Jom Sahut Cabaran Dengan JOOX SUPERROOM CHALLENGE 2.0 Dan Menang RM10,000!

Selepas JOOX SuperRoom Challenge 1.0 yang lalu mendapat sambutan ramai, aplikasi penstriman muzik JOOX kembali dengan peraduan JOOX SuperRoom Challenge 2.0. JOOX dan menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM10,000 bagi orang ramai yang menyertai peraduan JOOX SuperRoom Challenge bermula 7 hingga 20 Oktober ini.


Menerusi JOOX Superoom Challenge 1.0, hampir 80 peserta yang terdiri daripada orang awam, selebriti, badan-badan NGO dan influencer media sosial telah menyertainya dan seramai 35 peserta telah diumumkan sebagai pemenang. Selepas pertandingan tersebut berakhir, pihak JOOX mendapati jumlah ROOMS yang dibuka lebih tinggi daripada sebelumnya sehingga 200 ROOMS dibuka setiap hari. Peningkatan pembukaan JOOX Rooms menunjukkan bahawa JOOX telah berjaya memperkenalkan JOOX ROOMS di Malaysia dengan jayanya.


JOOX Superoom Challenge Bertujuan Bantu Jana Pendapatan

Pihak JOOX memperkenalkan idea pertandingan menggunakan platform digital ini adalah bagi membantu masyarakat termasuklah golongan anak seni untuk menjana pendapatan menerusi peraduan Joox SuperRoom Challenge. Sesiapa sahaja boleh menyertai JOOX Superoom Challenge ini dan ianya terbuka kepada semua individu termasuk peniaga atas talian, golongan selebriti dan influencer media sosial dan anda juga!

Menariknya JOOX SuperRoom Challenge 2.0 ini, hos berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang lebih lumayan, menggunakan sistem ranking untuk mencari lima pemenang top 5 setiap hari. Dengan desain baharu yang telah dikemaskini dan direka untuk menjadi lebih mesra pengguna pasti akan memberi pengalaman lebih menarik kepada hos JOOX ROOM.


Hadiah-Hadiah JOOX SuperRoom Challenge 2.0

Untuk mendapatkan hadiah wang tunai, setiap hos perlu mencapai jumlah sekurang-kurangnya 100 pengunjung sepanjang JOOX SuperRoom 2.0 Challenge berlangsung. Selain itu setiap peserta JOOX SuperRoom Challenge 2.0 turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM3,000 menerusi Jackpot. Penerima Jackpot ditawarkan kepada hos yang mempunyai jumlah tontonan dalam talian paling ramai sepanjang pertandingan JOOX SuperRoom Challenge 2.0 berlangsung. Pemenang hadiah Jackpot akan diumumkan selepas pertandingan tamat kelak.



Lima pemenang harian, top 5 setiap hari akan menerima wang tunai berjumlah:
Tempat Pertama : RM600
Tempat Kedua : RM500
Tempat Ketiga : RM400
Tempat Keempat: RM300
Tempat Kelima : RM200

JOOX menetapkan syarat bahawa ke semua peserta perlu menggunakan platform JOOX Rooms di aplikasi JOOX dan perlu mengemudi atau hoskan sesi secara langsung selama sekurang-kurangnya satu jam. Sehubungan itu, JOOX mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menggunakan platform digital kami untuk berkongsi pendapat, mengekspresikan diri serta menghebahkan mengenai produk jualan anda. Jadi bolehlah ajak kawan-kawan anda semua untuk bersama dalam sesi JOOX Rooms anda. Lagi ramai penonton, lagi berpeluang cerah untuk menang hadiah wang tunai!



Bagi anda semua di luar sana yang ingin tampilkan kreativiti dan bakat masing-masing disamping menjana pendapatan bersama JOOX, bolehlah sertai JOOX SuperRoom Challenge. JOOX sediakan platform ini kerana mereka ingin membantu anda menjana pendapatan dan membantu masyarakat di luar sana selain bersaing dengan sihat melalui pertandingan ini.

Rebut peluang ini, buka ruangan anda sendiri di JOOX ROOMS sebagai hos dan mula jana pendapatan anda sekarang dan memenangi hadiah wang tunai lumayan sehingga RM10,000. Pendaftaran peraduan dibuka dari 1 Oct - 12 Oct dan pertandingan bermula pada 7Oct -20Oct.

Semua maklumat lanjut dan syarat penyertaan turut disiarkan laman Facebook rasmi JOOX MY. Good luck buat semua!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top