Berapa Banyak Litter Box Perlu Ada Dengan Jumlah Kucing?

Trending

Berapa Banyak Litter Box Perlu Ada Dengan Jumlah Kucing?

Hi Korang! Lama dah tak cerita pasal kucing. Buat pencinta kucing, ada berapa banyak kucing yang anda semua bela sekarang? Bila dah membela kucing mestilah barang kelengkapan untuk kucing tersayang mesti disediakan, terutamanya tandas kucing (litter box). Pernah tak korang terfikir berapa banyak tandas untuk kucing yang dibela perlu disediakan? Kak Bell masa bela pun agak-agak sahaja sebab bergantung kepada bilangan kucing dan ruang rumah. Lainlah kalau rumah kita sebesar mahligai kan.


Seperti juga manusia, memang rimas kalau time nak berhajat toilet awam penuh sesak. Kadang-kadang sampai beratur bukan main panjang. Solusinya, kita pun akan pergi cari tempat yang tak ada orang, bersih dan selesa.  I don't mind untuk bayar toilet premium semata-mata, sebab malas nak menunggu! Macamlah kucing juga, sesetangahnya ada yang tidak suka untuk berkongsi tandas yakni litter box. Sebelum kucing korang menjadi bosan untuk berkongsi tandas dan pilih untuk mencari tempat lain untuk membuang, jadi tanggungjawab pemilik kucing untuk sediakan tandas yang cukup buat kucing belaan masing-masing.


Untuk rumah yang mempunyai bilangan kucing yang banyak, mestilah mempunyai bilangan litter box yang cukup. Menurut Jackson Galaxy, untuk seekor kucing, litter box yang diperlukan ialah 1.5 litter box/kucing. Jika ada seekor, perlu sediakan 2 litter box; jika 2 ekor, perlu sediakan 3 litter box. Bagi kucing yang tidak suka berkongsi, mereka akan 'claim' litter box tu dia yang punya. Then, bila litter box penuh, dorang pun tak selera nak membuang dan akan cari tempat lain untuk buat cupcake. Hahaha.

The rule of thumb is one litter box per cat, plus one extra. 1.5 litter box per cat - Jackson Galaxy


Berikut ini adalah beberapa tanda bahawa kucing anda mungkin mahukan tandas/litter box lain atau jenis tandas yang berbeza:

1) Pancut (kencing) di sisi atau dinding litter box

Bagi kucing yang gunakan litter box bertutup, mereka akan protes dengan memancut pee pada dinding bekas atau disekitar kawasan litter box. Macam tanda kawasan dialah. Claim toilet tu dia punya.

2) Membiarkan kencing dan poo tidak dikambus

Kebiasaannya, kucing yang dah litter box trained, mesti akan pandai kambus pee atau poo. Kalau kucing kecik pun, dorang akan belajar dan pandai sendiri. Kalau tak reti memang kena ajarlah. Tetapi jika tetiba saja meow korang berhenti kambus bahan buangan macam biasa, ianya tanda claim juga tandas ni dia punya.

3) Membuang di luar litter box

Kalau kucing yang sakit, kadangkala mereka akan tersalah parking juga masa membuang. Kalau sihat walafiat tetiba je membuang di luar kawasan/litter box, tu tandanya mereka tidak berpuas hati dengan keadaan litter box yang ada. Mungkin tak puas hati sebab litter box penuh, tak bersih.

Ni toilet bersih pun tetap ke luar kawasan. Apa kes ni?

Sekarang ni kak Bell ada 12 ekor anak bulus dan cuma ada sediakan 4 sahaja litter box yang besar. Kiranya memang tak cukuplah. Sepatutnya kalau ikut formula tadi, Kak Bell kena sediakan 24 bekas litter. Tapi gila lah pulak nak sediakan sampai 24 kan! Penuh lah pulak rumah dengan litter box. Dah jadi macam barang perhiasan pulak bersusun tandas awam kucing. 

As long as, tak overload, sentiasa kemas dan bersihkan tandas dorang rasanya tak akan jadi masalah. Biasanya untuk rutin seharian, Kak Bell memang akan bersihkan toilet dorang 2x sehari. Kadang kala geram juga, ada tandas yang dah siap dibersihkan, dia nak juga membuang kat tempat yang Kak Bell tengah kemas. Macam-macam hal. Kucing ni memang jenis yang cerewet ya (Fussy Cat)!


Macam model kan? Pandai pulak memasing posing kaki atas jenama pasir. Hehe

Jadi kalau dah banyak kucing, mestilah rumah pun akan semerbak kasturi. Untuk atasi masalah tu. perlulah gunakan pasir kucing yang bagus selain ada pengudaraan yang baik. Memang ada banyak jenis dipasaran samaada jenis pasir, pine wood, kristal dan macam-macam lagi. Bagi Kak Bell, lebih prefer guna pasir. Untuk pasir tu sekarang, Kak Bell lebih sukakan Real Litter MultiCat. Memang agak mahal sikit tetapi berbaloi. Kak Bell beli 3 pek RM50. Single pek harganya RM18 but tengak kat lazada RM20 lepas diskaun. Mahal la pulak kat Lazada ni. Kak Bell dah guna 6 pek, memang dah tak ada bau ammonia pee dorang masa tengah bersihkan litter box. Pasir ni clumping dengan baik selain ada anti-bacterial protection, guna karbon teknologi, dust-free dan hypo-allergenic. So far, pasir ni yang terbaik Kak Bell pernah guna lah. Bagi yang ada banyak kucing, high-traffic kat litter box, Kak Bell suggest pakai MultiCat.

Diva Zaza!

Nasib baiklah semua kucing Kak Bell memang membuang dalam litter box dan tak ada membuang merata-rata. Tapi ada seekor tu memang masalah ye sebab tak kambus pasir lepas dia membuang. Si Muezza, kucing pertama Kak Bell yang Diva, walau dah umur 5 tahun tetap tak pandai kambus dengan pasir ye. Dah puas ajar. Sesetengahnya memang ada yang behaviour macam ni. Sabar dan layankan ajelah. Tuan puteri sangat kita yang nak kena kambuskan untuk dia. So, kalau yang macam ni bukan protes la, memang perangai. Hehe. So, berapa banyak litter box yang korang ada sekarang kat rumah?

Sumber rujukan - petfinder.com

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

38 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. jelita2 nyaaa semua kucing2 akak.. i love cats but saya cepat semput dengan bulu kucing. so takleh bela. tapi memang kalo jumpa cats teruja kemain =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Jelita kan? Bella pun semput sebenarnya.

      Delete
  2. okay! terima kasih atas info. selama ni kongsi litter box je sebab pakai litter box yang saiz paling besar tu. takpe ke? ehhh sama lah pakai pasir multi cat ni. memang pasir multi cat ni bagus! kurang bau dan tidak mudah bergumpal yang sejenis melekit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Memang kea share2 lah. Ni kes kalau tak nak share toilet. Ok kan pasir tu?

      Delete
  3. this is good if only my neighbour having more of this. her cats wonder here and there, sometimes my grass has the poo poo and it's sad to say her cat maybe sick didn't see her bring it to visit pet. Litter box is important I shall let her know and visit your blog post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh sad to hear that. Your neighbour should be more responsible towards them. Huhu

      Delete
  4. Wah bagusnya tip ni, Kak Bel! Tak ada kucing pun sebenarnya tapi memang teringin nak bela seekor buat peneman. Gituuu... Apapun manalah tahu kalau tercapai hajat, boleh lah rujuk entri Kak Bell ni kan. Memanglah diorang comel tapi kebajikan semudah tempat berak pun kena pastikan terjaga dan selesa untuk keselesaan kita juga. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau duduk dengan orang yang tak suka kucing, memang parah. Bergaduh pula nanti.

      Delete
  5. hahaha.. Muezza tu macam kucen TB dulu je.. si Oyen tu.. adoii.. kalau berak bukan nak kambus sendiri.. tak reti nak kambus.. dibiar aje selonggok kat pasir tu.. last2 ada tukang kambus yang rajin tolong kambus.. (adik namanya) .. di yang rajin kambuskan.. sampai kami pun perli oyen.. buuu.. malunya.. adik pulak kambuskan poo poo diaaa.. maluuu.. hahahaha.. adoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. dulu sampai marah la kat dia. Dari pembacaan mmg jenis baka Persian tak nak kotorkan bulu dia yg panjang dan cantik tu. Sebab tu tak kambus. Hehe.

      Delete
  6. Allah.. Comel comelnya semua kucing kak Bell tu. Lawa lawa bulu dia.
    Erm.. Banyak juga 12ekor tu.. Meriahnya rumah. Kat rumah mak kita pun banyak gitu. Box tuk tandas dorang pun ada 4. 3dalam sangkar. Hat dalam rumah ada 1. Kira box tandas tu hat size besar.
    Memang ada juga spesis pemalas nak kambus harta sendiri. Haha
    Dlu masa zaman belum kawen, zaman kerja la. Pukul 7pg settlekan tandas dorang dulu. 3box tu. Skrng ni mak la kena ambik alih bersihkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. sebelum kerja mmg kena siapkan kerja pembersihan dulu lah. Kalau dah lambat sgt habis bersepah nanti ye.

      Delete
  7. Merata-rata yer anak kak bell berak. hehehe. Comelnya semua kucing2 tu. Rasa nk gomol2 je. Bagus berak x merata dah. Bersih sikit rumah tu. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Apa ni. Dorang berak dalam toilet dia lah. Tu sekali je salah parking. Hahahaha.

      Delete
  8. Helok nya bulus-bulus kak bell!!! Jeles pula zul tak dapat bela bulus macam akak, rajin betul kak bell cuci 2 kali sehari untuk 12 ekor bulus ni. Sempat ke dengan kerja and hal-hal lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada kelapangan dan betul2 nekad bolehlah bela. Takut tak larat je nanti. InsyaAllah sempat. Alhamdulillah, Kak Bell sebaik2 nya akan bertanggungjawab pada dorang. Huhu

      Delete
  9. Alahai geramnya! Dah laaa comey jelita gebu gebas. Rasa nak peluk ketat-ketat. Masa kecik ada bela kucing, pastu sejak nina ada asthma terus tak bela dah... Anak-anak pun pantang tengok kucing, sibuk nak bela tapi mamanya asthma lak... Huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bella pun ada asthma. Asalnya mmg suka but muy mom n family ramai yg asma. Sb tu tak bela. Hehe

      Delete
  10. kalau jenis kucing dalam rumah, litter box nie memang sangat penting untuk bulus2. kalau tak ada, habis satu rumah dia berak bersepah. bau busuk sana sini. sy ada kucing tp bukan kucing dalam rumah lah. tp berak still bersepah. padahal dahs ediakan tempat khas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kena babap dia tu sb tak nak berak kat bekas. Kikiki

      Delete
  11. Muezza tu nak kena babab tu - dah lima tahun masih lagi nak orang kambuskan. Perangai sangat dia nie. Haha. Mama dia pun manjakan dia tu sebab dia pun makin lemak. Ataupun sebab dia memang Queen of the house.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye. Dia memang geli ye nampak gayanya. Kais kat litter box. Bukan kais kat pasir. Lol

      Delete
  12. Ilmu baru untuk saya mengenai kucing. Saya tak bela kucing tapi at least saya tahu keperluan untuk menjaga kucing macam mana kan. Comel comel kucing. Geram tengok

    ReplyDelete
  13. Bagus yer kak bell pencinta kucing, banyak pahala ni jaga haiwan kesayangan Rasullah. Kat kampung huda banyak kucing orang buang berhampiran rumah, pastu kucing2 ni bermastautin kat rumah mak huda kat kampung. memang merata diorang buang najis. nnt nak beli la litter box ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..semoga diberi kurnia oleh Allah kan. Tak boleh la tgk meow disana sini. Kesian.

      Delete
  14. Baru tahu kena ada 1.5 litter box/cat. Dulu masa bela ada satu litter box je. Skrg dh tak bela. Tapi dpt byk ilmu baru dari kak bell. Thank you sharing.

    ReplyDelete
  15. marah betul BBL kalu kucing berak luar bekas pasir tu. sabar jelah nak bersihkan..sebab sayang kucing terpaksa la jaga elok-elok hygiene dorang ni. oh baru tahu..selama ni main letak je dalam bekas tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau banyak susah juga nak sediakan secukupnya. Asalkan tak bergadoh memasing oklah kan

      Delete
  16. Masa murni bela 2 ekor kucing dulu murni sediakan 3 litterbox..tapi mereka suka guna 2 jer..yg dalam toilet mereka x suka guna..tapi tak kisah laa asalkan mereka tak poo poo merata2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memilih juga dorang ni. Betul asalkan tak buang merata-rata, oklah.

      Delete
  17. Banyaknya kucing kak bell. Comel2 lak tu. Iza sejak dah ada anak ni memang tak main sangat dengan kucing. Bukan tak nak bela, nanti anak iza buli kucing tu. Kang jadi kes dera lak.

    ReplyDelete
  18. Hahaha, no matter how sometimes even dah prepare macam2 pun tetap akan kelam kabut sebab karenah kucing ni berubah-ubah kan Kak? But need to like prepare 2-3 box of litter, kat rumah parents yana, seekor kucing dapat litter box masing2. Kat rumah ada 4 ekor. Hahaha

    ReplyDelete
  19. Bagus info awak ni untuk pecinta kucing. Kte suka kucing tp dah lama tak bela sejak semua yg bela dah mati

    ReplyDelete
  20. Your cat looks really adorable. I wish I could have a few too but unfortunately I am allergic to pets' fur. It is funny that sometimes...these little ones just don't want to do their business inside the box.

    ReplyDelete
  21. salam kak...utk 12 ekor kucing akak, berapa bag pasir real litter digunakan untuk sebulan?saya baru nak try pakai utk 10 ekor..

    ReplyDelete
  22. Bagus info yang diberi, terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
Previous Post Next Post