Resepi Kentang Tuna Goreng Ayam Brand

Terdapat banyak resepi mudah yang boleh dihasilkan menggunakan kentang. Biasanya kentang dalam masakan hanya dijadikan pelakon tambahan sebagai bahan sampingan masaakn. Kali ini Kak Bell kongsikan hidangan yang bahan utamanya adalah kentang.


Bagi anda yang mempunyai banyak stok kentang di rumah dan tak tahu nak dibuat apa. Jom kita buat hidangan kentang goreng bersama ikan tuna tin dari Ayam Brand. Untuk resepi ini boleh menggunakan apa juga jenis kentang dan gunakan Tuna dalam Minyak Zaitun Ayam Brand. Disebabkan tiada stok, Kak Bell menggunakan Tuna Hot Mayonnaise.


Sebenarnya Kak Bell jarang menggunakan kentang sebagai bahan utama dan kebanyakan resepi kentang lebih banyak menggunakan teknik panggang atau bakar. Sebelum ini pun cuma pernah buat Potato Fritters dan juga Kentang Putar (klik untuk lihat resepi). Jom kita lihat bahan-bahannya.


Bahan-bahan
1 tin tuna Ayam Brand
2 biji kentang
1 sudu serbuk paprika atau serbuk cili
2 bawang merah
Garam secukup rasa
Minyak


Cara membuatnya:
1) Perasakan kentang dengan paprika atau serbuk cili.
2) Panaskan minyak dalam kuali yang tidak melekat dan goreng kentang sehingga keperangan


3) Masukkan bawang dan tuna dan kacau rata.


4) Perasakan dengan sedikit garam dan tumis lagi bahan-bahan sehingga kentang masak.


TIPS!
  • Untuk tuna boleh juga guna Tuna dalam Minyak Zaitun
  • Tidak perlu gunakan 1 tin tuna, cukup sekadar perasakan kentang
  • Boleh gunakan apa sahaja jenis kentang
  • Boleh potong kiub atau potong bulat
  • Gunakan kuali tidak lekat untuk goreng kentang

Not bad juga walaupun resepi kentang ini menggunakan tuna mayonis. Disebabkan malas nak menyimpan baki tuna, Kak Bell gunakan kesemua 1 tin tuna. Kak Bell cadangkan anda hanya gunakan separuh tin sahaja untuk 2 biji kentang supaya tuna tidak berlebihan dari kentang. 


Kentang tuna yang terhasil agak basah walaupun dah dimasak lama di atas kuali. Mungkin penggunaan tuna mayonis tidak berapa sesuai. Akan datang Kak Bell akan gunakan tuna dalam minyak zaitun pula. Selamat mencuba!

CONVERSATION

2 comments:

  1. Kita tak pernah try lagi resepi ni. Nampak sungguh menyelerakan. Nak try lah buat buka ni. Thank you Bella for the recipe.❤

    ReplyDelete

Back
to top