Trending


Resepi Masak Lodeh Dengan Nasi Himpit

Hi korang! Di kesempatan ni kak bell nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua. Tahun ni memang meriah memasak untuk juadah raya. Walaupun kena kerja dan beraya kat KL tapi tetap gigih memasak lepas balik kerja jam 12am! Bersama dengan chef2 jemputan Kak Dania dan Cik Wan berperang kat dapur sediakan juadah raya rendang ayam, masak lodeh, nasi impit dan kuah kacang. 3 ekor ayam yer! Kenduri sakan nampak gayanya.

Kak bell share resepi masak lodeh atau lontong kuah lodeh dulu lah yer. Nak dijadikan cerita tengah gigih memasak ni, gas pulak habis! Nasib baik sekuali rendang dan kuah kacang dah siap. Ngam2 je siap tumis bahan untuk sayur lodeh dan nak masukkan kerisik untuk kuali ke-2, tup gas habis! So continue masak pakai rice cooker ajelah. Bayangkan jam 1pagi baru mula memasak, agak2 pukul berapa nak siap?? Pitam yer memasak! Untuk resepi rendang ayam boleh tengok kat sini > Resepi Rendang Raya

lontong kuah lodeh

Bahan A
2 batang lobak
1 ikat kacang panjang
Kobis (dicincang kecil)
4 keping tauhu basah
2 keping fucuk
Suhun /soo hoon
2 batang serai (dititik)
1 kotak Santan
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
* untuk sayur boleh juga nak guna sengkuang, terung dan tempe.


Bahan B (bahan kisar)
6 biji bawang merah/1 bawang besar
4 biji bawang putih
3 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 inci halia
Segenggam udang kering (direndam)
*boleh juga gunakan udang segar atau ikan bilis

Pucuk dan suhun untuk lodeh

Tauhu Untuk Sayur Lodeh

Cara memasak Resepi Masak Lodeh:
Panaskan minyak dan tumis semua bahan B sampai naik bau. Masukkan serai dan tumis sampai naik minyak.

Tumisan Kunyit Hidup Untuk Lodeh

Masukkan lobak merah, kacang panjang dan kobis. Kacau dan biarkan seketika. Kalau nak tambahkan cili merah, tauhu dan terung pun boleh, sebab konsep dia semua sayur. Masukkan air pandai2 korang supaya padan dengan sayur-sayuran yang korang pakai. Time ni gas kak bell dah habis..kita teruskan guna rice cooker ye!

Sayuran Masakan Lodeh

Agak2 sayur dah lembut, masukkan tauhu, fucuk, suhun/soo hoon dan santan. Kak Bell pakai santan kotak aje. Ada juga yang pakai santan cair atau lagi sedap pakai santan pekat (santan fresh). Kacau selalu untuk elak santan berketul. Bila dah mendidih masukkan sedikit garam dan boleh tambah air atau santan untuk kawal pekat kuah ikut suka korang. Kalau warna kurang cantik, boleh tambahkan sedikit serbuk kunyit.

Sayur Lodeh Lontong

Bila semua dah masak dan cukup rasa, bolehlah tutup api. Siap masakan lodeh raya kak bell! Dah tak sempat posing lodeh dalam mangkuk dah sebab penat sangat. Tak payah tunggu raya pun kalau nak masak lodeh ni. Sayuran je kot, memang bagus untuk kesihatan kan! Btw, seperiuk lodeh iols habis yer. Sedaplah kot! Kalau ada tempe mesti lagi sedap masak lodeh ni. Rajin-rajin makan sayur yer korang. Jangan lupa cuba Resepi Masak Lodeh ni. K bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Apesal tak post gambar tukang2 masak sekali? Kasi dorg glam dalam blog you ni haaaa...hik hik hik

    ReplyDelete
Previous Post Next Post
"
;