Ulasan Vakum Tanpa Wayar A&S A90 Plus Mampu Milik - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Ulasan Vakum Tanpa Wayar A&S A90 Plus Mampu Milik

Trending

Ulasan Vakum Tanpa Wayar A&S A90 Plus Mampu Milik

Hi semua! Jika berbicara mengenai proses membersih atau mengemas rumah, alatan utama yang perlu ada dalam rumah anda adalah pembersih hampagas (vacuum cleaner) selain penyapu tradisional yang biasa digunakan. Rumah sekarang yang kebanyakkannya sudah siap sekali dengan lantai jenis mozek lebih sesuai menggunakan penyedut hampagas untuk membersih habuk di lantai dengan lebih efisyen berbanding menggunakan penyapu. Tambah pula jika ada antara anda yang membela kucing, memang stress juga dibuatnya bila bulu kucing berterbangan di merata tempat.


Dari vakum jenis canister dan menggunakan wayar, permintaan dalam pasaran kini telah beralih dari pembersih hampagas rumah biasa kepada pembersih hampagas (vakum) tanpa wayar seiring dengan perubahan trend semasa dan gaya hidup kita yang pantas berubah. Vacuum Cleaner sekarang sememangnya jauh lebih canggih berbanding dahulu kan! Jadi kali ini, Kak Bell hendak kongsikan ulasan tentang vakum tanpa wayar atau penyedut hampagas tanpa wayar A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner dari syarikat A&S.


Penyedut Hampagas Tanpa Wayar A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner

Memang terdapat banyak jenis dan jenama pembersih hampagas terbaik di Malaysia. Penggunaan vakum tanpa wayar memang akan memberi anda kebebasan untuk membersihkan segala habuk dan kotoran di rumah, tanpa batas ruangan, mampu mencapai ruangan yang sempit dan boleh masuk ke ruang bawah perabot yang tidak dapat dicapai oleh vakum tegak (upright vacuum).



A&S memperkenalkan pembersih hampagas tanpa wayar model A90 Plus yang di reka dengan kuasa sedutan sekuat 150 watts seperti kebanyakan pembersih vakum yang lain. Tidak seperti penyedut hampagas konvensional yang lain, vakum jenis cordless ini dilengkapi dengan bateri pengecas dan boleh digunakan selama 30 minit tanpa henti dengan tempoh pengecasan penuhnya agak memakan masa. Ianya mampu menyedut habuk dengan kuat dan membersih secara maksima.


Spesifikasi / Perincian Vakum Tanpa Wayar A&S A90


• 10,000Pa Suction Power
• 150W Output Power
• 0.8L Dust Cup
• HEPA Filter
• 30 Minutes Working Time/ battery life
• 2,200mAh Built-In Battery
• 2 Speed Control



Antara ciri-ciri utama pembersih hampagas tanpa wajar A90 Plus adalah:

• Dust Mite Removal Brush
• 2-in-1 Crevice Nozzle & Brush Charging
• Wall Hanger & Accessories Storage




Sebelum buka puasa semalam, Kak Bell kemas-kemas rumah lah dulu dengan menggunakan A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner. Cantik juga datang dalam pilihan warna gold. Vakum tanpa wayar A&S A90 Plus ni agak ringan dan memudahkan anda untuk mencapai tempat lebih tinggi untuk membersihkan sesawang pada siling rumah atau di celah-celah perabot. So far kuasa sedutan dia boleh tahan (10,000Pa) dan Kak Bell boleh katakan yang cordless vacuum cleaners tanpa wayar ini telah berkembang menyamai kuasa sedutan daripada vacuum cleaner tradisional jenis canister.


Vakum tanpa wajar A90 Plus mempunyai reka bentuk 2-dalam-1 di mana korang boleh gunakannya secara menegang dengan batang vakum atau pasangkan terus berus penyedut pada kepala pemegang vakum (handheld). Terdapat 3 jenis kepala berus yang dapat digunakan untuk 4 jenis situasi pembersihan samaada gunakan mite removal brush, flat attachement, high suction typer atau dual cleaning mode. 





Ada 2 jenis kawalan speed yang mana korang boleh guna mod standard untuk membersihkan habuk atau rambut dan gunakan mod maksimum untuk partikel yang lebih besar. Untuk berus yang paling besar ada dilengkapi dengan lampu LED dan memudahkan pembersihan di kawasan gelap. 


Sikat berus untuk A&S A90 Plus ni juga direka khas dan sesuai digunakan untuk permaidani mahupun lantai keras dan nipis. Jika ingin membersihkan sofa, bantal atau permukaan tilam, korang boleh gunakan Dust Mite Removal Brush yang mampu menyedut habuk hama mahupun bulu haiwan perliharaan.


Bahagian penapis vakum A90 Plus ini menggunakan Advanced Cyclonic Filtration System yang dilengkapi dengan penapis HEPA dan penapis Mesh. HEPA Filter ini penapis yang juga digunakan dalam penapis udara terbaik di Malaysia bagi memastikan habuk dan kotoran tidak terbebas keluar. Kak Bell nak maklumkan yang span penapis ni tidak boleh dicuci dengan air. Jadi, korang boleh ganti penapis span ini setiap dua atau tiga bulan sekali.



So far Kak Bell puas hati dengan vakum tanpa wayar A&S A90 Plus sebab ianya compact, mudah nak dipasang dan ditanggalkan semula serta mudah di bawa ke mana-mana. Memang memudahkan kerja pembersihan dibuat bukan sahaja dalam rumah malah boleh bersihkan sofa kereta. Lagi satu benda yang paling best, bunyi vakum ni tak bising. Nak memvakum pada waktu malam buta pun boleh.


A&S Concept Store/ Pusat Servis Telah Di Buka Pada 22 April 2021

Buat pelanggan produk A&S, mereka telah melancarkan Pusat Servis dan Concept Store pertama mereka pada 22 April 2021 di Lot A1-1-05 Sunway Geo Avenue. Terdapat 3 jenis vakum tanpa wayar A&S dan datang dengan 2 tahun warranti dan mempunyai certified SIRIM



Untuk harga, boleh rujuk di bawah:
A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner (ASCVA90PLUS) RM499
A&S S100 Cordless Vacuum Cleaner (ASCVS100) RM759
A&S C120SE Batman Vacuum Cleaner (ASCVC120SEBLK) RM799
Promo Code: Fantastic Voucher
Lazada Voucher Link, valid dari 16 May - 16 Aug 2021 (5% OFF)


A&S DC Special Edition Batman dan Wonder Women

Anda boleh membuat pembelian di Consept Store A&S di Sunway Geo Avenue atau dari pengedar sah A&S, Lazada atau Shopee.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut:
Website: A&S | Perfect Lifestyle Companion
IG: aandss official
FB: A&S
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post