Rimau Tersingkir Di Episod Minggu Ke-2 The Masked Singer Malaysia

Jumaat lepas berlangsung episod minggu kedua rancangan The Masked Singer Malaysia. Minggu ini 11 peserta kembali bertanding di pentas The Masked Singer Malaysia. Untuk recap minggu lalu peserta dalam kostum Nasi Lemak tersingkir iaitu pemain hoki negara, Dato Mirnarwan Nawawi.

Dengan bersemangatnya untuk minggu ini Kak Bell nak saksikan kehebatan peserta di minggu kedua akhirnya punah disebabkan tiada siaran penuh di YouTube. Hanya 2 orang peserta sahaja yang dapat ditonton melalui Live+ Astro. Nampak gayanya macam Big Stage jugalah, terus Kak Bell stop ikuti. Walaubagaimanapun, Kak Bell tetap tak berputus-asa, gigih muat turun aplikasi Astro GO untuk tonton The Masked Singer Malaysia episod 2. Terima kasih buat kawan sis Pah Nelly bagi share id untuk Astro GO. Dapatlah Kak Bell buat sikit perkongsian untuk episod minggu kedua!


EPISOD 2 THE MASKED SINGER MALAYSIA

Persembahan minggu kedua dimulakan dengan persembahan lagu Goyang Upin Ipin yang memang menceriakan. Kalau korang tonton memang best sampai terasa nak bergoyang sama. Kebanyakkan peserta minggu ini membawakan lagu bergenre rock dan dangdut. Boleh dikatakan lebih dari separuh peserta membawakan lagu dengan lebih baik. Pada Kak Bell untuk minggu kedua, penyanyi wanita mengungguli persembahan nyanyian dengan lagu menarik dan vokal yang baik. 

Semasa menonton, Kak Bell jangka peserta yang akan menjadi pilihan kesemuanya penyanyi wanita. Diantara peserta favourite Kak Bell di minggu kedua adalah Bunga Raya, Wau, Rajah Brooke dan Rafflesia. Minggu ini Orang Utan still maintain dan pujian harus diberikan juga kepada Ayam Jantan yang membawakan lagu Hukum Karma/Wings.


Kalau bab tekaan dari panel juri, Kak Bell malas nak komen sebab Kak Bell pun tak dapat nak teka siapa di balik topeng tu. Bila dengar Wau menyanyi terasa macam Datin Alyah pun ada. Yang penting bukan Ramlah Ram ya sebab sah-sah kite boleh kenal tone suara Ramlah Ram. Entahlah, tunggu sahajalah kejutan di setiap akhir episod ni nanti.

RIMAU TERSINGKIR DI MINGGU KE-2

Minggu kedua menyaksikan Bunga Raya mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Hareudang Hareudang nyanyian asal Vita Alvia dan tepat sahaja jangkaan Kak Bell yang penyanyi wanita melonjak di tangga teratas. 3 peserta dengan markah terendah adalah ABC, Musang King dan Rimau.

Akhirnya, Rimau yang dipakai oleh penyanyi dan pelakon Ebby Saiful yang menyanyikan lagu I Want You To Love Me dendangan asal Alif Satar berada di kedudukan paling bawah dan tersingkir di minggu kedua.


Berikut merupakan senarai persembahan, lagu nyanyian dan markah yang diperolehi pada konsert minggu kedua:

#1 Bunga Raya (Hareudang Hareudang/Vita Alvia) : 84.00%
#2 Orang Utan (Pop Yeah Yeah/VE) : 84.00%
#3 Wau (Melompat Lebih Tinggi/Sheila On 7) : 81.00%
#4 Rafflesia (Goyang Bali/Mas Idayu) : 81.00%
#5. Rajah Brooke (Akhirnya Kini Pasti/Anita Sarawak) : 80.00%
#6 Ayam Jantan (Hukum Karma/Wings) : 79.00%
#7 Reno (Lelaki Di Telefon/Afieq Shazwan) : 75.00%
#8 Enggang (Cek Mek Molek/Dato' M. Daud Kilau) : 71.00%
#9 ABC (Sangat Cute/Harith Zazman) : 70.00%
#10 Musang King (Pencuri/Mark Adam) : 69.00%
#11 Rimau (I Want You To Love Me/Alif Satar) : 69.00%


Jadi korang dapat teka tak siapa agaknya peserta-peserta di sebalik topeng The Masked Singer Malaysia ni? Nampak gayanya kena nantikanlah keputusan setiap episod untuk ketahuinya!

Kredit:
Gambar dari Astro dan Astro Gempak

CONVERSATION

3 comments:

  1. Wow tak tahu pun ada rancangan realiti like this. Menarik juga konsepnya. Jemput join my segment. Dah nak tamat! :)http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. ok tak tengok lagi episode ni. huda jadi nak tengok sebab macam nak tahu sangat siapa disebalik topeng. susah nak teka ek. haha. even kat rumah pun sibuk meneka ni, kihkihkih.

    ReplyDelete

Back
to top