Review Fanbo Precious White Series & Fanbo Gold Compact Powder | Memukau Bak Sakura Dengan Fanbo Cosmetics

Hi semua! Memilih produk penjagaan kulit dan mekap yang sesuai untuk kulit memang amat penting. Kak Bell sendiri pun sangat amat berat tentang ini sebab pernah ada pengalaman menggunakan produk kosmetik yang tidak sesuai dan menjejaskan kulit wajah. Keadaan persekitaran di Malaysia yang panas dan kering juga merupakan antara cabaran bagi sesebuah produk, tambahan pula dengan keadaan pendemi yang memerlukan penjarakan sosial serta pelbagai tekanan lain. Paling penting, perlu dipastikan bahawa sebarang produk yang digunakan pada kulit kita dapat bertahan, serta dapat membuat kita berasa kekal hebat sebagaimana semasa mula memakainya.


Kali ini Kak Bell hendak berkongsi tentang sebuah jenama kosmetik Indonesia iaitu Fanbo Cosmetics yang sudah lama bertapak sejak tahun 1968. Kini, produk ini telah memasuki Malaysia dan jenama ini dibuat khusus bersesuaian untuk wanita Asia Tenggara. Jadi sekarang, Kak Bell sedang menggunakan produk Fanbo iaitu set penjagaan wajah Fanbo Precious White dan juga produk lain seperti bedak muka dan pensel kening.


Fanbo Cosmetik Jenama Nostalgik Yang Masih Kekal Kontemporari

Dengan warisan Fanbo yang menyerlahkan kehebatan setiap wanita supaya tampil dengan versi yang terbaik diri mereka, produk penjagaan kulit yang mempunyai reputasi yang baik serta boleh diharap ini kini dibawakan untuk wanita pada semua peringkat umur. Terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi.

Fanbo kini bersedia untuk menawarkan produk-produk berkualiti kepada wanita Malaysia, sebagaimana yang sudah dinikmati oleh wanita di negara jiran selama berdekad lamanya. Bagaimanapun, ’jenama nostalgik’ ini masih kekal kontemporari dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan bahawa rangkaian lengkap produk-produknya mengikuti perkembangan terkini.


Produk Fanbo Dari Ekstrak Pohon Sakura

Keanggunan dan kelembutan pokok Sakura mengingatkan kita bahawa keindahan ada di mana-mana sahaja di sekeliling kita, yang menyerlah dengan caranya yang tersendiri. Fanbo membawakan falsafah ini menerusi produk penjagaan kulit dan kecantikan jenama tersebut, demi memastikan bahawa kaum wanita mempunyai pilihan yang elegan dan mudah didapati untuk menyerlahkan seri semula jadi mereka menerusi cara yang mencerminkan alam semula jadi.


Penggunaan ekstrak Sakura membawakan pelbagai manfaat untuk kulit. Ianya menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi, mengurangkan pengoksidaan, mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kemerahan kulit, dan antiradang. Ia bukan sahaja lembut dan halus, tetapi juga menyerlahkan kecantikan dan seri semula jadi kulit anda.


Rangkaian Fanbo Precious White


Precious White

Rangkaian Precious White, semuanya dengan ekstrak Sakura, melembapkan kulit supaya tampak sihat dan segar. Ringan dan mudah diserap, ia menghilangkan kotoran, benda asing, dan mekap dengan mudah, dengan provitamin dan ekstrak Sakura untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.



Terdapat tiga jenis produk (toner, pembersih muka dan pelembap) yang mudah digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian anda.

Pancake Powder

Dikaji dan dihasilkan supaya sesuai dengan semua jenis kulit, bedak kompak ini didatangkan dalam rona kulit tempatan. Tepung jagung menyerap minyak yang berlebihan pada kulit, dan zink oksida melindungi kulit daripada UVA dan UVB –ideal bagi iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari.


Pensel Kening

Untuk membantu anda menyerlahkan kening supaya tampak lebih natural. Produk yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga tahan lama.

Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi kulit. Produk Fanbo dapat membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya anda mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta anda. Ia juga mesra wuduk, oleh itu anda tidak perlu memperbaharui solekan anda selepas membersihkan muka. Fokus produk tersebut adalah untuk membawakan penyediaan dan asas yang berkualiti supaya anda dapat menyerlahkan gaya semula jadi anda. Formulasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya.


My Verdict

Sebelum Kak Bell cuba Fanbo Precious White Skincare ini wajah kulit Kak Bell kadang-kadang ok, adakalanya memang kering terutama di bahagian pelipis pipi dan di tepi kelopak hidung. Ini semua gara-gara pakai produk yang salah. Selepas putus stok, terus jadi kering dan tak pernah nak elok. Untuk rutin harian memang pakai pencuci muka biasa sahaja yang dibeli di pasaraya. Kak Bell dah gunakan siri penjagaan Fanbo Precious White Skincare ni selama 2 minggu secara rutin yang terdiri dari Milk Cleanser, Facial Foam, Face Toner dan Moisturizer. Produk Fanbo ni semua packaging dia berwarna pink dan putih. So far so good, ada perubahan pada kulit muka Kak Bell.


Fanbo Precious White Milk Cleanser

Precious White Milk Cleanser ini membantu menghilangkan kotoran dan sisa makeup di wajah. Untuk solekan mata, Kak Bell bersihkan dahulu dengan eye makeup remover sebab kesan solekan mata tak hilang jika Kak Bell hanya terus gunakan milk cleanser. Tekstur milk cleanser ni agak kental tetapi lembut dan berwarna putih susu. Cuma apply jumlah secukupnya untuk bersihkan sisa solekan. Baunya Kak Bell sangat suka dengan wangian bunga sakura. Produk ini yang mengandung Sakura Essence, Pro Vitamin B3, AHA dan Chamomile Oil memang membantu memberi kelembaban kulit dan kulit muka tidak terasa melekit. Untuk first step, cuci muka dengan milk cleansing ni best.


Fanbo Precious White Facial Foam

Selepas cuci muka dengan susu pembersih, langkah kesua cuci dengan pencuci muka Fanbo Precious White Facial Foam. Untuk pencuci muka Fanbo ni juga berwarna putih, tetapi bukan putih susu. Teksturnya juga kental dan hanya sedikit sahaja amaun yang perlu digunakan. Walaunpun sedikit, buih yang terhasil cukup banyak dan dapat mencuci keseluruhan muka.Bau wanginya juga sama dengan milk cleanser. Selepas cucian, tiada efek muka tertarik atau kering. Cuma rasa segar, lembab dan lembut. Precious White Face Wash ini mengandung extract sakura selain mengandung AHA dan Pro-Vitamin B3.


Fanbo Precious White Face Toner

Setelah selesai langkah mencuci wajah, step mengunakan toner amatlah penting. Selain membersihkan lagi sisa kotoran, kandungan aktif toner dapat mengecilkan pori-pori wajah. Tekstur tonernya cair seperti air biasa dan berwarna putih kosong tanpa warna. Ada sedikit bau wangi tetapi tidak sewangi milk cleanser dan facial foamnya serta tiada bau alkohol yang kuat. Selepas pemakaian, tiada rasa efek tegang tetapi wajah akan rasa sedikit berhaba (tidak cooling sebab non-alkohol).


Precious White Moisturizer

Langkah terakhir yang wajib adalah pelembab muka selain sunscreen. Precious White Moisturizer mengandung Pro-Vitamin B3, Extract Sakura dan Chamomile oil sebagai anti-radang. Fanbo Precious White Moisturizer ini sesuai dipakai semua jenis kulit dan memang membuat kulit muka lebih lembap. Warnanya putih dan teksturnya tidak terlalu kental seperti milk cleanser dan sangat ringan bila diratakan ke seluruh wajah. Kak Bell sangat suka sebab pelembapnya mudah meresap dan baunya tidak terlalu kuat seperti produk lainnya.


Fanbo Gold Compact Powder

Untuk Fanbo Gold Compact Powder ni ada 6 variasi dengan nombor kod 01-Kuning Pengantin, 02-Natural, 03-Sawo Kencana, 04-Janur Kuning, 05-Kuning Langsat dan 06-Sawo Matang. Fanbo Gold Pancake dicipta untuk semua jenis kulit dan Kak Bell sekarang ada variasi kod 01, 04 dan 06.

Corn starch yang digunakan dalam bedak ini memang bantu menyerap minyak yang berlebihan pada kulit supaya tahan lama tetapi Kak Bell rasa ianya terlalu ringan untuk wajah Kak Bell. Mungkin Kak Bell dah terbiasa dengan face powder yang lebih tebal teksturnya. Walaubagaimanapun, compact powder Fando ni sangat jimat sebab datang dalam isian 20.5g berbanding dengan jenama lain yang lebih ringan. Packaging dia memang nampak old-fashioned macam zaman dulu-dulu. Memang nostalgia sangat!


Keseluruhannya, produk Fanbo Precious White series ni bagus dan Kak Bell suka bila menggunakannya. Tak perlu beli barang mahal-mahal sedangkan ada produk berpatutan yang setanding. Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut PGMALL, Shopee and Lazada.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang dibawah.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top