Hi semua! Mesti antara soalan yang paling kerap ditanya bila seseorang
berhasrat nak beli air fryer di rumah, Apa jenama air fryer terbaik? Memang
betul, ada jenama yang terkenal dan ada jenama yang biasa-biasa saja. Tak
kisahlah jenama mahal atau jenama cap ayam, yang penting kita perlu pandai
buat dan semak beberapa perkara yang dapat membantu kita membuat pilihan
yang lebih baik, sesuai dengan bajet kita.
Di rumah Kak Bell sekarang dah ada dua buah air fryer iaitu
Russell Taylor AF-24
dan terbaru air fryer Gaabor GA-M4A. Air fryer lama Rusell Taylor tu masaih
lagi ok, cuma teruja sebab ada Gaabor yang Kak Bell rasa lebih best sikit
bila pakai. Gaabor Air Fryer ni merupakan buatan German dan ada beberapa
jenis. Cuma kali ini Kak Bell fokus uwarntuk perbezaan air fryer Gaabor
GA-M4A yang berwarna putih dan air fryer Gaabor GA-M35A yang datang dalam
warna hitam-gold. Pada Kak Bell kedua-dua versi air fryer Gaabor ni cantik
dan elegan tetapi ada beberapa perbezaan. Jadi korang boleh buat pilihan
yang mana lebih berbaloi samaada nak kapasiti lebih besar, multi-fungsi atau
sekadar suka dengan versi warna putih atau hitam.
Kelebihan Dan Kebaikan Penggunaan Air Fryer
Memang banyak kelebihan dan kebaikan penggunaan air fryer, tetapi ada juga
beberapa kelemahan air fryer ni. Kebaikannya seperti kurangkan penggambilan
lemak kerana tidak gunakan minyak atau hanya sedikit sahaja minyak digunakan,
jimatkan masa dan memudahkan, makanan lebih sihat serta menjimatkan tenaga
kita untuk memasak!
Gambar dari hellokerja.com
Untuk kelemahan air fryer pula sebenarnya sangat minimum seperti makanan mudah
hangus jika terlebih suhu dan masa memasak, makanan makanan mudah mengering
kerana kekurangan atau tidak menggunakan minyak dan porsi makanan yang dapat
dimasak dengan air fryer adalah kecil.
Baca juga > 10 Resepi Raya Guna Air Fryer
Ada juga kita dengar yang air fryer penyebab kanser. Sebenarnya air fryer
bukanlah penyebab kanser. Ianya berpunca bila makanan berkanji/karbohidrat
yang digoreng/dimasak menggunakan suhu tinggi melebihi suhu 120.00 °C = 248.00
°F, akan menghasilkan sejenis bahan yang bersifat toksik akrilamida yang boleh
menyebabkan kanser.
Dalam satu kajian, ikan yang digoreng kering mengandungi lebih banyak bahan
yang dipanggil sebagai ‘produk pengoksidaan kolesterol’ atau ‘cholesterol
oxidation products’ (COPs). COPs terbentuk apabila kolesterol daripada
daging atau ikan terurai ketika dimasak. Hasil penyelidikan mengaitkan bahan
ini dengan risiko penyakit jantung, kanser, dan masalah kesihatan yang lain.
Kajian itu juga mencadangkan, satu kaedah untuk mengurangkan pembentukan
COPs ialah dengan menambah parsli atau kucai ke dalam lauk yang digoreng
kering. Tumbuhan ini bertindak sebagai antioksida bagi mengurangkan COPs (Kredit: Nur Shazleen Nisha Rozali/rootofscience.com).
Perbezaan Air Fryer Gaabor GA-M4A 4L & GA-M35A 3.5L
Semasa nak beli air fryer, perkara yang perlu dinilai adalah kapasiti
ruangan air fryer, kuasa watt air fryer, adakah mudah dibersihkan, jenis
analog atau digital dan apakah fungsi istimewa sesebuah jenama air fryer.
Disebabkan Kak Bell pakai air fryer Gaabor, Kak Bell kongsikan apa beza air
fryer Gaabor putih dan hitam atau beza AF GA-M35A dan GA-M4A.
Air Fryer Gaabor GA-M35A
1) Hanya ada 1 tombol laras (knob) untuk masa memasak
2) Suhu fixed 200℃
3) Kapasiti 3.5L
4) 1000W
5) Detachable non-stick grill
6) 6 menu fungsi memasak
Ciri-ciri:
1) Mempunyai 2 tombol laras (knob) suhu dan masa memasak.
2) Suhu boleh laras dalam lingkungan 80-200℃
3) Masa memasak boleh disesuaikan dalam masa 0-30 minit
4) Kapasiti besar 4L, memenuhi keperluan keluarga
5) 1200W
6) Removable non-stick grill
7) 8 menu fungsi memasak
1) Peredaran udara panas tiga dimensi 360 °, pemanasan seragam
2) Automatic power off memory, double safety
3) Reka bentuk pemegang anti-melecur, reka bentuk selesa untuk telapak tangan
2) Suhu fixed 200℃
3) Kapasiti 3.5L
4) 1000W
5) Detachable non-stick grill
- French Fries
- Roasted Purple Sweet Potato
- Grilled Prawn
- Grilled Chicken Wings
- Grilled Ribs
- Kebab
Air Fryer Gaabor GA-M4A
1) Mempunyai 2 tombol laras (knob) suhu dan masa memasak.
2) Suhu boleh laras dalam lingkungan 80-200℃
3) Masa memasak boleh disesuaikan dalam masa 0-30 minit
4) Kapasiti besar 4L, memenuhi keperluan keluarga
5) 1200W
6) Removable non-stick grill
- French Fries
- Roasted Beef Steak
- Roasted Fish
- Fried Prawn
- Roasted Chicken Drumsticks
- Roasted Rice Cake
- Roasted Chicken
- Kacang
Persamaan Fungsi Air Fryer Gaabor
2) Automatic power off memory, double safety
3) Reka bentuk pemegang anti-melecur, reka bentuk selesa untuk telapak tangan
4) Removable non-stick grill
Perbezaan ketara untuk 2 model AF Gaabor ni adalah dari segi
ketersediaan tombol laras suhu-masa, kapasiti ruang memasak dan fungsi
menu memasak.
Kedua-duanya cantik dan harga pun terjangkau dari RM130-RM189.
Terpulang yang mana satu jadi pilihan hati korang. Kak Bell suka air
fryer Gaabor ni sebab bunyinya tak bising masa memasak dan lepas
masak, badan air fryer ni tak begitu panas kalau nak pegang lepas siap
memasak.
Sebelum buat pilihan mana-mana jenis air fryer, jangan lupa tengok
pada kuasa Watt air fryer yang digunakan. Untuk panduan resepi masakan air fryer, mungkin boleh semak manual yang disediakan atau gugel je mana-mana koleksi resepi air fryer. Pepandailah adjust menu masakan dengan suhu dan masa memasak yang
bersesuaian.