SUDIO NIO Fon Telinga Tanpa Wayar Sebenar Terbaru Dari SUDIO Sweeden (15% Diskaun)

Fon telinga tanpa wayar atau airbuds bukanlah sesuatu yang baru di pasaran. Selepas Apple mengeluarkan AirPods, banyak syarikat pengeluar telefon Android turut mula mengeluarkan fon telinga tanpa wayar seperti Apple. Sebelum adanya inovasi fon telinga tanpa wayar ni memang agak leceh bila mendengar musik dengan wayar fon telinga yang berbelit dan tak boleh bergerak bebas. Bermula tahun lepas, Kak Bell dah mula menggunakan wireless earphones dari salah satu jenama Android tempatan. Bagi yang sukakan musik kuat untuk kepuasan memang wajarlah guna fon telinga tanpa wayar yang amat memudahkan dan versatil.


Sekarang Kak Bell dah ada 2 unit wireless earphone sebagai koleksi dan bulan lalu Kak Bell telah dilamar oleh SUDIO Sweeden untuk mencuba model terbaru fon telinga tanpa wayar mereka iaitu SUDIO NIO! Jom baca lebih lanjut untuk mengetahui apa yang menarik tentang fon telinga tanpa wayar terbaru SUDIO NIO ini.


SUDIO NIO Yang Versatil Dengan Kualiti Audio Suara Luar Biasa

Sudio adalah sebuah syarikat teknologi audio yang berpusat di Stockholm, Sweden dan ditubuhkan pada tahun 2012 dengan matlamat penghasilan peranti audio premium yang memenuhi standard bunyi, rekabentuk dengan gaya sederhana. Untuk koleksi aksesori audio tanpa wayar SUDIO sebelum ini adalah Sudio Tolv, Sudio ETT, Sudio Tolv R dan Sudio Fem. Kak Bell pernah dengar jenama ni tetapi ini adalah kali pertama Kak Bell gunakannya.

SUDIO NIO ini dilancarkan pada 11 Januari 2021 dan merupakan buah tangan terbaru Sudio Sweden yang menampilkan kualiti suara yang luar biasa, versatil dengan keselesaan tinggi pada harga yang mampu milik.

“Nio bridges a wide gap in the earphone market,” says Sudio CEO Johan Gawell. 
“The market has become very divided for the average consumer who values sound quality. Most true wireless earphones are simply out of reach, and Nio is designed to bridge this gap by providing an accessible listening experience. The beauty of Nio is its versatility, offering something to every segment of the audio market.Great sound, great fit, great price.”


Pilihan Warna

Terdapat empat warna pilihan bagi Sudio NIO iaitu hitam, putih, hijau, dan warna pasir (neutral hue sand color). Warna sand adalah warna terbaru dan eksklusif untuk Sudio NIO yang baru dilancarkan. Kak Bell sudah mempunyai koleksi wireless earphone berwarna putih dan kuning, jadi Kak Bell memilih warna hitam untuk koleksi terbaru dari Sudio. Bila tengok semula warna sand ni lawalah pula!

Aksesori

Dalam kotak Sudio NIO dibekalkan 1 kabel USB, 1 kain pengelap kecil dan 4 wing tip dengan saiz berbeza mengikut kesesuaian dan keselesaan telinga pemakai.


Rekabentuk

Dari segi rekaan, kedua-dua belah fon telinga ini mempunyai rekaan yang sama. Ada Touch panel control, lampu LED, adaptive dual mikrofon (ADM) dan pin copper untuk pengecasan di bahagian bawah fon telinga nirwayar Sudio. Bekas simpanan yang berfungsi sebagai pengecas mempunyai warna yang sama dengan fon telinga tanpa wayar tersebut dan kedua-duanya dibuat dari plastik.
Kedua-dua earphone wireless NIO ini menggunakan touch panel control dan automatic pairing. Jadi tidak perlu menekan butang dan hanya sentuh pada panel tersebut. Terdapat butang reset di bawah bekas penyimpanan dan port pengecas ada di bahagian kanan bekas simpanan. Untuk mikrofon, Sudio NIO menggunakan teknologi mikrofon dwi adaptif yang akan batalkan bunyi bising ketika membuat atau menerima panggilan.


Spesifikasi

Kuasa bateri pada earbuds adalah 35mAh, manakala bateri pada bekas simpanan adalah 400mAh. Menurut Sudio, Sudio NIO boleh bertahan selama lebih 5.5 jam hingga 20 jam (termasuk penggunaan bersama dengan bekas). Bekas penyimpanan mengambil masa 90 minit untuk dicas penuh. Pemacu audio yang digunakan bersaiz 10MM dengan 2 lubang udara untuk melegakan tekanan telinga dan menjanjikan pengalaman audio yang baik.


Sudio NIO juga mempunyai perlindungan IPX4 dan muzik tidak akan berhenti kerana peluh atau hujan dan menjadikan NIO sangat sesuai digunakan ketika menaiki kenderaan atau aktiviti berlari.

CONSTRUCTION

True Wireless
Touch panel control
IPX4 Splash Proofing (waterproof)
Play Time: 5.5 hours (one charge)
Total playtime: 20 hours
Charging type: USB Type C
Time to full charge: 90 minutes/1.5 hours
Battery (case): 3.7v, 400 mAh
Battery (earbuds): 35 mAh

AUDIO SPECIFICATIONS
Driver size: 10 mm
Frequency range: 20Hz – 20KHz
Impedance: 32Ω
Sensitivity: 114dB

BLUETOOTH®
A2DP v1.3/AVRCP v1.5/HFP v1.6
Version: Bluetooth 5.0
Bluetooth range: 10 meter

Notes:
IPX4: Is resistant to water splashes from any direction.
IPX5: Can resist a sustained, low-pressure water jet spray.
IPX6: Can resist high-pressure, heavy sprays of water.


Harga

Nio dijual pada harga $79 USD di Sudio.com (RM359).


My Verdict

Sebelum ini Kak Bell gunakan airbuds Realme. Disebabkan Kak Bell tak pernah gunakan earphone wireless yang lain jadi pendapat Kak Bell hanya perbandingan di antara jenama ini sahaja.


Untuk saiz bekas simpanan yang berfungsi sebagai pengecas ini saiznya lebih kurang sahaja dengan realme. Cuma lebih lebar sedikit dari 45.3 mm. Sudio NIO masih versatil, mudah di bawa ke mana-mana dan di simpan. Untuk 4 saiz wingtip tu, Kak Bell selesa pakai saiz yang ke-3 yang muat selesa di telinga. Wingtip getah yang saiz paling besar tu ok, bunyi lebih kuat sebab betul-betul menutupi lubang telinga tetapi buat telinga rasa sakit selepas beberapa masa. Yang penting, rekaannya minimalis tetap elegan dan versatil.


Sudio NIO mempunyai bass yang memuaskan berbanding realme tatapi realme ada Dynamic Bass Boost Driver yang menghasilkan bunyi yang lebih kuat. Walaupun Kak Bell dah naikkan volume ke tahap paling tinggi untuk Sudio NIO, volume airbuds realme masih boleh dikuatkan lagi. Mod pembatalan hingar (Noise Cancellation) bagus, sampai kawan bercakap sebelah pun kita tak akan dengar. Yang penting kena pakai airbuds NIO ni betul-betul dengan wingtip yang sesuai supaya muzik yang di dengar tidak bocor keluar.


Ketika memandu, Kak Bell rasa kurang puas mendengar NIO sebab kurang kuat. Jika mendengar di tempat sunyi, dalam bilik memang akan dengar clarity dan bunyi bass Sudio NIO yang seimbang dan dinamik macam bunyi dalam studio. Ni Kak Bell bezakan kadar kekuatan volume untuk Sudio NIO dengan realme airbuds. Walaupun kurang kuat sedikit, tapi bila layan video 4K Taylor Swift Tour ni memang power bunyi dia. 



Mana-mana jenis muzik pun sangat jelas dan sangat memuaskan untuk pendengaran dalam jangka panjang. Thanks to its 10mm driver!

Dengan perlindungan IPX4 Splash Proofing, ianya anti-peluh dan muzik tak akan berhenti jika sedang melakukan aktiviti dan berpeluh. Ketika terima panggilan, sedang mendengar muzik, kedua-dua belah airbuds NIO ni berfungsi dengan kualiti audio yang baik.


Kemudian Sudio NIO ini tak ada sensor untuk wear detection dimana apabila set fon telinga ini dicabut dari telinga muzik yang sedang dimainkan tidak akan berhenti seperti airbuds Realme yang Kak Bell sedang pakai. Jadi kena pause muzik atau video tontonan pada handphone. Touch panel NIO sangat sensitif dan Kak Bell selalu Auto Play/Pause ketika membetulkan NIO di telinga. Untuk support touch panel sama sahaja dengan airbuds lain. Untuk pause/play sekali tap, next song 2 kali tap dan untuk naikkan volume tap 3 kali bahagian kanan earbud NIO dan vice versa.


Proses penyambungan bluetooth-nya pula agak baik dan ada juga kadangkala sebelah tiba-tiba tidak berfungsi dan lambat untuk pairing semula. Selepas masukkan ke telinga, earphone NIO akan auto-on dengan bunyi 'power on' untuk kedua-dua belah dan kemudian notifikasi 'pairing successfull'. So far kualiti bunyi & prestasi Sudio NIO masih terbaik dengan kelebihan bunyi bass yang dinamik pada harga yang standard mampu milik. Kalau anda hendak mencuba keseronokan menghayati musik, boleh cuba dengan mendengar lagu 8D.

Bagi anda yang ingin mencuba Sudio NIO terbaru, boleh dapatkan 15% diskaun dengan kod BELLANIO. Jangan lupa mendaftar di Sudio SPHERE dengan keahlian percuma, extended warranti, menjadi pelanggan awal untuk produk baru serta promosi lain. Penghantaran adalah percuma ke seluruh dunia dengan jaminan antarabangsa 3 tahun dengan Sudio SPHERE.

15% off code: BELLANIO
FREE Delivery Worlwide
3 Years Sudio SPHERE Warranty
Beli di sini > SUDIO NIO


Maklumat lanjut boleh rujuk di bawah:

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top