filem terbaru ini turut mengembalikan pengarah daripada filem pertama iaitu Azizi Hj Adnan.

Review Kampung Latah The Mummy Astro First

Malah dari sudut jalan cerita pula, kelainan yang dipersembahkan adalah kisah fiksyen berkenaan ‘mummy’ dan melibatkan penyediaan prop dan busana yang teliti serta babak yang melibatkan CGI. Meskipun filem ini menonjol elemen komedi, namun turut menyelitkan mesej-mesej positif yang mampu dijadikan pengajaran dan ingatan buat penonton.

Tajuk : KAMPUNG LATAH…THE MUMMY
Genre : KOMEDI FANTASI
Pengarah : AZIZI HJ ADNAN [FDAM]
Produksi : MEGAPINE (M) SDN. BHD.
Bahasa : BAHASA MELAYU
Durasi Filem : 108 MINIT
Jumlah Hari Penggambaran : 15 HARI
Tarikh Penggambaran : 15 FEB 2022 - 1 MAC 2022
Lokasi Penggambaran kampung latah : SEKITAR JANDA BAIK
Tarikh Tayangan di Astro First : 25 OGOS 2022


Barisan Pelakon Kampung Latah...The Mummy

Selain mengembalikan teraju utama daripada prekuel, seperti pelakon Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi, Kampung Latah...The Mummy kali in turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar, Ilham Abata dan ramai lagi. Berikut senarai penuh barisan pelakon Kampung Latah...The Mummy.

Review Kampung Latah The Mummy Astro First

AZHAN RANI sebagai AJIN
NAZIA MUSTAFAR sebagai JAMILAH
IEDA MOIN sebagai ETON
PS MANSUR sebagai MANSUR
DIN LATAH sebagai DIN
ADLIN AMAN RAMLI sebagai MUMMY
BELL NGASRI sebagai ABON
SHARIF ZERO sebagai B-BOY
MAMAK PUTIH sebagai AARON
RIEZMAN KHUZAIMI sebagai YB HAZIL
SYUK SAHAR sebagai USIN MARKUP
SHASHIC IEWAN sebagai SYAFIQ GAGAP
ACONG SWEETCHILD sebagai KONTRAKTOR ACONG
WANIE OOI sebagai PONTIANAK
SOUYA sebagai POCHONG
ALONG KEMBO sebagai HANTU GIGI
DELIMAWATI sebagai MAK KIAH JANDA
RAZAK AHMAD sebagai USTAZ
RUZAIDI RAHMAN sebagai BOMOH JAWA
ANN ABDULLAH sebagai BOMOH NEK SIAM
SHARWANI NS sebagai PM SHAHRIN
DATO’ HARIS EMBONG sebagai HAJI ARIS
ILHAM ABATA sebagai ZACK VLOGGER
DRAMAN MUHAMAD sebagai PAK ABU
NORIZA SALLEH sebagai MAK ESAH
KHAIRUL AKEK sebagai PAKCIK BASIKAL


Sinopsis Kampung Latah The Mummy

Kampung Latah...The Mummy menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya. Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk. Seperti biasa, Ajin , Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.

Review Kampung Latah The Mummy Astro First

Review Kampung Latah The Mummy Astro First


Saksikan filem komedi, Kampung Latah...The Mummy yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 25 Ogos 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Bagi yang ingin menonton Kampung Latah Kena Kuarantin full movie, boleh melanggan kombo Koleksi Opocot! Latah yang menampilkan dua filem iaitu ‘Kampung Latah Kena Kuarantin’ dan ‘Kampung Latah...The Mummy’ dengan harga RM19.90 bermula 25 Ogos. Ikuti info dan klip-klimenarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.


pelakon latah
lokasi penggambaran kampung latah
kampung latah kena kuarantin astro first
kampung latah kena kuarantin episode 1
kampung latah kena kuarantin review
kampung latah kena kuarantin telegram

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post