Perbezaan Air Fryer Gaabor 4L Dan 3.5L - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Perbezaan Air Fryer Gaabor 4L Dan 3.5L

Trending

Perbezaan Air Fryer Gaabor 4L Dan 3.5L

Hi semua! Mesti antara soalan yang paling kerap ditanya bila seseorang berhasrat nak beli air fryer di rumah, Apa jenama air fryer terbaik? Memang betul, ada jenama yang terkenal dan ada jenama yang biasa-biasa saja. Tak kisahlah jenama mahal atau jenama cap ayam, yang penting kita perlu pandai buat dan semak beberapa perkara yang dapat membantu kita membuat pilihan yang lebih baik, sesuai dengan bajet kita.

Perbezaan Air Fryer Gaabor 4L Dan 3.5L

Di rumah Kak Bell sekarang dah ada dua buah air fryer iaitu Russell Taylor AF-24 dan terbaru air fryer Gaabor GA-M4A. Air fryer lama Rusell Taylor tu masaih lagi ok, cuma teruja sebab ada Gaabor yang Kak Bell rasa lebih best sikit bila pakai. Gaabor Air Fryer ni merupakan buatan German dan ada beberapa jenis. Cuma kali ini Kak Bell fokus uwarntuk perbezaan air fryer Gaabor GA-M4A yang berwarna putih dan air fryer Gaabor GA-M35A yang datang dalam warna hitam-gold. Pada Kak Bell kedua-dua versi air fryer Gaabor ni cantik dan elegan tetapi ada beberapa perbezaan. Jadi korang boleh buat pilihan yang mana lebih berbaloi samaada nak kapasiti lebih besar, multi-fungsi atau sekadar suka dengan versi warna putih atau hitam.


Kelebihan Dan Kebaikan Penggunaan Air Fryer

Memang banyak kelebihan dan kebaikan penggunaan air fryer, tetapi ada juga beberapa kelemahan air fryer ni. Kebaikannya seperti kurangkan penggambilan lemak kerana tidak gunakan minyak atau hanya sedikit sahaja minyak digunakan, jimatkan masa dan memudahkan, makanan lebih sihat serta menjimatkan tenaga kita untuk memasak!

Jenis jenis Air Fryer Malaysia
Gambar dari hellokerja.com

Untuk kelemahan air fryer pula sebenarnya sangat minimum seperti makanan mudah hangus jika terlebih suhu dan masa memasak, makanan makanan mudah mengering kerana kekurangan atau tidak menggunakan minyak dan porsi makanan yang dapat dimasak dengan air fryer adalah kecil.


Ada juga kita dengar yang air fryer penyebab kanser. Sebenarnya air fryer bukanlah penyebab kanser. Ianya berpunca bila makanan berkanji/karbohidrat yang digoreng/dimasak menggunakan suhu tinggi melebihi suhu 120.00 °C = 248.00 °F, akan menghasilkan sejenis bahan yang bersifat toksik akrilamida yang boleh menyebabkan kanser.


Dalam satu kajian, ikan yang digoreng kering mengandungi lebih banyak bahan yang dipanggil sebagai ‘produk pengoksidaan kolesterol’ atau ‘cholesterol oxidation products’ (COPs). COPs terbentuk apabila kolesterol daripada daging atau ikan terurai ketika dimasak. Hasil penyelidikan mengaitkan bahan ini dengan risiko penyakit jantung, kanser, dan masalah kesihatan yang lain. Kajian itu juga mencadangkan, satu kaedah untuk mengurangkan pembentukan COPs ialah dengan menambah parsli atau kucai ke dalam lauk yang digoreng kering. Tumbuhan ini bertindak sebagai antioksida bagi mengurangkan COPs (Kredit: Nur Shazleen Nisha Rozali/rootofscience.com).

Perbezaan Air Fryer Gaabor GA-M4A 4L & GA-M35A 3.5L

Semasa nak beli air fryer, perkara yang perlu dinilai adalah kapasiti ruangan air fryer, kuasa watt air fryer, adakah mudah dibersihkan, jenis analog atau digital dan apakah fungsi istimewa sesebuah jenama air fryer. Disebabkan Kak Bell pakai air fryer Gaabor, Kak Bell kongsikan apa beza air fryer Gaabor putih dan hitam atau beza AF GA-M35A dan GA-M4A.


Air Fryer Gaabor GA-M35A


Perbezaan Air Fryer Gaabor 4L Dan 3.5L

Ciri-ciri:
1) Hanya ada 1 tombol laras (knob) untuk masa memasak
2) Suhu fixed 200℃
3) Kapasiti 3.5L
4) 1000W
5) Detachable non-stick grill

Perbezaan Air Fryer Gaabor 4L Dan 3.5L

6) 6 menu fungsi memasak
  • French Fries
  • Roasted Purple Sweet Potato
  • Grilled Prawn
  • Grilled Chicken Wings
  • Grilled Ribs
  • Kebab


Air Fryer Gaabor GA-M4A


Perbezaan Air Fryer Gaabor 4L Dan 3.5L

Ciri-ciri:
1) Mempunyai 2 tombol laras (knob) suhu dan masa memasak.
2) Suhu boleh laras dalam lingkungan 80-200℃
3) Masa memasak boleh disesuaikan dalam masa 0-30 minit
4) Kapasiti besar 4L, memenuhi keperluan keluarga
5) 1200W
6) Removable non-stick grill

Perbezaan Air Fryer Gaabor 4L Dan 3.5L

7) 8 menu fungsi memasak
  • French Fries
  • Roasted Beef Steak
  • Roasted Fish
  • Fried Prawn
  • Roasted Chicken Drumsticks
  • Roasted Rice Cake
  • Roasted Chicken
  • Kacang


Persamaan Fungsi Air Fryer Gaabor


Perbezaan Air Fryer Gaabor 4L Dan 3.5L

1) Peredaran udara panas tiga dimensi 360 °, pemanasan seragam

2) Automatic power off memory, double safety
3) Reka bentuk pemegang anti-melecur, reka bentuk selesa untuk telapak tangan
4) Removable non-stick grill

Perbezaan ketara untuk 2 model AF Gaabor ni adalah dari segi ketersediaan tombol laras suhu-masa, kapasiti ruang memasak dan fungsi menu memasak.

Kedua-duanya cantik dan harga pun terjangkau dari RM130-RM189. Terpulang yang mana satu jadi pilihan hati korang. Kak Bell suka air fryer Gaabor ni sebab bunyinya tak bising masa memasak dan lepas masak, badan air fryer ni tak begitu panas kalau nak pegang lepas siap memasak.

Sebelum buat pilihan mana-mana jenis air fryer, jangan lupa tengok pada kuasa Watt air fryer yang digunakan. Untuk panduan resepi masakan air fryer, mungkin boleh semak manual yang disediakan atau gugel je mana-mana koleksi resepi air fryer. Pepandailah adjust menu masakan dengan suhu dan masa memasak yang bersesuaian.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post