Mat Kilau : Review Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan (2022) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Mat Kilau : Review Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan (2022)

Trending

Mat Kilau : Review Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan (2022)

Mat Kilau : Review Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan (2022)| Hi semua! Semalam telah berlangsung majlis perasmian dan tayangan perdana filem Filem Mat Kilau (2022). Pengarah filem Mat Kilau Syamsul Yusof dan Studio Kembara tampil dengan filem ini bagi memeriahkan lagi industri perfileman negara sedia ada dengan penghasilan filem-filem berkualiti yang menghiburkan dan membawa mesej-mesej yang memberi manfaat kepada para penonton serta semua lapisan masyarakat. Kos filem mat kilau ini menelan belanja sebanyak RM8 juta setelah dibuat semula kali kedua setelah produksi pertama. Jom ikuti ulasan dan review filem Mat Kilau.

Mat Kilau : Review Filem Mat Kilau

Sinopsis Filem Mat Kilau

Filem ini mengisahkan seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British.

Mat Kilau dibuat dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British. Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Mat Kilau menampilkan contoh sifat kelelakian yang sentiasa diperlukan pada setiap zaman. Seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya Melayu, matang, berakhlak baik, cinta tanah air, berani dan sedia berkorban untuk mempertahankan watannya dari sebarang bentuk pencerobohan. Beliau juga diiktiraf sebagai tokoh negara.

Studio Kembara memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar ini untuk menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah. Terdapat banyak catatan sejarah kebijaksanaan dan keberanian pahlawan Mat Kilau dan terdapat juga catatan-catatan pihak British yang ditemui mengakui pengaruh besar beliau kepada masyarakat zaman itu dalam membangkitkan semangat mempertahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan bumi Pahang. Ramai yang tidak mengetahui ada rekod pihak British yang merakamkan gerakan besar yang dipimpin Mat Kilau telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar kepada British.


Barisan Pelakon Filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan

Berikut adalah senarai watak dan barisan pelakon filem Mat Kilau:

  • Dato Adi Putra sebagai Mat Kilau
  • Beto Kusyairy sebagai Wahid
  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Johan Asari sebagai Yassin
  • Ali Karimie sebagai Brahim
  • Yayan Ruhian sebagai Toga
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Syers
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah (ayah Mat Kilau)
  • Khir Rahman sebagai Usup
  • Farid Amirul sebagai Goh Hoi
  • A. Galak sebagai Pak Deris
  • Zarina Zainoordin sebagai Rokiah
  • Farah Ahmad sebagai Yang Chik
  • Dato Jalaluddin Hassan sebagai Hj. Muhammad
  • Dato Rahim Razali sebagai Imam Bottogh
  • Namron sebagai Hj. Sulong
  • Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Bahaman
  • Ellie Suriati Omar sebagai Ibu Yassin
  • Mubarak Majid sebagai Ayah Yassin
  • Mark Geoffrry sebagai Stewart
  • Siraj Alsagoff sebagai Shidu

Mat Kilau : Review Filem Mat Kilau


Biografi Pelakon Mat Kilau


Dato Adi Putra sebagai Mat Kilau

Dato' Mohamed Hadi Putera bin Halim merupakan seorang pelakon yang terkenal di seluruh Malaysia terutamanya di dalam filem Anak Halal (2007), Akhirat (2008), KL Gangster (2011-13), Aku Terima Nikahnya (2012), Balistik (2014), dan Makrifat Cinta (2018).

Fattah Amin sebagai Awang

Abdul Fattah Mohd Amin ialah seorang pelakon yang mula meraih kemasyhuran menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku (2013). Beliau juga dikenali menerusi filem Gerak Khas (2016), Hero Seorang Cinderella (2017), dan KL Special Force (2018).

Beto Kusyairy sebagai Wahid

NurKusyairy Zakuan Osman atau lebih dikenali sebagai Beto Kusyairy terkenal dengan kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan (2007). Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal termasuk KAMI The Movie (2008), Nur Kasih The Movie (2011), Istanbul Aku Datang! (2012), dan Gila Baby (2014).

Ali Karimie sebagai Brahim

Ali Karimi Abdul Rahman merupakan seorang penggiat seni silat sebelum menceburi diri di dalam industri perfileman. Penampilan sulung beliau adalah sebagai Brahim di filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022).

Review Filem Mat Kilau

Review Filem Mat Kilau ni Kak Bell akan cuba tak bagi spoiler ye! Apa pun ini adalah pendapat Kak Bell semasa memonton tayangan premiere filem ini di GSC The Starling Mall.

mat kilau full movie


Mat Kilau merupakan sebuah filem yang mengisahkan kebangkitan pemuda bernama Mat Kilau bersama sama orang Melayu lain menentang kerakusan dan penganiayaan penjajah British. Untuk plot penceritaan adalah staright forward dan hanya fokus pada perjuangan Mat Kilau dan sahabat perjuangan. Terdapat juga sedikit plot twist yang akan buat korang terfikir siapa kawan dan lawan. Walaupun cerita ni bukan di adaptasi sepenuhnya dari kisah sejarah sebenar, tetapi dibuat 70-80% ikut sejarah mat kilau dan di masukkan unsur dan watak fiksi untuk sebuah filem. Sebagai contah watak Wahid lakonan Beto Kusyairy adalah watak fiksi dalam cerita ini.

Untuk lakonan para pelakon semua baik dari pelakon utama, pelakon legend, pelakon baru mahupun pelakon pembantu. Bagi perkembangan watak dalam filem, watak Wahid sangat menonjol dan dikembang dengan baik dan overshadow watak Mat Kilau. Bagi pelakon seperti Yayan Ruhian, Khir Rahman dan pelakon legend lain memang tiptop dan Kak Bell teruja juga dengan watak lakonan Zarina Zainoordin.

mat kilau full movie

mat kilau full movie

Sinematografi filem memang baik dan ada scene pertarungan yang panjang dari awal sampai habis filem. Cuma untuk scene berlawan tak dapat nak fokus sebab camera terlalu banyak pergerakan dan bergegar. Sebenarnya arahan begini memang signature pengarah Syamsul Yusof macam dalam filem sebelumnya seperti KlL Gangster, KL Special Force semua scene fight guna format yang sama tapi sis pening kepala tengok. Apa pun scene fight memang mantap, tambah pula dengan aksi silat. Walaupun scene lawan panjang tapi tak boring.

Bagi kesan khas make up pada muka Beto lepas luka kurang real termasuk warna darah yang nampak agak palsu. Tak tahulah kalau mata sis aje. Kak Bell perasan untuk Fattah Amin (awang mat kilau), muka dia flawless aje dari awal sampai hujung filem tak macam pelakon lain. Ampun ye review jujur ni nanti nak tonton sekali lagi sebab duduk depan sekali tak boleh nak fokus dengan 4 mata ni.

Mat Kilau : Review Filem Mat Kilau


Nilai baik yang boleh diperolehi dari filem ini ialah sikap berani bangkit menyatakan kebenaran dan hak walaupun terpaksa berdepan dengan ancaman dan rintangan. Durasi 2 jam filem rasa sekejap dan terhibur. Bagi peminat filem aksi pertarungan, ia satu pengalaman non stop action yang berbaloi. Apa yang penting, filem ni bawa banyak mesej dan teladan terutama kepada generasi muda supaya lebih menghargai nilai sebuah kemerdekaan dan kebebasan supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh merugikan. Kesimpulannya tak rugi korang pergi tengok cerita ni. Memang korang boleh buat rasa semangat perjuangan tu berkobar-kobar.

Sejarah silap perlu diperbetulkan. Beliau adalah tokoh yang mempertahankan tanahair dan bukan pemberontak seperti yang dilabelkan oleh kerajaan British dalam buku-buku sejarah. Jasa besar tokoh ini perlu dikenang zaman dan boleh menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat kita.

Filem berjudul Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan ini diharap dan dijangka akan mendapat sambutan hangat serta menjadi penerobos psikologi yang mencetus keyakinan baru kepada pemain industri hiburan tempatan dan seterusnya melangkah lebih maju ke depan. Jangan lupa tonton mat kilau movie, mat kilau full movie 23 June nanti hanya di pawagam ya!

Facebook:https://www.facebook.com/Filem-Mat-Kilau-324216361284843
Instagram:https://www.instagram.com/filem_matkilau/
Twitter:https://twitter.com/Filem_MatKilau
TikTok:https://www.tiktok.com/@filem_matkilau
Youtube:https://www.youtube.com/channel/UCkQtOTKEicFiYe_tnlvoFwg
Ikuti Studio Kembara di https://www.instagram.com/studiokembara/

Katanya sampai sekarang mat kilau showtimes sentiasa full dan banyak tayangan. Memang rakyat Malaysia suka naskah macam ni kan dan sesuailah hasil dengan bajet filem mat kilau ni. Harga tiket wayang mat kilau pun boleh tahan tapi sangatlah berbaloi bila tonton! Boleh dikatakan filem Mat Kilau adalah filem tempatan paling laris pernah diterbitkan dalam sejarah perfileman negara.

filem mat kilau wikipedia, mat kilau full movie, filem mat kilau review, modal filem mat kilau, perjuangan mat kilau, kesan penentangan mat kilau, ali karimi mat kilau, mat kilau movie wikipedia, kehebatan mat kilau, mat kilau age,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post