Selulitis Pada Tapak Kaki Kucing (Cellulitis On Cat's Paw Pad)

Hi semua, Hari ini Kak Bell hendak berkongsi tentang jangkitan pada tapak kaki kucing (paw pad). Bulan lepas kucing Kak Bell Miki mengalami jangkitan pada tapak kaki dan didiagnos terkena jangkitan Selulitis (Cellulitis) dan 3 ekor yang lain mengalami Rodent Ulser. Buat masa sekarang semuanya sudah sembuh dan Kak Bell akan berkongsi tentang Rodent Ulser pada entri yang akan datang.

Pada mulanya, Kak Bell perasan Miki tidak berjalan normal dan bergerak dengan mengangkat kaki kiri dia. Terhencot-hencot dia berjalan. Bila Kak Bell periksa keadaan kaki dia nampak tiada luka dan Kak Bell rasa berkemungkinan kaki dia terseliuh. Bila Kak Bell nak tengok kaki dia, dah tentunyalah dia mengelak. Jadi Kak Bell cuba dahulu monitor keadaan dia dalam beberapa hari.


Selepas beberapa hari, Kak Bell perasan yang Miki kerap menjilat tapak kaki dia dan setelah Kak Bell periksa sekali lagi kaki dia dan mendapati tapak kaki Miki sudah sedikit bengkak, berwarna merah dan bulu di bahagian tapak kaki dia dah gugur. Untuk rawatan awal, Kak Bell cuma letak ubat gamat dan tidak letak iodin sebab nampak tidak seperti luka. Setelah bawa ke Hospital Veterinar Gasing, doktor veterinar mengesahkan Miki mengalami selulitis.

Jangkitan Pada Tapak Kaki Kucing

Jangkitan pada tapak kaki kucing sebenarnya berbahaya pada kucing kerana kesan jangkitan tersebut boleh merebak ke bahagian lain badan dan membuat kucing sakit. Jangkitan boleh menyebabkan kucing demam berterusan selama beberapa hari dan boleh mengakibatkan suhu badannya naik ke paras yang berbahaya. Jangkitan ini merebak melalui tisu dan menyebabkan selulitis. Bukan sahaja pada tapak kaki, bahagian lain badan kucing juga boleh mengalami selulitis.

Selulitis (Cellulitis)

Selalunya selulitis ini terjadi akibat daripada luka dan seterusnya bahagian tersebut mengalami jangkitan. Bezanya jangkitan tersebut merebak melalui tisu badan kucing. Diantara tanda dan gejala jangkitan bakteria pada tapak kaki kucing adalah seperti ada kesan kemerahan (inflammation), bengkak, kegatalan, dan terdapat cecair nanah (drainage/abscess). Ubat yang akan diberi adalah antibiotik oral atau ubat krim sapu topikal bergantung kepada tahap jangkitan tersebut.


Penyebab Utama Selulitis?

Selulitis berlaku apabila bakteria streptokokus dan staphylococcus masuk kebahagian luka atau tisu yang terluka dan mengakibatkan jangkitan. Terdapat juga kes yang lebih serius disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureus (MRSA).

Bagi punca jangkitan pada tapak kaki Miki tidak dapat dipastikan. Tak ada pula dia bergaduh dengan kucing yang lain dan Miki memang sepenuhnya di dalam rumah sahaja. Vet beritahu mungkin juga Miki telah terpijak bahan yang mengakis seperti klorox. Sebelum ini tiada kejadian yang pelik-pelik walaupun Kak Bell mengemop lantai. Jadi lepas ini kena lebih berhati-hati dan pastikan lantai dibilas bersih dengan air bersih. Mungkin juga Miki terpijak benda lain yang tidak diketahui. 

Rawatan

Kesan inflammation tersebut amat sakit pada kucing dan jika tidak cepat dirawat kawasan jangkitan akan bernanah dan meyebabkan jangkitan ke dalam bahagian dalaman kucing. Selulitis yang tidak dirawat akan berkembang menjadi abses/bernanah. Jika kawasan jangkitan sudah bernanah, nanah perlu dikeluarkan, dibersihkan dengan air masak suam dan disapu krim dan makan antibiotik.



Selulitis pada tapak kaki Miki masih diperingkat awal dan cuma terdapat sedikit sahaja nanah di kawasan permukaan. Tapak kaki Miki dibersihkan dengan saline water dan disapu krim Polybamycin. Vet beritahu selulitis pada tapak kaki ni memang menyebabkan kucing rasa yang amat sakit. Terkejut sangat bila Kak Bell tengok warna merah pada paw dia tu. Kesian Miki.


Untuk kes Miki, dalam masa kurang seminggu tapak kakinya dah sembuh. Setiap hari tapak kaki yang mengalami selulitis dibersihkan menggunakan air suam, gunakan kapas bersihkan semua kotoran, nanah dan lapisan pada tapak kaki kucing dan sapukan ubat 2 kali sehari. Miki tidak diberikan antibiotik dan cuma sekadar rawatan biasa dengan krim Polybamycin.


Luka pada tapak kaki kucing biasanya akan sembuh tetapi mengambil masa yang agak lama. Jika luka kucing dan selulitis masih belum sembuh setelah seminggu, kelihatan masih bengkak dan berair, kucing perlu dibawa semula berjumpa veterinar.

Rupa-rupanya, tapak kaki kucing juga terdedah kepada penyakit begini. Iyalah, kucing mana ada alas kaki untuk tutup paw dia dari bahaya dan terdedah kepada luka dan jangkitan. 


2 tanda yang menunjukkan ada yang tidak kena pada kaki kucing anda adalah kucing akan sentiasa menggigit dan menjilat tapak kaki secara berlebihan dan kerap dan juga kucing tidak berjalan di atas kakinya secara normal. Jika kucing menunjukkan tanda-tanda ini, pemilik kucing mestilah memeriksa keadaan kaki mereka kerana pasti ada yang tidak kena dan bawalah berjumpa dengan vet anda.

CONVERSATION

12 comments:

  1. Good sharing sis. Baru tahu yg tapak Kaki kucing boley juga terdedah dgn pelbagai bakteria. Sebab tu ada org nak cinta kasut utk kucing. Huhuhu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kawasan yang terdedah kan. Comel meow. Hehe.

      Delete
  2. Kucing saya bru kena. Kecik lgi . Bwk pergi vet , vet boleh ckp tktau punca and ni first kes dorg. Haihh . Just bgi antibiotik utk makan dan sapu iodine dan cream . Tpi lps sapu ubat msti dia jilat2 paw balik kasi licin . Aduhai mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Awak kn baea kitty ke Hospital Vet atau cuba refer vet lain. Kucing kecik susah takde collar. Kena diy kolar tak bg dia jilat.

      Delete
  3. Hai nak tanya, slain dri polybamycin, agaknya boleh pkai cream lain( yg ada kt rumah)tak smntra tggu cari polybamycin.. kucing sy dh 2 hari demam n sakit sbijik mcm kes sis.. tp time hntr vet, dktr just belek tapak kaki sminit je dh ckap yg kucing sy mgkin alergic kutu. Pdhal bru je mandi 2 hari sblum tu.. n sy mmg bgi kucing mandi skali smggu pun xpnah lgi nmpk kutu slma ni. Bgi ubat kutu lpas tu balik rmh tp kucing still demam malah makin truk. Last2 serch kt google nmpk blog ni rupa2nya sbijik mcm kes sis ni. So skrg xtau mna nak cari polybamycin, tp cream lain ade lh kt rmh ni.. dh kaji ingredient pun 80% sma mcm polybamycin. Boleh pkai ke cream gatal lain tu?

    Dan satu lagi, mcmna cara nak buat kucing kita makan mnum sbb dh dua hari lgsung xnak mkn minum, buang air besai/kecil.. risau la makin lama makin xbrmaya kucing sy.. dh lh xde ubat.. hrp sis boleh tlong share pndpat sy. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lala. Maaf baru baca. Peliknya kenapa vet tu boleh belek-belek aje. Benda tu luka sebab paw dia terkena bahan yang corrosive atau pijak benda sampai dia luka. Boleh letak gamat sahajalh untuk sementara dan kena bawa pergi vet semula. Kalau allergic kutu mesti badan2 dia yang akan gatal2, dari pengalaman sis la. Kalau dah tak makan minum macam dah bahaya takut kuman dah merebak. Kak Bell harap awak refer klinik lain dan hope kucing awak sembuh.

      Delete
  4. Assalammualaikum kalau kucing kakiluka tercucuk benda tajam camane nk rawat dah dekat sebulan tp masih bengkak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kena bawa ke vet. Kalao teruk, bakteria merebak akan kene jangkitan lain pula dan bahayakan meow.

      Delete
  5. berapa kos rawatan dia sis bella?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos bgantung pd klinik. Cuma caj consulatation dgn ubat sapu je kalau tak teruk. Sis lupa bwh 100 rasanya.

      Delete

Back
to top