Review Tofu Cat Litter | Kenapa Tofu Cat Litter Bagus & Terbaik Untuk Kucing?

Hi semua! Semalam Kak Bell sudah kongsikan sebuah artikel tentang beberapa jenis cat litter yang selalu digunakan untuk litter box kucing iaitu Bentonite Clay, Crystal, Pine Wood dan Tofu. Untuk entri kali ini, Kak Bell akan review cat litter jenis Tofu. Bagi yang hendak ketahui tentang jenis-jenis pasir kucing yang ada di pasaran, boleh baca di sini > Jenis Cat Litter Untuk Kucing.

Ulasan Tofu Cat Litter

Sebelum ni memang Kak Bell dah pernah dengar Tofu ni tapi tak ada dijual di petshop berdekatan rumah. Masa PKP tempohari bukan main susah nak mencari stok pasir kucing disebabkan semua petshop tutup dan banyak juga yang kehabisan stok. Sebab itulah puncanya Kak Bell beli mana yang ada dan mencuba cat litter jenis Pine Wood dan Real Litter. Untuk Tofu ni pemilik petshop berkenaan ada cadangkan untuk Kak Bell guna tapi disebabkan Kak Bell tidak mempunyai info tentang Tofu, jadi Kak Bell kekal menggunakan pasir halus Real Litter + Pine Wood.


Kebetulan last week ke petshop Pantai Dalam, ternampak yang mereka dah mula menjual Tofu. Sebelum itu lagi, kawan Kak Bell si Pah Nelly dia pun dah tukar pakai Tofu. Katanya bagus, jadi Kak Bell pun beli dan ingin cuba. Pada mulanya Kak Bell rasa Tofu ni macam terlalu mahal sebab saiznya yang kecil dengan berat 6L. Kak Bell beli jenis Plant Cat Sands, pada packaging ada tulisan Korea dan China. Rupanya Tofu Plant Cat Sands ini diimport dari China dan ada 4 jenis flavour iaiatu Lavender, Peach, Green Tea dan Original.

Jenis Tofu Cat Litter Plant Cat Sands

Disebabkan harga promo 3 bag/6L untuk RM50 jadi sis beli. Kak Bell cuba flavour Peach. Walaupun nampak kecik, jangan menilai dek kerana rupanya sebab Tofu Cat Litter ni dah pun dipadatkan. Jadi kalau nak tahu banyak mana pastikan semak dia punya berat isian. Disebabkan dah ter'obses' dengan Tofu, harini Kak Bell beli pula Tofu jenama Cindy & Friends 7L, Flavor Original berharga RM25 (harga member RM20).

Tofu Cat Litter Perasa Peach

Kak Bell ada baca yang sesetengah pemilik kucing akan menggunakan tofu secara berperingkat, seperti cara pertukaran makanan kucing. Disebabkan Kak Bell malas hendak campurkan pasir dengan Tofu yang berlainan jenis, Kak Bell just sediakan 1 bekas dengan Tofu dan yang lain masih menggunakan pasir biasa. Awalnya semua anak bulus excited dan pergi menjengah litter box sebab ada bau ala-ala peach strawberi gitu. Jadi untuk beritahu kucing yang Kak Bell dah tukar pasir yang baru, Kak Bell letakkan seketul poo dengan urin yang tergumpal pasir. Kurang 24 jam anak bulus di rumah dah mula gunakan Tofu Cat Litter. Sekarang dari 7 litter box, 4 bekas dah gunakan Tofu Cat Litter.

Kenapa Tofu Cat Litter Bagus Untuk Kucing?


1. Selamat Untuk Kucing & Diperbuat Dari Bahan Semulajadi

Tofu Cat Litter ini 100% natural diperbuat dari bahan semulajadi daripada bahan by-product kacang soya. Ianya bebas bahan kimia dan bahan toksik, jadi tidak akan membahayakan kucing mahupun kita sendiri. Tidak seperti pasir jenis Bentonite Clay atau Silika, jika kucing termakan pasir yang melekat pada bulu atau tapak kaki (paw) mereka, ianya akan membahayakan usus kucing. Disebabkan bahan yang digunakan untuk Tofu Cat Litter adalah tofu/tauhu jadi ianya selamat untuk kucing jika termakan dan dapat mencegah gastrointestinal obstruction (usus tersumbat) pada kucing.

Jenama Plant Cat Sands-Peach

Soya Cat Litter Cindy And Friends
Jenama Cindy & Friends - Original

Tofu yang berasal dari kacang soya ini mempunyai tekstur yang lembut dan sangat delicate kepada kaki kucing yang sensitif. Jika ada isu pada tapak kaki kucing ni kita panggil Selulitis (boleh baca di sini untuk info lanjut).

2. Mesra Alam Eco-Friendly

Kelebihan tofu ni ialah 100% bio-degradable. Ianya mudah larut dalam air dan boleh dibuang atau di flush ke dalam mangkuk tandas. Tidak seperti pasir clay, keadaan tanah liat akan menyebabkan tandas tersumbat jika dibuang ke dalam toilet.


3. Tahap Penggumpalan & Serapan Baik

Tofu litter ni mempunyai tahap penyerapan yang sangat baik (Super Absorbency). Ia dengan cepat menyerap air kencing kucing dan meneutralkan bau urin kucing semasa penggumpalan. Tofu ni akan serap urin kucing dengan baik, cuma untuk poo, tofu akan serap lembapan dan bau dengan tahap gumpalan yang sedikit atau kurang bergumpal. Walaubagaimanapun still senang di scoop.

Tofu Cat Litter Flushable
Tofu Cindy & Friends

Tofu Plant Cat Sands

Kadar penyerapan tofu terhadap urin kucing, solid waste kucing dan kadar serapan bau adalah 5x lebih baik berbanding pasir clay. Kak Bell suka sebab senang nak scoop dan tak melekat pada litter box seperti pasir clay.

4. Kurang Bersepah & Bebas Debu

Disebabkan Tofu bergumpal baik ianya menjadikan proses pembersihan lebih mudah. Partikel zarah tofu yang berasal dari tumbuhan ini ada effect non-stick, tidak melekat pada litter box dan akan hasilkan gumpalan lebih kecil dan padat. Jadi Tofu ni lebih mudah di scoop semasa pembersihan.


Tofu juga tidak berdebu (dust-free) dan bagus untuk saluran pernafasan kucing. Sebelum ini Kak Bell ada gunakan pasir jenis murah, berdebu dan kucing Kak Bell terkena penyakit Asma Kucing. Nasib baik seekor sahaja yang kena dan alhamdulillah sekarang dah sembuh.

Buat masa ni, sepanjang penggunaan memang tiada debu untuk brand Plant Cat Sand dan juga Tofu Cindy & Friends. Jenama lain Kak Bell tak pasti. Bila dah pakai Tofu, tahap bersepah pun kurang berbanding pasir yang selalunya melekat pada kaki kucing.


5. Mengurangkan Bau Busuk (Odor Control)

Disebabkan kadar serapan yang baik, tofu ni juga akan menyerap bau. So far, memang kurang dan hampir tiada bau busuk. Kebetulan ada seekor kucing Kak Bell yang baru beranak dan tak nak duduk luar, jadi Kak Bell terpaksa letak litter box dalam bilik. Seriusly walaupun dia pee and poo, tak ada bau busuk macam sebelum ni.

Tofu Cat Litter Selamat Dimakan Kucing

Sekarang Kak Bell pakai flavor peach dan original. Untuk bau origal tu memang sebijik bau soya sampai kucing di rumah ni nak makan. Kalau gunakan pasir clay, awal-awal sahaja bau wangi. Lepas 3,4 kali digunakan terus hilang baunya.

6. Mudah Diuruskan Dan Larut Air

Gumpalan tofu ini memang sangat mudah diuruskan dan mudah terbiodegradasi bila terkena air. Jadi boleh terus buang ke dalam mangkuk tadas atau dijadikan baja tumbuhan. Ketulan tofu ni juga padat, tidak melekat dan memudahkan proses pembersihan.

Tofu Cat Litter Larut Air
Tofu

Tidak Melekat Seperti Bentonite Clay
Bentonite Clay

Walaupun boleh terus dibuang ke dalam tandas, untuk mengelakkan berlakunya perkara tak diingini, Kak Bell masih scoop dan buang ke tong sampah bawah rumah. Jadi tak perlu risau sebab ianya akan senang terkompos berbanding pasir yang akan menyulitkan bila menjadi tanah liat.

Sepanjang Kak Bell bela kucing, pendapat Kak Bell jenis Tofu ini paling bagus sebab memudahkan dan eco-friendly. Kucing pun tidak mudah terkena penyakit atau alahan yang disebabkan oleh pasir kucing. Separuh bag tofu untuk 1 litter box saiz sederhana pun dah memadai atau boleh sahaja agak-agak dalam 3cm ke 5cm. 

Untuk harga Kak Bell rasa masih ekonomi sebab banyak kelebihan menggunakan Tofu Cat Litter ni. Buat masa ini Kak Bell cuma gunakan brand Plant Cat Sand 6L (3 bag RM50) dan Cindy & Friends 7L (RM20). Lepas ini memang Kak Bell akan terus pakai Tofu dan gantikan penggunaan pasir dan pine wood sepenuhnya.

CONVERSATION

15 comments:

  1. Menarik idea tofu cat litter ni sis, nampak lebih mesra alam dan lebih senang diuruskan..

    ReplyDelete
  2. Nampak lagi bagus guna tofu ni. Satu sbb organik so selamat & soft pada kucing. Then mudah nk urus masa. Boleh flush je dkt tandas. Senang kerja kita kan.

    ReplyDelete
  3. Ya harganya memang not bad kerana berkualiti kan? Yang penting si kecil (kucing) juga rasa lebih selesa. Selain itu senang jugak untuk diuruskan.

    ReplyDelete
  4. kalau biodegradable cat litter memang 💯 rekemen. dulu pernah bela kucing lebih 20 ekor. memang guna yang ni

    ReplyDelete
  5. Thanks kak bella share posting ni. Haha kita boleh bgtau hubby ada pasir kucing menarik xde bau.. Boleh bela kucing.. Hihi

    ReplyDelete
  6. Lepas baca review ni rasa nak cubalah beli dan tukar, nampak mudah dan bagus plak guna tofu ni..

    ReplyDelete
  7. Oo bagus ni ek wak. Kucing kte tak guna ni plak..dia berak dln bathtub kte hahha..biadap kan?

    ReplyDelete
  8. omg! this is the exact brand that i tgh guna utk my cat too. (nama kucing sy pn Bella jugak haha). i love that it is so easy to clean, and the colours and fragrances are very attractive features too!

    ReplyDelete
  9. Bagus ni bella terutama oada mereka yg bela kucing. Tq sharing this

    ReplyDelete
  10. Hi kak, kucing sy asal pergi litter box terus dia makan benda tu 🤦🏻‍♀️ kita takut plak lain yang jadi lepas makan tu😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Meow kecik lg ke? Tp ni dari tofu kurang bahaya sket dr pakai pasir. Kena ajar la jgn bg mkn. Hehe. Depa ni kdg2 mcm kita tk bg mkn. Semua benda dia nk makan. Hehe

      Delete
  11. I nak tanya harga pasir kucing utk jual...boleh u contact i 01127573064

    ReplyDelete
  12. Hai kak bell,Sy ad bela dkt 50 ekor kucing..jenis apa akk suggest untuk Sy gunakan?skrg Sy guna pasir biasarenyah sikit kerja..time ksh kak.hrp reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada duit lebih mungkin boleh pakai pasir yang mahal sikit supaya lebih tahan dari pasir murah. Dah cuba jenis Tofu?

      Delete

Back
to top