Trending


Rendang Raya : Resepi Rendang Ayam Gula Melaka - Bella Jamal

Sambungan masak rendang raya..
Untuk hari raya baru-baru ni Kak Bell masak masak rendang ayam. Kenduri 3 ekor ayam untuk masakan rendang raya. Raya lah katakan. Bolehlah jamu budak2 kat opis yang sama2 kena kerja di pagi raya. Alhamdulillah habis rendang raya ni semua. Ngam2 nak masukkan kerisik untuk kuali ke-2, time nilah gas habis! So akhirnya, satu kuali tak letak kerisik. Untuk menyediakan resepi rendang ayam ni mestilah lebih sedap kalau letak kerisik. Walau apapun tetap menjadik aje resepi ni.


Resepi rendang ayam ni Kak Bell masukkan gula melaka. Nanti warna rendang memang akan jadi cantik. Untuk bahan2 ni boleh je korang lebihkan untuk sedapkan lagi masakan korang.


Bahan A
2 ekor ayam
2 kotak santan (kotak kecil)
1 paket kerisik
1 ketul gula melaka/gula merah (dihancur)
3 batang serai (dititik)
3 helai daun kunyit
2 asam keping
Daun limau purut

Bahan B (bahan kisar)
2 genggam cili kering
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup


Seguni cili kering!

Cara penyediaan:
Masukkan cili kering dan rebus sampai layu. Masukkan sedikit minyak untuk senang cili korang hancur. Minyak tu agak-agak lah dengan cili yang nak dikisar. Kalau pakai cili padi, biasa untuk rendang ayam warna hijau tu.


Panaskan minyak, tumis bahan dikisar hingga naik bau dan naik minyak. Kemudian masukkan gula melaka dan gaulkan rata. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Kak Bell guna santan kotak sahaja. Kalau nak guna santan fresh pun ok. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.



Masukkan kerisik, garam, daun limau purut dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah tutup api.



Kalau tak makan dengan ketupat atau nasi impit, makan dengan nasi putih pun boleh. Konpem sedap kalau korang cuba buat resepi rendang ayam ni. Selamat mencuba!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post