Tip Bagi Kucing Makan Ubat

Entri kali ni kak bell nak kongsikan beberapa cara dan Tip Bagi Kucing Makan Ubat. Memang seronok bela kucing ni tapi bila time sakit cabarannya nak bagi si bulus ni makan ubat. Mostly kebanyakan ubat- ubatan kucing ni dalam bentuk pil dan juga cecair. Tambahan pula kalau nak kena completekan course ubat tu. Memang mencabarlah tugas korang untuk bagi kucing makan ubat.

Anak Kucing Makan Ubat
Ready nak makan ubat!

So far kucing kak bell, ada yang senang makan ubat dan ada yang payah ya rabbi nak bagi makan ubat. Macam-macam cara dan teknik diguna pakai sampai calar balar dan luka jugalah masa mula-mula nak bagi dorang ni makan ubat. Pernah guna kaedah bedung/balut, hancurkan ubat dan akhir sekali kaedah paksa lah! Haha.

Paling tak suka makan ubat si Muezza, diva ni dia bau je lain sikit kat makanan dia memang dia tak akan makan. Especially bila dah campur dengan ubat. Cik Hitam dan Cik Putih pun sama kena guna kaedah paksa, but still oklah nak bagi ubat kat dua beradik ni. Cuma Cik Lucy dan Sky je senang. Just campur or cover je dgn wet food, done dorang telan. Kadang2 tu pandai dorang ni, wetfood tu habis dorang makan tapi ubat tu elok je tak berusik. Ada yang dah makan, kesekejapan je dorang buang keluar dari mulut! Memang kaedah paksalah paling sesuai kan!

Ubat Antibiotik Kucing
Antibiotik anak yang kena jangkitan

Paksa Kucing Makan Ubat
Kite tak nak makan ubatlah mama!!


Tips Dan Teknik Bagi Kucing Makan Ubat

1) Teknik Melutut Belakang Kucing

Letak tangan kiri korang kat bawah tekak dan tangan kanan pegang pil sambil garu leher kucing (bagi relax). Gunakan ibu jari & jari telunjuk tangan kanan untuk buka mulut kucing. Kuis je gigi dorang pelan2. Bila mulut dah terbuka, terus masukkan pil ke dalam mulut. Make sure terus ke tekak atau jauh ke dalam mulut. Tutup/rapatkan semula mulut kucing dan urut atau gosok perlahan2 leher dorang supaya ubat senang ditelan. Kalau kucing dah keluarkan lidah dan jilat bibir, maksudnya ubat dah ditelan.


2) Hancurkan Pil

Hancurkan pil dalam bentuk serbuk. Guna lesung je senang tp make surelah lesung tu bersih. Kang menggelupur pulak pedas cili kat kucing korang! Gaul dengan wetfood kegemaran dorang. *Teknik ni tak berjaya untuk anak2 kak bell. Mostly pandai sebab tahu ada ubat dalam tu!

3) Teknik Sembunyikan Pil Dalam Makanan

Korang boleh sembunyikan pil dalam makanan dorang. Boleh cuba wetfood atau ikan rebus. Sembunyikan pil dalam makanan tu dan buat jadi mcm palet. Bagi yang tertipu tu akan telan terus bersama dengan ubat.


4) Teknik Balut

Balut kucing korang dengan tuala. Make sure balut dengan hati-hati sebab dorang mesti akan meronta. Kedudukan kucing tu, muka menghadap ke atas/ pandang atas. Buka rahang/mulut kucing dengan ibu jari dan jari telunjuk. Then, masukkan ubat jauh ke dalam mulut. Minta bantuan orang kedua untuk pegang kucing kalau susah sangat. *Pernah guna cara ni, tapi kucing kak bell meronta-ronta macam nak gila. Ujung kena cakar! Jadi kena gunakan cara lain bagi kucing makan ubat.

Biasanya kak bell akan pegang dorang dulu duduk atas riba dan duduk atas kerusi. Cakap dengan dorang kena makan ubat kalau nak sihat sambil usap-usap dorang. Pegang leher dengan firm guna tangan kiri, kuis mulut/ rahang untuk paksa dorang buka mulut. Dah terbuka, terus masukkan ubat! Usap-usap sikit leher depa supaya dorang telan. Done! Lepas tu, mesti dia pandang kita sebab bengang kena paksa makan ubat!

Kucing Suka Ayam Rebus
Ni tak payah cakaplah..dapat ayam rebus semua mcm seminggu tak makan!

Nak bagi ubat pil ni memang owner kena mahirlah. Mula-mula tu memang agak susah. Tapi lama-kelamaan oklah. Practice make perfect! Btw, as owner pun kena cekal dan tegas sikit bila nak bagi makan ubat. Jangan takut-takut dan paling penting pegang kuat sket meow tu supaya tak terlepas dan memudahkan kerja. Jangan cepat give up! Harap cara dan Tip Bagi Kucing Makan Ubat ni bermanfaat. Semoga anak-anak bulus korang cepat sihat dan sembuh kay!

CONVERSATION

8 comments:

  1. Oh tak pernah try.tq for info

    ReplyDelete
  2. Sis pakai piller jugak, senang..main tembak je, tapi tembak pun kena betoi2 gak...kenkdg terkeluar jugak..hahaha.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya kucing...
    Best2... Teringin nak bela, tapi tak boleh =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak boleh bela? Saya ada asthma saya bela je. Hehe

      Delete
  4. Thank you for info, berguna untuk yang bela kucing

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing... Info yang sangat berguna sebab saya pun tak tau macam mana nak bagi ubat kepada kucing saya

    ReplyDelete
  6. Hai nak tnya..nak bagi kucing ubat tu sbelum mkn or slepas? Atau xkisah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Kena bagi selepas makan. Kalau tak meow muntah. Macam manusia gak kena bagi makan dulu.

      Delete

Back
to top