Trending


NESCAFE ICED BARISTA-STYLE COFFEE PEK BARU 100% KITAR SEMULA (rPET)

NESCAFE ICED BARISTA-STYLE COFFEE PEK BARU 100% KITAR SEMULA (rPET) | Dengan persekitaran yang bergerak pantas, kita sudah terbiasa dengan menggalas pelbagai tanggungjawab. Kami faham dengan waktu kerja yang panjang, mesyuarat demi mesyuarat, dan juga idea yang tidak kunjung tiba. Buat penggemar kopi, adakah anda ingin meluangkan masa dengan pergi ke kafe untuk menikmati secawan kopi yang dibru oleh barista, tetapi tidak dapat lakukannya kerana jadual yang terlampau padat?  Kami faham situasi anda.

NESCAFE ICED BARISTA-STYLE COFFEE PEK BARU 100% KITAR SEMULA (rPET)

Kami ingin berkongsi satu petua hidup! Kadang kala, apa yang diperlukan untuk menghilangkan rasa penat ialah sesuatu minuman yang sedap dinikmati. Dengan NESCAFE ICED Barista-Style Coffee, rasa kopi yang meyegarkan seperti baru dibru pasti akan membuat anda berinspirasi dan kembali kepada diri yang terbaik.


NESCAFÉ ICED Barista Sedia-Untuk-Diminum Dengan Tiga Perisa Klasik

Dengan rupa baharu dan botol yang diperbuat 100% daripada bahan kitar semula, minuman Sedia-Untuk-Diminum NESCAFE ICED Barista-Style Blend Coffee diperbuat daripada campuran biji kopi Arabica dan Robusta yang dikisar dan dibru mengikut stail barista, dan boleh dinikmati tanpa mengira masa dan tempat. NESCAFÉ ICED Barista Sedia-Untuk-Diminum dengan variasi tiga perisa klasik yang enak iaitu Cappuccino, Chococino dan Caffè Latte yang merupakan tambahan baharu kepada siri nescafé baru ini.

NESCAFE ICED BARISTA-STYLE COFFEE PEK BARU 100% KITAR SEMULA (rPET)
nescafe instant coffee

ICED CAPPUCCINO
Kopi dikisar dan dibru stail barista, kemudian ditambah dengan tekaran susu yang sesuai, menjadikan ia caffe ais yang sempurna, untuk rasa kopi yang menyegarkan.

ICED CHOCOCINO
Kopi dikisar dan dibru stail barista, dengan keseimbangan kopi dan koko yang sempurna untuk mencipta rasa kopi yang lazat dan bercoklat. 

ICED CAFFÈ LATTE
Kopi dikisar dan dibru stail barista, dengan rasa susu yang lembut untuk pengalaman kopi dari kafe klasik.


100% Pembungkusannya Botol PET Boleh Dikitar Semula

Setiap botol PET diperbuat daripada resin plastik yang dikitar semula (rPET) untuk mengurangkan penggunaan plastik dara serta CO2. Inisiatif ini sejajar dengan ikrar Nestlé untuk mengurangkan sekurang-kurangnya satu pertiga penggunaan plastik dara dan memastikan 100% pembungkusannya diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula dan diguna semula menjelang 2025 di peringkat global dan di Malaysia.

NESCAFE ICED BARISTA-STYLE COFFEE PEK BARU 100% KITAR SEMULA (rPET)
nescafe classic

“NESCAFÉ ICED Barista-Style Blend Coffee ialah minuman yang mudah didapati dan boleh diminum di mana sahaja. Bagi yang tiada masa untuk ke kafe, dapatkan NESCAFÉ ICED Cappuccino, Chococino atau Caffè Latte dari kedai berdekatan anda untuk diminum dalam perjalanan. Sebagai sebahagian komitmen kami dalam membentuk masa hadapan yang lebih baik, kami memastikan setiap botol PET kami boleh dikitar semula sepenuhhnya. Mari lakukan bahagian kita!” Ujar April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Dapatkan pilihan NESCAFÉ ICED Barista-Style Coffee anda dari stesen petrol, pasaraya dan kedai e-dagang. Anda boleh menikmati kopi stail barista bila-bila masa, tidak kira di mana jua anda berada!


Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi sambal mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.

Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, layari laman rasmi Nescafé Malaysia atau kunjungi laman Facebook Nescafé Malaysia.

nescafe instant coffee
nescafe classic
nescafé tin original
nescafé malaysia
nescafé baru
nescafe coffee

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post