2800 Peminat Hadiri Konsert Anuar Zain & Ziana Zain 2022 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 2800 Peminat Hadiri Konsert Anuar Zain & Ziana Zain 2022

Trending

2800 Peminat Hadiri Konsert Anuar Zain & Ziana Zain 2022

2800 Peminat Hadiri Konsert Anuar Zain & Ziana Zain 2022 | Kali pertama konsert Anuar dan Ziana Zain adalah pada tahun 2010 di Singapura. Setelah lebih sedekad, akhirnya penyanyi adik-beradik Anuar & Ziana Zain tampil dengan konsert duet mereka di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 Ogos 2022 lalu.

2800 Peminat Hadiri Konsert Anuar Zain & Ziana Zain 2022

Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur berlangsung selama 3 jam telah dihadiri seramai 2800 peminat kedua-dua penyanyi popular ini. Bayangkan semasa pengumuman rasmi konsert dan tiket mula dijual terus sold out! Memang teruja sungguh sebab kedua-duanya mempunyai nama gah dalam industri seni tanah air.

Persembahan konsert bermula pada jam 8.50 malam dengan playback intro Anuar dan Ziana seterusnya dengan lagu medley Sangkar Cinta dan Bila Resah.

2800 Peminat Hadiri Konsert Anuar Zain & Ziana Zain 2022


Antara lagu popular yang dipersembahkan Ziana Zain termasuklah Puncak Kasih, Terlerai Kasih, Menadah Gerimis, Anggapanmu dan Madah Berhelah. Anuar pula menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Ketulusan Hati, Mungkin, Lelaki Ini, Keabadian Cinta dan Cinta Takkan Berakhir selain lagu Jangan Bersedih Lagi secara acapella.

Untuk seleksi lagu duet mereka membawakan lagu Sesuci Cintamu, Lembah Asmara dan Di Akhir Garisan sebagai lagu penutup konsert. Anuar juga turut menyanyikan lagu Ziana iaitu Lara manakala Ziana membawakan lagu Sedetik Lebih.

Konsert anjuran Trumpet International Sdn. Bhd. ini membariskan Lee Sze Wan sebagai music director dan Jennifer Thompson sebagai pengarah Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur.

2800 Peminat Hadiri Konsert Anuar Zain & Ziana Zain 2022

Pujian harus diberikan kerana di usia sekarang kedua-dua penyanyi berkelas ni masih mampu membawakan lagu hit mereka dengan baik secara live. Ziana Zain tampil mantap dengan lagu Madah Berhelah yang digubah dalam versi rock yang membuatkan penonton menjerit puas dengan rendisi lagu tersebut. Memang power betul suara Kak Gie tarik lagu ni.



Antara rakan artis dan selebriti yang turut hadir antaranya Misha Omar, Dafi, Datuk A Aida, Scha Al Yahya, Shuib, Awal Ashaari, Datuk Ziela Jalil, Ernie Zakri, Syamel, Shila Amzah, Putra Amaris, Fara Fauzana, Noryn Aziz dan Rozita Che Wan.

Konsert melabuhkan tirai sekitar jam 11.30 malam dan mereka mengumumkan bakal membawakan konsert serupa di Singapura pada 24 September depan. Terus terang terasa kurang puas walaupun 3 jam konsert berlalu kerana masih banyak deretan lagu hits mereka yang dinantikan peminat. Apa-pun stay tune untuk info konsert mereka di Singapura nanti.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post