Kena Kompaun RM1000 Jika Tak Check-in Aplikasi MySejahtera?

Korang ada mengimbas QR code untuk check-in MySejahtera? Korang gunakan kamera handphone untuk imbas QR Code atau gunakan Aplikasi MySejahtera untuk mengimbas? Sebelum teruskan pembacaan, cuma nak bagitahu yang tujuan entri ini adalah sebagai awareness dan peringatan bersama bagi yang tak alert macam sis. Just sharing as an unexpected experience. Kalau jenis mudah panas, tak boleh tolerate dan tidak membina disarankan tak payahlah teruskan pembacaan.


Kisahnya semalam Kak Bell pergi ke MyNews TTDI. Disebabkan tiada barang yang di cari, pekerja MyNews suggest pergi outlet MyNews Aminuddin Baki di area berdekatan juga. Sebelum masuk mestilah sis akan imbas kod depan pintu. Memang sudah jadi perkara wajib ikut SOP sebelum masuk ke premis kan. Sementara tunggu kereta untuk pick-up sis sampai, lepak dulu dalam kedai. Lagipun tengah bawa 8 cup kopi dengan barang lain untuk kawan-kawan di office, jadi inconvenient la nak duduk tunggu di luar kedai.


Kemudian nampak kereta polis parking depan MyNews dan 3 org polis masuk buat check. Masa tu kami bertiga dan polis minta tunjukkan bukti dah scan MySejahtera. 2 daripada kami mengimbas guna kamera handphone sahaja dan submit form yang kita ingatkan akan link ke MySejahtera app. Rupanya tidak! Nasib baiklah kawan Kak Bell tu ada screenshot dan dia terlepas. Kejadian tu lewat 3,4 saat sahaja sebelum kereta sampai. Cubalah kami semua keluar sebelum polis tu masuk. Mulanya memang dah nak keluar, tapi kereta belom sampai, jadi kami tak jadi keluar dan duduk dalam premis. Dah takdir nak terkena kata orang!


Saman RM1000 Jika Tak Check-in & Pakai Mask Penutup Mulut

Kebiasaanya memang Kak Bell akan screenshot status check-in tetapi tidak pada hari semalam. History pada browser juga dah hilang dan tak dapat dijadikan bukti. Inspektor berbangsa India dengan 'tegas' nya menyuruh 2 org polis Melayu terus mengeluarkan kompaun. Ya, RM1000 kompaun kerana kesalahan tidak mengimbas MySejahtera dan butiran peribadi.

Borang Manual MySejahtera
Pautan form jika scan pakai kamera handphone

Kejadian semalam memang tak nampak akan adanya budi bicara polis berkenaan. Kak Bell bagi IC dan saman ditulis. Justify macam mana pun, sebab tak ada bukti dan terpaksa redha. Kesian pekerja MyNews bangsa Myanmar tu kena marah dengan polis tu dan Kak Bell rasa dia tak ada kena mengena pun. Kalau ikutkan cara mereka pun memang tak boleh nak bertekak atau justify yourself.

Tentulah rasa macam tak adil sebab Kak Bell memang tak perasan pun kalo goverment kata 'WAJIB pakai app sahaja' untuk mengimbas kod QR di premis. Isu sekarang Kak Bell tak SS pula check-in semalam sebab selalunya memang sis akan SS.

Maklumat Check-in MySejahtera

Harini sis ke balai sebab salah seorang polis tu cakap nanti semak semula di balai. Sementara tu adalah refer Mysejahtera Helpdesk dan tunggu feedback. Tetapi balasannya, history check-in hanya boleh diperiksa jika mengimbas menggunakan aplikasi.

Sampai balai, belum habis bercerita, abang polis di kaunter terus tinggi suara suruh bayar ajela saman tu. Kawan sis terus justify barulah nak cakap elok-elok. Awatla tak berbudi bicara dengan baik sedangkan kita ni sedang bertanya dengan baik. Kecewa jugalah dibuatnya. 

Lepas diberitahu, urusan adalah bawah KKM jadi sis call Pejabat Kesihatan Daerah dimana tempat kena bayar kompaun seperti yang tertera pada surat saman. Bila dah berurusan dengan goverment, kena paham-paham ajelah sampai 3,4 kali transfer department. PKD kata mereka tak dapat hendak trace history tersebut dan kena rujuk KKM. Kak Bell call KKM. Then transfer pulak ke bahagian MySejahtera. Depa kata tak boleh jugak check history.

Semakan History Aplikasi MySejahtera
History check-in di app

Persoalan sekarang QR Kod yg diimbas tu, datanya ke mana? Tak kanlah sampai form yang disubmit tu tak dapat disemak? Nasib baiklah org ke-4 yg Kak Bell call cakap akan semak dahulu dan akan call semula. Lepas 30 minit terima call dan Kak Bell diminta pergi ke PKD, buat rayuan untuk KKM semak semula. RM1000 kot kan..bukannya kita tak scan. Lainla kalo dah memang salah. Terima kasih sangat pada abang tu sebab berborak lama dan beri cadangan proses dengan hemah. Sekurang-kurangnya kita ni bolehla lega sedikit kan.


Sebaik-Baiknya Scan QR Code Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Katanya ramai alami nasib yang sama, menurut pegawai di PKD dan juga abang dari MySejahtera tu, KKM sendiri tidak mewajibkan pakai aplikasi MySejahtera dan membolehkan saje scan manually pakai kamera handpone. Katanya tidak mewajibkan pakai aplikasi Mysejahtera sebab ada yang pertikaikan data peribadi PDPA. Jadi perlulah ada penambahbaikan. Take note ya, ini adalah kata-kata dari abang MySejahtera tu, bukannya dari mulut sis.

Cara Scan QR Code MySejahtera

Rasanya mesti dah ramai kena macam ni. Scan QR kod tapi tak ada bukti untuk menidakkan sabitan tersebut. Nanti sampai ke court pula sebab nak merayu tak bersalah dan tidak setuju byr RM1000 tu. Hmmm.

So next week Kak Bell akan pergi PKPD untuk rayuan dan tengok macam mana sebab KKM sahaja yang boleh trace balik. Now nak email sekali lagi ke MySejahtera. Ironinya tolongla imbas QR kod pakai aplikasi MySejahtera sebab ada history check-in. Kalau manual pakai kamera handphone, silalah screenshot atau tulis sahaja kat buku. Senang cite🤧

Kalau kaya takpelah bayar. Mungkin kalau dah rimas malas pening kepala, hujung-hujung kena bayar juga. Tapi kena charge RM1000 sebab tidak mengimbas MySejahtera, memangla rasa tak adil sebab memang kita dah scan. Kalau kita tak bersalah, tak buat suatu perkara tapi tetap disabitkan, mestilah rasa kurang puas hati. Ada sesiapa kat sini yang ada pengalaman macam ni? Boleh tak ajar sis macam mana nak buat?

CONVERSATION

4 comments:

  1. Huhu cam sedih lak rasa sebab memang dah scan pastu kena lg huhu..

    ReplyDelete
  2. Aduhhhh.. Boleh plak tak naik kt history eh.. Bahaya gila.. Saya kdg2 nak cepat kak bel kalau brg penuh kt tgan.. Saya tulis dkt form ja... Kalau mcm tu pun kena jugak ka 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis kat buku pun ok. Ada kes polis call satu2 nombor kat dalam buku ye.

      Delete

Back
to top