Pasir, Cat Litter Jenis Apa Yang Terbaik Untuk Kucing?

Hi semua. Sebelum ini Kak Bell ada kongsikan tentang Tip Memilih Makanan Kucing, Tip Bagi Kucing Makan Ubat dan juga yang lain-lain. Dalam entri Tip Persediaan Bela Kucing, ada Kak Bell senaraikan beberapa barangan yang diperlukan untuk menjaga seekor kucing. Antaranya ialah pasir kucing (cat litter). Pasir kucing mestilah item yang penting sebab ianya keperluan asas untuk kucing menunaikan hajat mereka.


Setelah hampir 10 tahun membela kucing dan sekarang pun dah mencecah 20 ekor, pelbagai jenis pasir kucing telah Kak Bell cuba. Yang mahal, murah, memudahkan dan bahkan yang melecehkan proses membersihkan bahan buangan kucing. Walaubagaimanapun, pemilihan cat litter ini juga bergantung pada kucing itu sendiri. Kadangkala ada juga yang lebih suka membuang di tandas berbanding menggunakan pasir yang disediakan.


Ada yang memilih jenis pasir dengan bau yang sedap seperti bau kopi, charcoal dan sebagainya. Disebabkan Kak Bell ada kucing yang banyak, jadi Kak Bell lebih fokus kepada jenis pasir yang menjimatkan, selamat untuk kucing dan paling penting tahap keupayaan pasir untuk 'clumping' supaya memudahkan proses pembersihan kelak.


Di pasaran terdapat pasir kucing jenis Bentonite Clay, Crystal, Pine Wood dan Tofu. Dalam 4 jenis pasir tu, Kak Bell cuma belum pernah cuba yang jenis Crystal. Pada awal-awal memang pakai pasir biasa tu lah dan kemudian guna Pine Wood untuk sebahagian bekas litter kucing dirumah. Sekarang Kak Bell dah mencuba cat litter jenis Tofu dan ternyata Tofu Cat Litter paling Kak Bell suka dan bagus.


Jenis-Jenis Cat Litter


1. Bentonite Clay

Pasir jenis ni memang paling ramai orang guna. Ada banyak jenis yang murah, sedang-sedang atau pun yang mahal. Kak Bell pernah pakai Love Cat, Fussie Cat, Glory Cat, Real Litter dan macam-macam lagi. Walaupun terdapat pilihan pasir dengan pelbagai bau, even pakai bau kopi ke apa ke tetap akan ada bau hancing dan bau yang semerbak. Bagi yang sensitif memang tak akan tahan dengan baunya.


Pasir jenis ni Kak Bell tak sarankan jika ada kucing yang banyak. Kalau ada 2 ekor kucing sahaja tak ada masalah. Brand pasir jenis ni, ada juga yang barua. Baru 2, 3 kali kencing terus pasir hancur, lembab dan bertukar warna. Kemudian Kak Bell gunakan Real Litter yang agak ok tahap clumping. Harganya pun boleh tahan. Pasir Real Litter ni jenis pasirnya halus. Jadi bila dah bergumpal, banyak kuantiti pasir yang digunakan dan ianya akan cepat habis berbanding pasir biasa. Kemudian, pasir akan jadi tanah liat yang melekat-lekat dasyat pada litter box. Satu kerja pulak nak scope tanah liat tu. 



Kemudian jika ada anak kucing, si kecik ni akan mudah makan pasir tersebut yang akan membahayakan anak kucing. Jadi kena monitor anak kucing saat toilet trained.


Untuk harga adalah pelbagai, kalau yang murah tu mesti performance pasir tu hancur. Biasa Kak Bell beli pasir yang ok dengan harga promo 3 bag RM50-RM55. Maklumlah sekali beli kene beli 6 bag.

2. Pine Wood

Pada awalnya memang best guna jenis pine wood ni. Kayu tu akan hancur bila digunakan tetapi tak akan clumping poo meow. Bau nya ok, wangi bau segar pokok pine, tak hancing tetapi leceh sebab palet kayu yang hancur dan ringan akan bersepah-sepah. Untuk memudahkan kena guna litter box yang ada 2 bahagian dengan penapis supaya habuk kayu boleh diasingkan. Kak Bell bersihkan secara manual jadi ianya agak memenatkan.



Kak Bell pernah pakai brand Fido Pine Wood Cat Litter 10L/6kg harga RM22-RM25+ dan jenis Gato Pinewood 3kg harga dalam RM12++. Pine Wood juga ok, sebab penyerapannya bagus bila menyerap urin meow tetapi tidak bagi poo kucing.


3. Crystal

Jenis ni Kak Bell tak pernah pakai. Ramai juga yang bagi feedback bagus. Tapi bila dengar kena basuh crystal tu, jemur kering dan gunakan semula, terus tak jadi pakai. Walaupun boleh digunakan banyak kali dan ekonomikal, rasaya memang tak akan gunakan jenis ni kot sebab Kak Bell tak rajin nak buat. Yang sekarang ni pun dah sejam nak mengemas semua litter, itu ini. Cuba kalau meow cirit-birit, maunya bersepah kat crystal  tu sebab dia hanya menyerap dan tak clumping.


4. Tofu Cat Litter

Ada review yang ulas yang Tofu ni tak efisien sebab serapan dia biasa-biasa. Bagi Kak Bell car litter jenis tofu ni ok. Clumping bagus, tak berdebu, tak berbau serta tak bersepah. Walaupun masih basah ianya tak melekat pada litter box macam bentonite clay dan boleh terus buang dalam toilet sebab ianya bio-degradable dan eco-friendly. Mudahkan kerja dan tak bau busuk!



Sebenarnya nak guna cat litter jenis apa turut terpulang kepada tuan dan kucingnya juga. Kadangkala bila dah beli jenis pasir yang lain, kucing pula tak nak membuang pada pasir yang baru.  So far, Kak Bell akan gunakan Tofu dan Kak Bell sangat suka. Nanti Kak Bell kongsikan review tentang Tofu Cat Litter.

CONVERSATION

14 comments:

  1. sama lah kita kak bell, guna tofu cat litter. Beza sangat dengan clay sebab selamat untuk kucing & jimat. Nak buang pun just flush je dekat toilet. Environment friendly sangat :D

    ReplyDelete
  2. dulu bela kucing lebih 20 ekor. guna biodegradable pine wood sebab boleh flush je.pasir pun penah guna. tapi tak larat nak angkut buang najis dari tingkat 4 huhu

    ReplyDelete
  3. Kak Belle bestnya info camni. Saya baru nak bela kucing dan guna cat litter pasir ni. Sebab takmo mereka ke toilet. Bau busuk nanti. So nak belajar jenis pasir.

    ReplyDelete
  4. Banyak juga jenis pasir kucing ye. Tak pernah tahu..ilmu baru ni, terima kasih sharing 🤩

    ReplyDelete
  5. Tak bela kucing. Satu perkongsian yg menarik terutama mereka yg ada kucing

    ReplyDelete
  6. Menarik juga ni kak Belle, boleh la try untuk my anak2 bulus.. Tofu brand ya? Kena cari kat mana yang ada jual cat litter brand ni.. Nell skrg guna yang Pine Wood tapi betul la sepah dia memang disaster.. :P macam tongkang pecah terus :P

    ReplyDelete
  7. Ada macam jenis ekk.. Sis guna yang jenis no 1 tu haaa tapi brand kawan.. memang takde bau najisnya bila lepas uk uk... banyak brand kan Bell, tapi tu laa tak tau mana bagus, kena tengok pada harga..

    ReplyDelete
  8. ilmu baru ni. huda tak suka kucing.hehe. baca jer la. rajin yer korang jadi ibu kucing ni. banyak pahala jaha haiwan

    ReplyDelete
  9. This is indeed an interesting article with so many useful tips. Didnt know there are so many types of litters for cat. now i know exactly which type to get for my kitty!

    ReplyDelete
  10. Banyak jenis rupanya. Baru Sal tahu. Nanti nak share dengan kawan-kawan yang baru nak mula bela kucing . Tq tau share

    ReplyDelete
  11. Kita pun baru tahu yer yang pasir kucing ni ada banyak jenis ingat satu jer hehehe ada yang palet dan juga yang kristal hurmmmm bagus lah info ni berguna sis thank you...

    ReplyDelete
  12. MR MH asyik nak bela kucing jugak, tak dapat nak jaga sekarang ni. Will keep this noted. Thanks.

    ReplyDelete
  13. Hai kak..Sy ad bela dkt 50 ekor kucing..sekrg Sy pakai jenis pasir..jd jenis apa yang okay untuk Sy tukar,sebab kalaw pasir renyah sikit kerja..mudah melekat2 kt litter box,boleh share sapa yang ada bela lbh dri 20 ekor pasir apa okay pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Kak Bell pun lebih kurang awak juga ni banyk meow. Sis pakai tofu sebab bio-degredable dan less harm pada meow. Kalau bnyk meow pakai litter murah agak leceh sb tak clump bagus dan hancing.

      Delete

Back
to top