Review Emma Original Mattress | Tilam Memory Foam Terbaik Dari Jenama Emma Sleep

Tidur nyenyak memang sangat diperlukan dalam kehidupan kita dan menjadi kunci untuk kesihatan yang baik. Dalam sehari seseorang akan habiskan waktu selama 7-8 jam untuk tidur dan bayangkan manusia habiskan 36 tahun dari usia mereka di tempat tidur! Jadi nak dapatkan tidur yang tenang mestilah kena ada tempat tidur yang selesa dan sudah tentunya perlu memilih tilam yang betul supaya dapat meningkatkan kualiti kesihatan hidup kita secara keseluruhan.


Terdapat banyak punca tidur yang tidak sempurna. Ianya mungki berpunca dari tekanan, waktu tidur yang tidak teratur, diet yang tidak seimbang, statik badan atau gaya hidup. Kak Bell sendiri pun memang dari dahulu mengalami kesukaran untuk tidur, tambahan pula seorang penggemar kaffein. Memang sukar sangat nak tidur pada waktu malam. Sebelum ini memang kerap-kali Kak Bell alami simptom-simptom seperti sakit kepala, sakit bahu atau leher, serta perubahan mood jika kurang tidur sehinggalah Kak Bell menukar tilam yang baru. Bermula dari tilam spring, Kak Bell gunakan tilam hibrid dan sekarang Kak Bell sedang mencuba tilam memory foam (high-quality memory foam) dari Emma Sleep iaitu Emma Original Mattress. Nak tahu apa beza tilam hibrid dan tilam memory foam? Jom baca lebih lanjut.


3 Jenis Lapisan Tilam & 7 Zon Pressure-Relieving Dalam Emma Original Mattress

Tilam Emma Original dari jenama Emma Sleep ini dibuat di United Kingdom dan berasal dari Frankfurt, German. Sekarang tilam Emma Sleep ini baru sahaja memasuki pasaran Malaysia. Jenama tilam Emma Sleep memang sudah terkenal di UK dan juga telah memenangi banyak anugerah seperti Best Mattress UK 2020, Best Mattress UK 2021 dan menerima respon yang positif dari pelbagai pihak seperti Ideal Home 2019, T3 2019, The Independent 2019, Good Housekeeping 2019, The Mattress Guide 2019 dan Real Homes 2019.


Tilam Emma Original ini terdiri dari 3 jenis lapisan tilam dengan 7 zon pressure-relieving point bagi mengurangkan kesan tekanan badan semasa tidur. Tiga lapisan foam yang berlainan ini terdiri daripada airgocell foam, viscoelastic memory foam dan HRX polyfoam yang bekerja sama untuk memberikan keselesaan, kestabilan, sokongan tulang belakang, dan pengaturan suhu yang optimal semasa tidur.


Di dalam tilam setebal 25cm (10 inci) ini terdapat 3cm lapisan breathable Airgocell diikuti dengan 2cm busa memori elastik visco untuk mengurangkan tekanan dan 19cm busa sejuk sebagai base. Kesemua 3 lapisan tilam tadi ditutup dengan cover yang boleh ditanggalkan dan dicuci dengan mesin basuh.



Tilam Emma datang dalam kotak yang kompak (Emma In-A-Box) dan sesuai untuk semua orang, posisi tidur dan sesuai untuk orang dengan berat antara 50kg dan 130kg. Berikut adalah variasi, saiz dan berat untuk Emma Original Mattress.

1) Size Single | 190 X 90 X 25 cm |17 KG |
    Regular Price MYR1,894.00

2) Size Queen | 190 X 150 X 25 cm | 19KG |
    Regular Price MYR2,857.00

3) Size King | 190 X 180 X 25 cm | 26KG |
    Regular Price MYR3,219.00

  • Removable and washable top cover: 99% polyester + 1% elastane
  • Side cover: 100% polyester
  • Bottom cover: 87% polyester + 13% polypropylene
  • All materials are OEKO TEX® Standard 100 - Class 1 certified


Apa Yang Menjadikan Tilam Emma Istimewa?

  • Tilam terlaris dan memenangi banyak anugerah di UK
  • Lembut dan selesa dengan sokongan ortopedik yang baik
  • 100% vegan
  • Hyperfoam mesra alam dan boleh bernafas
  • Ada 7 zon pressure-relieving point
  • Semua lapisan tilam menggunakan OEKO TEX® Standard 100 - Kelas 1
  • Cover tilam yang boleh ditanggal dan dibasuh
  • Mudah diangkat dengan 4 poket pemegang di tepi tilam
  • Percubaan 100 Malam
  • Waranti 10 Tahun
  • Penghantaran & Pengembalian Percuma


My Verdict

Kak Bell dah menggunakan tilam Emma Original bersaiz Quuen ni selama 14 hari dan memang Kak Bell sangat berpuas hati. Seperti dimaklumkan, tilam ni datang kompak dalam kotak yang ringkas berwarna biru-putih dan mudah dipindahkan. Tilamnya digulung kemas tanpa udara dengan dimensi ukuran kotak Queen adalah 45x45x110cm. Memang berat jugalah tilam ni sebab 19kg.


Selepas keluarkan dari kotak, tilam ni mengambil masa 2-6 jam untuk kembang sepenuhnya. Macam biasa bila tilam baru, lepas unboxing, buka plastik, pasti akan ada sedikit bau tilam semasa proses off-gassing. Tapi jangan risau sebab bau ini akan hilang dalam masa beberapa hari. Even bila beli tilam spring biasa pun ada bau macam ni.

Apa yang Kak Bell suka, tilam Emma Sleep ini mempunyai 4 pegangan di sisi tilam dan menjadikannya lebih mudah untuk diangkat dan diletakkan rapi di atas katil. Memang sangat memudahkan semasa nak letak atas katil sebab sebelum ini Kak Bell pernah buka tilam kompak macam ni terbalik. Memang satu hal lah nak terbalikkan semula sebab tak ada tempat pegang.



Bila dah kembang sepenuhnya, struktur tilam Emma Original ni memang firm tetapi lembut. Bila baring memang sangat selesa sebab ianya amat menyokong berat badan tak kisahlah bila tidur dengan posisi yang macam mana. Memory foam tilam ni akan sesuaikan dengan bentuk badan dan posisi tidur supaya tulang belakang tetap lurus. Memang tak ada rasa sakit leher atau badan selepas bangun tidur.

Walaupun tilam Emma Original ni fully gunakan foam tapi Kak Bell tak rasa panas atau berpeluh semasa tidur. So, material untuk tilam ni kira mantaplah sebab memang menyokong badan, membenarkan laluan udara supaya tak kepanasan semasa tidur. Cuma Kak Bell belum trylah kalau ada orang tidur kat sebelah macam mana kan!. Tapi bila Kak Bell duduk atau baring atas tilam Emma ni, memang pergerakan minimal. Tidurlah di bahagian mana pun, still sama dan selesa.


Selepas Kak Bell cuba tilam jenis hibrid dan jenis full foam dari Emma Sleep, Kak Bell lebih rasa selesa dengan tilam Emma Original ni. Bukam nak cakap tilam hibrid tak bagus, tetapi tilam hibrid ni sesuai untuk side sleepers. Mungkin Kak Bell tidur dalam pelbagai posisi jadi tilam Emma Original ni memang sangat menyokong dan beri keselesaan masa Kak Bell tidur. Kak Bell recommend korang cuba tidur dengan tilam Emma Original dari Emma Sleep ni memang sangat berbaloi. Tak rugi pun invest bila membeli tilam ni sebab kita nak pakai lama.


Video Unboxing Emma Original Mattress



Bagi anda semua yang nak dapatkan tidur yang selesa macam Kak Bell, khas buat semua pembaca blog Kak Bell boleh dapatkan 10% diskaun jika gunakan kod diskaun di bawah. Iyalah takkan Kak Bell sorang sahaja nak dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti kan?

Diskaun Kod: BELLA10


Buat korang yang nak cuba sendiri keselesaan Emma Original Mattress ni bolehlah dapatkan 10% diskaun dan sah bermula dari 31 Mei-6 Jun 2011 (klik link untuk diskaun).


Secara keseluruhannya, tilam Emma Original ini memang sangat selesa dan sangat menyokong badan tidak kira di posisi tidur yang macam mana. Kalau lihat senarai the best mattress UK, tilam Emma Sleep berada di ranking pertama dalam senarai dan sah terbukti jadi tilam pilihan terbaik. Oleh itu, jika anda tercari-cari tidur yang lebih lena, boleh rujuk laman berikut:

Website: Emma Sleep
Facebook: Emma Sleep MY
Instagram: emmasleepmy

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top